ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK #PENGKALANKUBUR ; KERUSI PAS ATAU PKR DITENTUKAN AHAD INI

Friday 5 September 2014

PRK #PENGKALANKUBUR ; KERUSI PAS ATAU PKR DITENTUKAN AHAD INI


Persoalan sama ada Pas akan meneruskan hasrat menggantikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bakal diketahui seawal Ahad ini.

altPesuruhjaya Pas negeri yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas Pusat akan bermesyuarat pada 7 September ini dan perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat tersebut.

"Yang akan memutuskan calon pula ialah majlis pimpinan (Pakatan Rakyat) sebab kita dalam pakatan. Kita tetap setia kawan, tetap bekerjasama.

"Kalau (majlis pimpinan) beri PKR bertanding, terpulang, kita terima, kita tak nak berbalah," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim kelmarin.


Menurut Mohd. Amar, perbincangan dari hati ke hati antara pucuk pimpinan tertinggi Pas dan PKR negeri telah pun berlangsung kelmarin namun kedua-dua belah pihak tetap menyatakan hasrat untuk bertanding.

No comments:

Post a Comment