ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK #PENGKALANKUBOR : ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN KEMPEN PAS

Saturday 13 September 2014

PRK #PENGKALANKUBOR : ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN KEMPEN PAS


TUMPAT: Isu royalti minyak Kelantan dijangka menjadi modal kempen PAS untuk menyerang Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihanraya Kecil  (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu dan sentimen ulangan berkaitan royalti itu dijangka digunakan penceramah PAS.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN mencabar PAS menubuhkan satu jawatankuasa sendiri untuk menyiasat dan meneliti akaun Petronas serta membuktikan bahawa kerajaan pusat gagal tunaikan kewajipan berkaitan isu royalti

“Kalau mereka nak cabar keputusan itu mereka boleh cabar  kerana tuntutan yang disebut oleh mereka tidak benar dan saya katakan itu satu fitnah jadi dia membuat tuduhan tak betul saya cabar PAS tubuh jawatankuasa untuk siasat perkara sebenar untuk teliti kononnya didapati ada jumlah RM12 bilion tidak dibayar kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan, “ kata Muhyiddin.

"Kita bersikap terbuka dan telus kalau nak siasat akaun boleh siasat dan saya pasti berdasarkan rekod mereka tak punyai hak tapi atas dasar pertimbangan kita setuju bagi wang ehsan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon PRK Dun Pengkalan Kubor di pejabat tanah dan jajahan Tumpat, di sini hari ini.

Muhyiddin menjelaskan royalti Kelantan bukan isu baru dan penerangan berkaitannya termasuk dari sudut undang-undang, perlembagaan serta amalan syarikat korporat juga berulang kali dijelaskan.

Katanya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta dan isu ini telah dieksploitasi pemimpin PAS.

Biarpun pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada kerajaan pusat, namun beliau berkata, bn tidak pernah melupakan rakyat kelantan dan atas pertimbangan kerajaan pusat juga, kira-kira RM140 juta wang ehsan sudah disalurkan untuk negeri ini.

Sebelum ini kerajaan PAS kelantan menuntut hasil royalti petroleum yang di kawasanjoint development area(JDA) berhampiran Vietnam berjumlah 12 bilion.
AstroAwani

No comments:

Post a Comment