ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP SALAHKAN PAS KALAH DI PENGKALAN KUBOR

Monday 29 September 2014

DAP SALAHKAN PAS KALAH DI PENGKALAN KUBOR


Beberapa hari lalu Mursydul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu DAP dan PKR turut sama menerima kekalahan calon parti itu pada PRK DUN Pengkalan Kubor bukan menyalahkan PAS semata-mata.

Alasan bekas Menteri Besar Kelantan itu, Wan Rosdi Wan Ibrahim adalah calon Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, Penasihat DAP Lim Kit Siang sukar menerima kenyataan Nik Aziz malah memberi amaran bahawa kerajaan PAS Kelantan mungkin jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, perkara itu mungkin berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, terus berlaku di kawasan-kawasan lain di negeri itu, selepas Pengkalan Kubor.

“Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi.

“Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya Ahad malam.

Bagaimanapun, amaran Ahli Parlimen Pasir Gudang itu disambut sinis oleh ahli jawatan kuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan.

nasrudintantawi_400_260Menulis di laman facebooknya, ahli parlimen Temerloh dan bekas Ketua Pemuda PAS itu mempersoalkan kekalahan DAP pada PRK Parlimen Teluk Intan beberapa bulan lalu.

“YB Lim Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan PAS di Pengkalan Kubor adalah isyarat BN akan merampas Kelantan. Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan,” tulis beliau.

Nasrudin turut memuat naik fakta tiga PRK yang dihadapi PKR, DAP dan PAS bagi menggambarkan peratusan kekalahan calon partinya lebih kecil berbanding sekutunya itu.

Nasib baik beliau tidak menyentuh pemimpin PKR dan DAP yang tidak membantu kempen di Pengkalan Kubor.


photo
Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh 9,981 undi, menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).

Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi, meningkat hampir 900 undi berbanding penyandang DUN itu allahyarham Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13.

No comments:

Post a Comment