ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAJET 2015 : RAKYAT KEUTAMAAN KERAJAAN

Friday 26 September 2014

BAJET 2015 : RAKYAT KEUTAMAAN KERAJAAN


KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka meneruskan pendekatan terdahulu yang menekankan manfaat kepada rakyat dalam Bajet 2015, kata bekas menteri kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Nor Mohamed yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, berkata kerajaan sentiasa memastikan rakyat akhirnya akan memperoleh manfaat daripada setiap langkah yang diambil,
walaupun terdapat sesetengah langkah dianggap kurang popular.

“Bajet pada asasnya merupakan belanjawan yang mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Enduring Truths From Statements and Words of Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Our Beloved Bapa Malaysia’,” di sini, hari ini.

Nor Mohamed berkata, kerajaan adalah kerajaan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat dan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, ia mengutamakan kepentingan rakyat dalam jangka masa panjang.
Beliau berkata, antara faktor yang diambil kira dalam penyediaan bajet ialah peningkatan taraf hidup rakyat menerusi pendapatan yang lebih tinggi.

Mengenai harapan bajet Khazanah, Nor Mohamed berkata, kerajaan dijangka melaksanakan apa yang difikirkan penting dan terbaik untuk syarikat berkaitan kerajaan.

“Kami penuh yakin kerajaan akan menyediakan dasar yang tepat,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment