ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAHFUZ KATA KETUA AMK KURANG CERDIK

Monday 15 September 2014

MAHFUZ KATA KETUA AMK KURANG CERDIK

niknazmiTindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan isi perbincangan pertemuan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan ‘kurang cerdik’.
Malah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berpendapat, Nik Nazmi seharusnya lebih cermat dan bijak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum.
“Tindakan beliau itu kurang cerdik,” itu tegas Mahfuz ketika diminta komen beliau berhubung kenyataan Nik Nazmi yang mendedahkan pendirian Hadi supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar jika mahu kemelut di Selangor ketika ini  berakhir.
mahfuzomar“Saya tidak pasti apa isi perbincangan itu, tetapi kalau itu dakwaan Nik Nazmi, itu satu perjumpaan tertutup dan tidak wajar untuk beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan perbincangan itu.


“Jadi lepas ini, kalau beginilah keadaannya, tiada siapa yang nak berbincang. Bincang di kedai kopi pun boleh jadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Ahad.
Pada Sabtu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia mengeluarkan kenyataan  berhubung pandangan Hadi itu yang dinyatakan ketika ketua-ketua Pemuda Pakatan Rakyat (PR) bertemu Presiden PAS itu.
Menurut Nik Nazmi, jawapan Hadi kepada penyelesaian atau jalan keluar kemelut MB di Selangor adalah dengan mengekalkan  Khalid.
Katanya, pandangan Hadi itu mencetuskan kebimbangan pada PKR dan PR.
Walau bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan kenyataan Nik Nazmi itu telah dinafikan oleh Hadi.
“Tuan Guru sudah menafikan berkenaan perkara tersebut, malah segala keputusan pada akhirnya diserahkan kepada kuasa Sultan Selangor,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment