ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 2012

Monday 31 December 2012

ADUHHH!!!! OSTAZAH MEE SEGERA PAS BUAT HAL LAGI..!!!


Semakin  sawan dah otak  Ostazah kebanggaan PAS ini iaitu Abby Abadi  ni  .  Ini kerana bila dia  berceramah yang dasyat tu boleh  mengeluarkan fatwa yang songsang ala-ala Nik Aziz & Hadi Awang  yang suka menghina saudara Islam sendiri .

Sepatunya kalau dia tu konon dah berhijrah , seperti kata Ustaz Azhar Idrus harus mengajak rakan-rakannya lain ke arah kebaikan . Ini tidak mengutuk & menghina mereka lagi bahawa duit berlakon yang diterima artis adalah haram.

Betul kata Ustaz Azhar Idrus di video susulan  di bawah ini  yang menyatakan kalau dah dapat hidayah (kebaikkan) diri, tidak perlu mengaibkan kawan-kawan atau cerita yang buruk yang selama ini terjadi kepada diri. Buka buku baru, bermakna kita lahir seperti bayi yang suci tiada dosa.



Nanti ALLAH SWT akan Aibkan kita pula !!!



Bila mulut kalahkan murai...
Bila mulut kalahkan nga nga tempayan...
Bila mulut atas dan bawah tak di jaga...
Bila mulut ludah tapi lidah menjilat...
Akhirnya Allah tunjuk siapa sebenarnya kita !!


INI PULA ANTARA BEBERAPA "FATWA" OSTAZAH MEE SEGERA PAS !!!





Artis serupa kerjaya lain juga. Jika buat yg haram jadi haram la. Jika mkn gaji tapi selalu mc tipu jadi @ selalu poteng kerja @ curi tulang, haram juga. Jika jadi penceramah tapi umpat fitnah maki hamun pun jadi haram juga . Jika jadi ulama tapi rosakkan umat Islam sama saja haram jadinya. 

Kalau kita dah mendapat hidayah utk berubah kepada kebaikan...jangan kita aibkan kawan2 kita yg lain....yang sama2 cari makan dulu....




Haaaaaa .... Kan doh terkenoooooo.

MELAMPAU! PENCABULAN KEPADA AGAMA ISLAM!!



Sebuah pertubuhan yang mewakili pengajian pondok di negeri ini, Minda Pondok menyifatkan tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu amanat mengkafirkan UMNO, sebagai satu pencabulan kepada agama Islam.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof al-Hafiz berkata, ini kerana amanat tersebut jelas bercanggah dengan al-Quran, sunnah dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata, rakyat seharusnya berpegang teguh pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak Amanat Haji Hadi.

"Tindakan Nik Abdul Aziz mempertahankan Abdul Hadi adalah satu pencabulan kepada Islam. Semua ini berpunca daripada perjuangan Pas yang tersasar jauh kerana kepentingan politik kepartian untuk menawan Putrajaya bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada masa sekarang mereka hanya 'meratib' Putrajaya."

"Bukan sahaja Amanat Haji Hadi, rakyat juga harus menolak kenyataan dan 'fatwa' yang disebut Nik Abdul Aziz kerana bercanggah dengan al-Quran dan sunnah."

"Saya bersama rakan-rakan dalam Minda Pondok bersedia untuk bermuzakarah dengan pemimpin Pas dalam apa sahaja isu membabitkan kepentingan agama," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di pekarangan bangunan Mara Khamis (27/12/2012).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang meminta Abdul Hadi tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan meminta Abdul Hadi bersemuka dengan pihak yang mendesak supaya amanat tersebut ditarik balik.

Sementara itu, Mohd. Syamsul yang pernah terlibat secara aktif dengan Pas selama 12 tahun berkata, golongan ustaz muda dan 'tok guru' pondok di negeri ini sudah sedar dengan perjuangan Pas yang semakin terpesong.

"Apa yang dibuat oleh pemimpin Pas hari ini sudah jauh tersasar, kita kena berjuang dan duduk atas dasar UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, jika dahulu tidak nampak tetapi sekarang semakin jelas perjuangan yang dibawa oleh UMNO."

"Kita harus mempertahankan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang kerana sejarah telah membuktikan Melayu dan Islam dipertahankan di samping agama lain turut terjaga," katanya. - UM

Sunday 30 December 2012

ISA SAMAD "DISALIB" DALAM PERHIMPUNAN ANJURAN ANAK DI WISMA FELDA.

Lebih kurang 500 penyokong yang rata-ratanya memakai baju berwarna oren, berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak pada Jumaat 28 Disember 2012. Ia bertujuan bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada FELDA.

Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.


Mereka mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan. Namun yang menyedihkan, perarakan diketuai Mazlan sendiri dilihat membawa patung berwajahkan Isa Samad yang digantung dengan rotan berbentuk "DISALIB".


Seburuk-buruk Umno pun mereka tidak pernah mensalibkan Nik Aziz, Anwar Ibrahim atau Haji Hadi. Inilah yang dikatakan orang Melayu tidak cerdik berpolitik mengikut telujuk kafir demi untuk mendapat sedikit kuasa.

Apakah niat perjuangan Pas selama ini sehinggakan fahaman kristian yang diamalkan oleh pemimpin cina DAP kini telah menular ke dalam Pas sendiri. Sedarlah wahai Rakyat Malaysia yang beragama Islam Contoh yang dibawa Parti PAS sangat memalukan pada orang bukan Islam yang melihatnya.

Isa Samad apa kesalahan nya pada Warga Felda ini?Kenapa Puak ANAK marah sangat pada Isa Samad. Adakah Felda rugi yang apa dikatakan oleh Akbar Keadilan bahawa Felda Muflis....Tidak Ada....yang bohongnya adalah Pembangkang.

Inilah politik B*B* yang tidak bertamadun, orang ISLAM yang waras bukan begitu tindakannya. Memang layak digelar ANAK B*B*..malah mungkin lebih hina dari ANAK B*B*....

Cuba kalau muka Nik Aziz di salibkan...pasti puak PAS marah gila babi...

HADI AWANG MINTA DIBERI PELUANG BERI PENJELASAN DI RTM/TV3.

Menurutnya, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan "Amanat Haji Hadi" sekiranya permintaan itu dipenuhi.

“Saya minta supaya diberi peluang sejam oleh RTM dan TV3 secara live (langsung). Saya percaya kalau jawab di sini akan diputar belit."

“Biar satu jam berikan pada saya untuk saya jelaskan, lepas itu baru masyarakat boleh menilai. Tak kira bila kerajaan nak beri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan beri arahan," katanya selepas melancarkan satu program Pas di Rusila dekat sini hari ini.


ISU YANG MENGGAMBARKAN KETAKUTAN HJ HADI.

"Saya percaya kalau jawap di sini ( pada waktu sidang media tersebut) kenyataan saya akan di putar belit." - Hadi Awang

Belum pun bagi jawapan , Hadi memberi alasan longlai. Tiada siapa nak putar belit kenyataan beliau.

Pada saat ini jutaan umat islam di malaysia menunggu kenyataan Hadi mengenai perlunya beliau menarik balik amanat yang beliau keluarkan itu.


KENAPA PERLU DIALIHKAN ISU DAN WATAK SALAH KEPADA ORANG LAIN ?

Selama ini Hadi cukup teruja untuk melakukan apa jua sidang media dan kenyataan media mengenai apa saja isu.

Kenapa Hadi begitu takut untuk buat perkara yang kebiasaannya telah beliau lakukan ?

Apakah Hadi takut untuk memberikan fakta dan hujahan dalam bentuk rasmi sehingga terpaksa menyalahkan orang lain yang dituduhnya bakal memutar belitkan cerita ?

12 hari diperlukan oleh Hadi untuk menjawap desakan umat islam supaya beliau menarik balik amanat gila nya.

12 hari baru dapat jawapan ???
12 hari baru bersuara / buka mulut ???
APA!!! Susah sangatkah Hadi nak buat "executive decision"???

RAKYAT DESAK HADI AWANG TARIK BALIK AMANAT TAPI BELIAU RESPON "SAYA TAK NAK KENYATAAN SAYA DIPUTAR BELIT."

Kenapa perlu TV3 dan RTM ?

isu penyiaran secara live dan terbuka pada saat ini bukan lagi bergantung kepada media arus perdana.... Jangan alihkan isu.

jawap secara mudah dalam kenyataan media.
apa tak pernah buat kenyataan media ke ???
apa tak percaya pada live streaming ke ???
apa dah tak yakin pada malaysikinitv ke ???
apa dah tak yakin kepada pemberitaan haprakdaily ke ???

Isu di sini adalah rakyat menunggu jawapan balas Hadi Awang mengenai desakan umat islam yang mahu beliau menarik balik amanat itu.

semudah itu. sesimple itu.
12 hari Hadi Awang membisu.


INI ADALAH RESPON YB DATO' SERI UTAMA DR RAIS YATIM MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu. 

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Dis. 

Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah. 

Saturday 29 December 2012

SEDARLAH PAS!!! .PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH DAP ADALAH AGENDA MURTADKAN UMAT ISLAM.

Tindakan golongan yang memperjuangkn kebebasan menggunakan istilah yang lazim digunakan oleh umat Islam, seperti kalimah Allah sebenarnya hanya satu strategi membantu agenda memurtadkan umat Islam di negara ini.
Setiusaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), A Karim Omar berkata isu penggunaan kalimah Allah bukanlah isu terpencil dan ia juga bukanlah isu bahasa, sebaliknya ia merupakan satu strategi sesetengah pihak dari kumpulan tertentu untuk menyebarkan dakwah Kristian dan memurtadkan umat Islam.
“Dalam satu perjumpaan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2010, antara para mubaligh daripada pelbagai pertubuhan dakyah Kristian yang melakukan kerja dakyah di negara Islam merumuskan kejayaan mereka adalah hasil menterjemahkan kitab Bible ke bahasa tempatan terutamanya penggunaan kalimah Allah."
“Malah strategi untuk menterjemahkan ke bahasa-bahasa tempatan serta menggunakn istilah yang diguna pakai umat Islam telahpun tercatat dalam risalah dan buku yang diterbitkan sejak kurun ke-19 lagi. Bahasa Melayu telah pun dikenal pasti antara bahasa yang perlu diterjemahkan."
“Oleh itu, sedarlah golongan yang memperjuangkan kebebasan untuk digunakan istilah lazim digunakan umat Islam di negara ini terutama kalimah Allah, bahawa mereka sebenarnya membantu agenda memurtadkan umat Islam,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kerja kerja bertajuk, “Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Permurtadan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Menurut A. Karim penggunaan kalimah Allah juga disifatkan sebagai satu kejayaan kepada penyebar dakyah Kristian dalam usaha mereka membuka minda orang Islam untuk menerima serta membaca Bible.
“Kita lihat apa yang berlaku di negara ini apabila golongan itu mahu menggunakan istilah-istilah seperti kiblat, Kaabah, solat serta beberapa istilah lain adalah usaha mereka untuk mengabui pandangan umat Islam,”jelasnya.
Menurutnya dalam mendepani ancaman memurtadkan umat Islam, beberapa langkah segera wajar diambil oleh kerajaan, serta umat Islam, antaranya sokongan dana.
Beliau berkata gerak kerja dakwah Islamiyyah memerlukan sokongan dana bagi merealisasikan perancangan gerakan itu melawan ancaman pemurtadan serta memartabatkan Islam.
“Sokongan dana yang mencukupi mesti dikenalpasti untuk menyokong segala perancangan dan gerakan dakwah. Ia tidak semestinya mengharapakan dana daripada sumber kerajaan sahaja, sebaliknya daripada kalangan umat Islam itu sendiri,” jelasnya.

PANAS !!! RAMAI AHLI PAS YANG TERKEJUT SETELAH MENONTON VIDEO INI....

Kenyataan pemimpin utama DAP...
The basis of DAP reaching out, engaging and co-operating with PAS in Pakatan Rakyast is not on Islamic state or hudud, but on the principles of promoting democracy, pluralism, cultural diversity, human rights, women’s rights and development in Malaysia.

Translation: Asas DAP mendekati, melibatkan diri dan bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat bukan negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan di Malaysia.


Dan ini pula kenyataan balas pemimpin tertinggi PAS...
PAS tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.
Perkara itu dijelaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.

Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas terhadap agama sendiri.

“Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.

“Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno 6.0 di Paka tempoh hari.

Majlis dirasmikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri pimpinan PAS Terengganu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu mendekati dan bekerjasama dengan PAS dalam PR bukan kerana negara Islam, tetapi atas prinsip galakan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak wanita dan pembangunan negara.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menjelaskan, kerjasama PAS dan DAP berlaku atas titik persamaan dengan membiarkan hak masing-masing dalam perkara berbeza termasuklah soal hudud.

“Kita bersama-sama DAP dalam menentang kezaliman, menentang ISA, OSA, penyelewengan, ekonomi, rasuah. Itu sama, hudud dan kisas itu tidak sama.

“Bahkan kita kemukakan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu di mana kita buat kelonggaran yang diizinkan Islam, dengan orang bukan Islam boleh pilih mana undang-undang yang dia mahu,” katanya.
Dah la kantoi sebagai parti rasis yang anti Melayu..kini puak-puak DAP ni nak mengheret pula orang Islam supaya menerima pluralisme..Dengar baik-baik penjelasan yang dibuat oleh Ustaz Fathul Bari mengenai pluralisme. Sebagai orang Islam, wajarkah kita masih menyokong perjuangan yang cuba dibawa oleh DAP??



Friday 28 December 2012

APA ADA PADA NAMA PARTI ISLAM ???



Apa ada pada nama Parti Islam ?” soal Dato Mohd Nakhaie Haji Ahmad ketika ditemubual Agendadaily yang merumuskan perjuangan parti itu sekarang hanya untuk mendapatkan kuasa politik.
“Apabila kita melihat kepada satu nama seperti Parti Islam SeMalaysia – nama itu tak semestinya menggambarkan parti Islam yang sebenarnya apabila dilihat dari segi perjuangan, akhlak, pergaulan dan sikap mereka dalam menghadapi pelbagai isu kehidupan.
“Bagi saya, PAS tidak memiliki ciri-ciri keIslaman dan hanya menggunakan nama Islam sebagai satu jenama yang difikirkan berpengaruh,” katanya.
Menurutnya kepimpinan PAS mendiamkan diri apabila berlaku perpecahan fraksi-fraksi fahaman dalam partinya yang menyebabkan perjuangan PAS ditafsir mengikut selera masing-masing.
“Ia dianggotai atau dikuasai oleh golongan yang lebih berkeinginan untuk berkuasa dan menggunakan parti untuk mencapai matlamat mereka. Oleh sebab itu, elemen Islam dalam PAS berteraburan dan pelbagai elemen masuk ke dalamnya termasuk golongan Syiah yang sanggup berdiam diri terhadap fahaman pluralisma dan liberalisma.
“Ini antara penyelewengan besar yang berlaku dalam PAS sekarang. Itulah sebabnya mereka mudah menerima fahaman atau saranan dari DAP mahupun Keadilan sehinggakan kita dapat melihat PAS sudah tidak ada pendirian, seolah-olah mereka mengikut logik parti-parti itu ”katanya.


RAKYAT KELANTAN DESAK YIK (YAYASAN ISLAM KELANTAN) SIASAT DAN JELASKAN KPD RAKYAT - ISU RASUAH TANAH RAKYAT KLATE KPD DAP

Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) yang merupakan pemilik pajakan tanah seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang ditawarkan untuk dijual pada awal tahun ini dengan harga RM36.8 juta.

Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad kepada Agendadaily.

Sebelum ini, bos DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming mengakui memiliki (membeli) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd pada April tahun ini.

Ngeh menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa daripada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya mendakwa pelaburan tersebut dibuat atas pelaburan sebuah syarikat swasta.

“Saya jelaskan bahawa Nga Kor Ming  dan saya tidak dapat apa-apa daripada tanah itu, tetapi itu hanya melalui pelaburan swasta di mana sebahagian pelabur termasuk saya telah membeli syarikat tersebut pada April tahun ini," katanya."

ngeh-ngaxx

Berdasarkan iklan yang mula tersiar di sebuah [LINK=http://www.iproperty.com.my/propertylisting/535953/Gua_Musang_Agricultural_Land_ForSale]laman web pembelian hartanah terkenal,[/LINK] pada 12 Januari 2012, konsesi seluas 10,526 ekar tersebut adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dipajakkan kepada UPSB.

Menurut Wan Khairul, antara yang dinyatakan di dalam iklan tersebut adalah keluasan tanah 10,526 ekar atau 4,260 hektar, pajakan 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092.

"Syarikat yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama, dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada YIK," kata beliau.

Jelasnya lagi, antara syarat yang ditetapkan adalah UPSB mesti membayar YIK RM100 seekar selepas lapan tahun jika sekiranya ditanah dengan getah yang mana keseluruhan konsesi tersebut sesuai untuk tanaman getah.

Semakan ke atas laman web yang diberikan oleh Wan Khairul mendapati iklan tersebut sudah tamah tempoh yang membawa maksud berkemungkinan sudah dimiliki.

Berdasarkan iklan tanah di kawasan itu amat sesuai untuk tanaman getah dengan corak muka bumi yang rata tidak berbukit.

Harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhan dan pembeli ditawarkan pembelian penuh terhadap ekuiti syarikat UPSB.

Jelas, Wan Khairul, persoalannya jika Ngeh bersama sepupunya beli syarikat tersebut pada April lalu, berapakah jumlah sebenar yang mereka bayar.
"Kita menuntut penjelasan, dari manakah sumber kewangan dua pemimpin DAP tersebut membeli syarikat UPSB dan apakah perjanjian sebenar antara UPSB, YIK dan kerajaan negeri..." katanya.
Wan Khairul yang merupakan anak jati Kelantan turut meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar tidak diperlukan Bumiputera sebagai pemilik syarikat tersebut seperti yang diiklankan sebelum ini.
"Kami sebagai rakyat Kelantan berhak tahu semua maklumat berkaitan tanah ini dan saya cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar untuk berterus terang dalam kes ini," ujarnya.
Permintaan Wan Khairul untuk Nik Aziz berterus terang dalam isu ini wajar memandangkan Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang ketat.
Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan oleh Harakahdaily berkata tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.
"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.
"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.
"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.
Manakala dalam sidang akhbar Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu semua pemimpin parti DAP agar tidak meletakkan diri mereka pada kedudukan yang boleh menimbulkan persepsi salahlaku.
“Saya masih belum lagi bertanya kepada Ngeh bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkara itu,”kata Karpal.
relaipetakawasan
Sementara itu, Exco Kanan Perak Datuk Hamidah Osman Hamidah membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam UPSB yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.
Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.

Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.
Menurutnya, ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.

“Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99 peratus.
“Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan mengatakan mereka diajak melabur).
“Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini,” katanya selepas membuat laporan polis berikutan diugut selepas mendedahkan kes tersebut di DUN Perak minggu lepas.- OLEH HELME HANAFI- 24/12/2012
IHSAN: AGENDA DAILY

TAKWA PUNCA KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN HIDUP


TAKWA, cukup mudah menyebut perkataan terbabit tapi bagaimana untuk mengaplikasi TAKWA ini dalam kehidupan kita. Adakah cukup dengan hanya beribadah sahaja itu dipanggil TAKWA? TAKWA perlu kepada kehidupan yang menyentuh segala aspek kehidupan dan tidak lari dari FITRAH ISLAM itu sendiri. Sering mengingati ALLAH SWT dan berbuat baik mencegah kemungkaran.
anak soleh penyejuk hati
Jadilah hamba berTAKWA kerana :-

  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi anak yang soleh secara automatik
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi insan yang soleh secara automatik
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang patriotik yang hebat
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang insan yang cemerlang
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi ayah yang terhebat
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi insan yang sentiasa kenal erti syukur
  • dengan menjadi hamba yang berTAKWA kita akan menjadi seorang yang gagah dan tabah
maka, dengan menjadi HAMBA yang BERTAKWA kita akan melengkapkan kehidupan kita dengan sikap dan nilai yang terpuji secara tanpa kita sedari.


Thursday 27 December 2012

BENARKAH UNDI PAS DAPAT PAHALA ???


Benarkah jika mengundi PAS pada PRU akan datang ,umat islam bakal peroleh pahala??

Sapa yang lebih berhak tentukan pahala dan dosa ???

Pemimpin-pemimpin PAS kah??? Atau Tuhan Sekalian alam Allah S.W.T ???
Semestinya Allah S.W.T sahajalah yang mampu mengurniakan pahala dan mengazabkan dosa kepada hambanya.

Kenapa PAS beriya-iya menfatwakan undi PAS dapat pahala??? Adakah apabila mereka menang PRU-13 ini mereka bakal meminda perlembagaan yang mereka katakan sekular, dibuat oleh penjajah untuk digantikan dengan perlembagaan yang lebih Islam??? Adakah hudud yang dilaung-laungkan  PAS akan diterjemahkan sebagai undang-undang di negara ini??

Mana mungkin itu semua berlaku sebab PAS hanya parti minoriti dalam PR sekarang ini dan mempunyai paling sedikit kerusi di Parlimen berbanding DAP dan PKR.Bolehkah mereka hendak mengubah segalanya dalam sekelip mata??

Lihatlah kembali sejarah politik bagaimana dulunya PAS ketika mula-mula memerintah Kelantan, apabila UMNO mengemukakan calon di kalangan ahli agama untuk menentang PAS dalam pilihanraya,Nik Aziz selaku Menteri Besar telah menyindir calon UMNO sebagai menentang Nabi Muhammad S.A.W.

Kata Nik Aziz ,:"...ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad". Nik Aziz mensifatkan tokoh agama yang menentang calon PAS sama seperti menentang Nabi Muhammad. Sangat tidak boleh diterima akal apabila dia menyamakan PAS itu sebagai agama  padahal ia sama seperti UMNO, MCA dan lain-lain parti politik yang berdaftar dengan ROS dan perlembagaan partinya perlu pergesahan pendaftar pertubuhan. Jadi,mana mungkin PAS boleh mendakwa mengundi mereka dapat pahala, bagaimana pula dengan mengundi DAP dan PKR ,rakan parti mereka, adakah mendapat pahala juga sama seperti mengundi PAS ???


Justeru, apa beza kenyataan Nik Aziz "undi PAS dapat pahala" dan "undi PAS masuk syurga"??? Apa beza beza istilah "masuk syurga " dapat pahala"?? Ertinya,kenyataan beliau itu boleh juga ditafsirkan ,undi selain PAS "dapat dosa".
  
Selain itu ,Nik Aziz juga pernah dilaporkan berkata ,bahawa anggota UMNO tidak akan maksud syurga  kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.Katanya,perbezaan antara Islam yang didakwah oleh PAS dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam kalangan anggota UMNO."Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa orang ke syurga".Ini bermakna ,rugilah orang Islam luar dari Malaysia kerana disana tiada parti PAS yang menjanjikan pahala dan syurga sebagai ganjaran seperti di Malaysia.


Tetapi Sayang Sekali !!! , Kali ini Undi PAS
Kita Tidak Lagi Beroleh Pahala!!!
  • Setelah jelas pendirian DAP melalui kenyataan rasmi mereka bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak menyokong dasar PAS yang mahu membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud - maka jelaslah PAS bersendirian dalam hal tersebut. DAP melalui lidah Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan tegas menolak hasrat dan cita-cita PAS itu, manakala PKR melalui lidah Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasinya dengan jelas menunjukkan nada dan irama yang sama dengan para pemimpin DAP.
  • Maka, terlondehlah segala niat sebenar PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR selama ini. Bahkan jelaslah niat PAS tidak lebih daripada mahu menjatuhkan UMNO dan mengharapkan kuasa serta kedudukan. Jika dahulu, Nik Aziz berfatwa, sesiapa yang mengundi PAS akan memperoleh pahala, kini kita tidak lagi memperoleh itu semua. Hal ini adalah jelas dan nyata - PAS telah bersama-sama dan taat setia dengan parti yang terang-terang menolak hukum Allah dan menghalang pembentukan negara Islam. Sekiranya PAS masih tetap mahu bersama-sama dengan DAP dan PKR, maka PAS secara terang-terangan telah bersekongkol dengan musuh Allah dan Rasul-Nya yang menolak hukum Hudud dan negara Islam.
  • Sekarang, PAS sudah mengetahui secara rasmi - sesungguhnya DAP dan PKR sama sekali tidak menginginkan negara Islam dan hukum Hudud, maka mengapa PAS masih berdegil mahu bersama mereka? Apa muslihat PAS sebenarnya? Ingin berjihad atau mendapatkan kuasa? Nampaknya, kali ini dengan mengundi PAS kita tidak lagi memperoleh pahala, kerana perjuangan dan dasar PAS pada hari ini sudah berubah dan sangat jelas parti tersebut membantu musuh Allah, sekali gus menyebabkan PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti Islam.
  • Dewan Ulama PAS harus segera mengeluarkan fatwa dan hukum berkenaan permasalahan yang sedang dihadapi oleh parti tersebut. Yang jelas, sesiapa yang mengundi PAS tidak lagi mendapat pahala sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz pada satu ketika dahulu - malah, jika tersilap hari bulan, dan PAS masih taat setia dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil mengundi PAS mendapat dosa - hal ini adalah kerana PAS sudah sedia maklum akan kemungkaran yang terdapat dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih terus menyokong dan bersatu dengan kemungkaran-kemungkaran tersebut. Maka eloklah kita fikir-fikiran.

AKHIRNYA PAS KELUARKAN KENYATAAN BERHUBUNG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN .


PAS mula rasa tertekan, ragu, kelam-kabut dan panas dengan kenyataan terkini Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah yang tetap mahu digunakan oleh penganut Kristian di dalam kitab Bible mereka. PAS berpecah kepada dua kumpulan dalam menjawab permasalahan ini - golongan pertama yang diketuai Nik Aziz secara "mudah" mengizinkan nama Allah digunakan oleh penganut Kristian bagi menggantikan perkataan "God" di dalam Bible. Manakala golongan kedua pula yang diketuai oleh Harun Din secara tegas menolak kehendak Lim Guan Eng tersebut. Mungkin agaknya, PAS melihat pengaruhnya yang sejak akhir-akhir ini semakin lemah, dengan kadar segera menukar strategi melalui lidah Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim bagi menangani isu sensitif ini daripada terus memakan diri. Sekiranya dahulu PAS sangat bertegas dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh puak-puak Kristian, kini nada mereka sudah mula berbeza. Mengapa ya? Inilah padahnya jika mereka "beriman" kepada Tahalul Siyasi dengan menggunakan hawa nafsu. PAS terlalu yakin dan percaya untuk menang dan martabatkan Islam di Malaysia, mereka "wajib" bekerjasama (tahalul siyasi) dengan DAP (yang tidak gemar kepada Islam itu) dan pada masa yang sama meninggalkan umat Islam yang lain - benarkan kefahaman seperti ini? Benarkan ini cara yang diajar oleh Rasulullah?

Parti yang tidak tentu hala prinsip perjuangannya seperti PAS, sudah tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. PAS sudah benar-benar terpesong daripada landasan asal perjuangan mereka. Demi kuasa dan putrajaya, PAS seolah-olah hampir "sudah beriman" dengan "Tahalul Siyasi" - kononnya Tahalul Siyasi dengan DAP la satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia tercinta ini! Benarkan begitu? PAS diingatkan jangan menambah rukun Iman. Islam boleh ditegak dan dimartabatkan di Malaysia tanpa memerlukan bantuan DAP! Cukuplah Allah dan Rasul menjadi pembela bagi kita semua. 

Wallahualam.


Berikut ialah kenyataan penuh Tuan Ibrahim: Soalnya mengapa bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan? Bukankah sebelum ini Nik Aziz yang sangat lantang dan ke hadapan dalam menangani isu kalimah Allah ini?


Bible Bahasa Melayu menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan


PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.

Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.

Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.

Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),   tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.


Tuan Ibrahim Tuan Man
 

Ketua Penerangan PAS Pusat

26 Disember 2012