ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA ADUN PAS BERDEPAN LEMBAGA DISIPLIN ESOK

Sunday 28 September 2014

DUA ADUN PAS BERDEPAN LEMBAGA DISIPLIN ESOK

shaaripas

Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin parti itu esok.

Adun Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil menjelaskan tindakan mereka itu.

Saari yang dijulang sebagai wira oleh DAP ekoran tindakannya menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah, bagaimanapun menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (PAS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika takdirnya beliau dipecat, beliau berazam akan terus bersama Pakatan dan menjadi ahli politik tanpa parti.

“Parti saya Pakatan Rakyat,” katanya.

Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti.

Sementara itu, apa juga tindakan PAS terhadap dua Adun mereka akan memberi gambaran sama ada parti itu masih mahu bersama-sama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Jika itu pilihan, PAS mungkin hanya memberi amaran kepada Saari dan Hasnul.

Bagaimanapun, tindakan lebih keras seperti memecat keahlian mereka berdua hanya akan mengundang padah kepada PAS kerana dua sekutu mereka pasti akan mempertahankan Saari dan Hasnul.

No comments:

Post a Comment