ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: November 2012

Friday 30 November 2012

KENYATAAN NURUL IZAH BUKAN SALAH LAPOR - DATO' FUAD BIN HASSAN


Kenyataan Naib Presiden PKR di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November bukan salah lapor kata Datuk Fuad Hassan sebaliknya ia adalah suatu kenyataan yang datang dari kepercayaan yang diwarisi dari keluarganya sendiri.
"Bagi saya, ini bukan keterlanjuran kenyataan, ini bukan salah petik, ini bukan salah lapor, ini bukan manupulasi media. Ini adalah suatu kenyataan yang datang dari kepercayaan yang diwarisi dari keluarganya sendiri,” katanya dalam forum anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, 8 November.

Dato' Fuad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata kenyataan Nurul Izzah di gereja itu merupakan kesinambungan daripada kenyataan ayahandanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau kita lihat urutan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak 2009. Kes Lina Joy; kita dapat tahu bagaimana ‘pemimpin itu’ pernah menyatakan, itu adalah hak Lina Joy.
“Kita dapat lihat dalam forum pluralisme, In the Divided World di London School of Economics, kita lihat macam mana pendirian ‘orang itu’.
“Kita lihat pada tahun 2011, kes seksual merdeka; kita lihat bagaimana pendirian ‘orang itu.’
“2012, kenyataan yang menyatakan undang-undang tertentu yang dianggap sebagai lapuk dalam kes sodomi. Kenyataan itu kita lihat datang daripada ‘orang itu.’
“Kes Irshad Manji yang masuk dalam negara kita yang menyatakan pluralisme dan hak individu untuk memilih menurut apa sahaja menurut hak asasinya, juga datangnya daripada 'aliran itu.'
“Kes Mobashar Jawed Akhbar di Pakistan, datang juga 'daripada itu.'
“Dan yang terakhir ialah petikan dan tafsiran Surah Al-Baqarah, sepatutnya diguna pakai secara sama rata, juga datang daripada ‘keluarga itu.’
“Jadi, oleh sebab itu saya menyatakan bahawa ini bukan keterlanjuran, bukan salah petik, bukan salah lapor oleh mana-mana pihak, mana-mana media,” katanya.
Dato'Fuad kecewa Anwar mempertahankan anaknya bukan berdasarkan ilmu sebaliknya menyuntik sentimen kebencian.

INGAT !!! MASA DEPAN NEGARA BUKA UNTUK UJIKAJI.




Antara isi penting dalam ucapan dasar Presiden UMNO yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji. 

Pilihanraya umum kali ini melibatkan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah.  Itulah realitinya apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama, bangsa dan negara demi kuasa. 

Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar ‘bereksperimen’ dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan.  Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan. 

Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, ‘menang dulu, fikir kemudian’ setiap kali persoalan ini dibangkitkan. 

Dan hanya di Malaysia sahaja, ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya.

Justeru, peringatan Presiden bahawa pilihanraya kali sebagai yang paling penting adalah tepat. Sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, keseluruhan ucapan dasar tidak akan membawa makna apa-apa. 

Pembangkang sanggup ‘menawarkan’ negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita yang akhirnya akan memusnahkan hidup mereka sendiri dengan membangkitkan kemarahan rakyat yang tidak berfikir dengan rasional agar memberontak terhadap kerajaan.

Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk ‘ber-ujikaji’ dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini. Yang pasti, hasil yang dijangka adalah ‘unik’ serta ‘kronik’. 

Hasil ujikaji dijangka ‘unik’ kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia, menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular. 

Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang, ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia.  

Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik, serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup, malah pakaian juga. 

Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai, malah merbahaya untuk negara ini, masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama. 

Yang menjadikannya ‘kronik’ pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai, sekiranya mereka menang pilihanraya.

Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya, apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain

Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina. 

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2013 !!!


Berikut petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis 29 November 2012 :



* “Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi, lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi."

* “Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan UMNO. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini beserta wawasan masa depan."

* “Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, Pasti tidak akan hilang bisanya."

* “Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan di medan perang."

* “Dalam sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. Inti patinya, disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu."

* “Pada sisi lain, pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima pakai di Malaysia."

* “Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat."

* “Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji.
Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri."

* “Inilah...inilah tahap kualiti dan hal ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan. Namun, ia tidak langsung mengejutkan kita, kerana, semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, terbukti, Menteri Kewangan, saya ulang, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi Ketua Pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap."

* “Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam UMNO, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian dan fe"elnya berubah pulak."

* “Dalam Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi realitinya kerajaan Barisan Nasionallah yang berani mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan tiga pengisytiharan darurat serta membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus."

* “Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup mendoakan kecelakaan kepada UMNO. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah."

* “Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain."

* “Jadinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia Pasti kenal siapa dia. UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud."

* “Pilihan kepada tuan-tuan dan puan-puan kini antara Barisan Nasional sebagai sebuah parti dengan rancangan holistik tentang halatuju masa depan negara atau parti pembangkang yang kelam kelibut serta bercelaru dibelenggu matlamat pakatan mereka, sama ada mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sebuah negara teokratik atau sebuah negara berkebajikan."

* “Berbalik kepada DAP, kalau kita kaji lagi, sifir dan tafsiran demokrasi ala Parti itu amat mudah. Jika bersetuju dengan kepimpinan, semuanya ok. Akan tetapi, seandainya seseorang ahli mempunyai pandangan berbeza, misalnya Tunku Aziz, mantan Naib Pengerusi mereka, yang tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0 dan tempoh jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk penggal kedua."

* “Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka."

* “Pilihan raya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara."

* “Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri."

* “Justeru, saya selaku Presiden UMNO , bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam."

Thursday 29 November 2012

SUMPAH NAJIB & UMNO KEPADA BANGSA & NEGARA



Bahagian penutup ucaptama Dato Seri Najib Tun Razak di pembukaan Persidangan Agong  UMNO 2012.

"UMNO akan terus memperjuang agenda Melayu dan bumiputera supaya kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di negara tercinta ini. Kaedah yang diguna pakai oleh UMNO bagi mencapai matlamat ini berubah mengikut era yang ditempuhi.

Sedang UMNO komited bagi memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan bumiputera, kita juga penuh iltizam bagi mempastikan bantuan dan pertolongan kerajaan sampai kepada dan mampu dinikmati golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah daripada semua kaum di Malaysia. Kita mahu kemakmuran Malaysia dikongsi bersama dan tidak ada rakyat Malaysia yang akan ketinggalan

PRU-13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negaranya

Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan kepada anak-anak kita. Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau Malaysia yang mundur, terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis

Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu (rakyat dan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam) berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh diganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah air sendiri

Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikat atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menytusun jari da sepuluh memohon maaf atas kekhilafan

Justeru, saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam

Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan terpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan. UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan BN akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam

Kita akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik. Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan

Kita percaya rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan BNlah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia

Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kira membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya

Penuhkanlah tanah bertuah ini dengan rakyat yang mkencintai harumnya perdamaian. Makmurkanlah watan ini sehingga labanya melimpah ke kaki halaman.

Duhai putera puteri... duhai pejuang bangsa... segerakah... segeralah semua menyembah bakti. Pertahankan satu-satunya Bahtera Merdeka ini...Pertahan... pertahankanlah Putrajaya

Fajar telahpun tiba, nan menyinsing membawa harapan, Tanah Malaysia... Tanah Malaysia... Permata Nilam

Hidup UMNO....
Hidup Barisan.....
Hidup Malaysia...
.

IKHWANUL MUSLIMIN DI MESIR SAMA DENGAN UMNO/BN ???




Pas sering mengambarkan partinya sama seperti Ikhwanul Muslimin namun setelah melihat bendera Ikhwanul Muslimin seakan-akan bendera UMNO dan lambang parti mereka juga berbentuk dacing, kali ini PAS terus mendiamkan diri dan puak penyokong tegar PAS dan pakatan turut terkunci mulutnya kerana tidak boleh menafikan lagi yang rakyat Mesir mahukan kepimpinan seperti UMNO yang kuat dan jitu.

Bukan setakat bendera dan lambang sama. Malah perjuangan untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air juga sama seperti UMNO. Ikhwanul Muslimin (IM) di Mesir juga memakai "baju Merah" dan menjadikan "Gelombang Merah" sebagai pembakar semangat dalam  perjuangan mereka yang telah memberikan kemenangan kepada mereka di Mesir.

Apa lagi Pas dan puak Pakatan nak kata?

BETULKAH NIK AZIZ PUNCA PAS 'DITALAK' BN PADA TAHUN 1977


Rakyat acap kali dimomokkan dengan cerita bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu.

Kerana itulah, apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.

Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang.

Tetapi kelihatannya di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.

Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.

Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Ceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Lebih elok lagi, huraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

Ini secara langsung diyakini dapat membuka mata hati dan pemikiran rakyat untuk menyedari bahawa mereka selama ini tertipu dengan cerekarama dan dongeng klasik yang seolah-olah menunjukkan bahawa kerajaan BN dulu, kini dan selamanya' adalah kejam terhadap parti Pas dan juga terhadap rakyat.

Setidak-tidaknya juga usaha 'membuka pekung di dada' Pas ini juga akan menutup mulut busuk mereka yang sewenang-wenangnya menyebarkan penipuan terhadap kerajaan BN dalam kalangan penyokong mereka dan rakyat amnya. Semoga Tuhan akan terus merahmati negara Malaysia ini dan melindungi rakyatnya daripada pertelagahan, penindasan dan perpecahan.

Wednesday 28 November 2012

UCAPAN MUHYIDDIN YASSIN BERI MESEJ JELAS BUAT AHLI UMNO DAN RAKYAT


Perbezaan di antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang yang ditekankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diharap dapat menyedarkan rakyat akan kepincangan dalam pembangkang

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ucapan Timbalan Presiden UMNO itu boleh dilihat sebagai suatu yang menginsafkan bukan sahaja kepada anggota parti, tetapi juga kepada orang ramai.

Beliau berkata ucapan bersandarkan fakta sebenar permasalahan dalam pakatan pembangkang yang mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kedah itu perlu dihayati, dan diterjemah di peringkat akar umbi oleh ketiga-tiga sayap parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Dengan ini kita dapat memahami politik kebencian dan politik fitnah yang diguna oleh pembangkang untuk menghantui atau memberi gambaran buruk terhadap UMNO dan juga parti-parti komponen BN,” katanya selepas perasmian itu, di sini Selasa malam.
Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Muhyiddin turut menekankan kesepakatan dan perkongsian dalam BN bukan ungkapan semata-mata, tetapi satu kebenaran yang terbukti dengan perbuatan.

Mohd Shafie berkata UMNO yang memiliki banyak kerusi Parlimen berbanding rakan komponen tetap memberikan peluang kepada setiap parti komponen untuk dilantik dalam kabinet.

“Tapi kita tidak memerintah dengan meletakkan kepentingan UMNO semata-mata, sebaliknya perkongsian itu kita terjemahkan dengan tindak-tanduk, semua kaum kita bagi peluang dan ruang,” katanya.

Mohd Shafie berbeza keadaan itu berbeza dengan pembangkang yang kononnya satu pasukan, satu pakatan yang berpadu, tapi jelas hanya janji kosong yang tidak dapat diterjemahkan dalam pemerintahan mereka.

Bagi seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, doa yang memohon umat Islam termasuk anggota Pas kembali ke jalan Allah dan menyambut salam perpaduan, merupakan doa lazim yang dilakukan mengikut sunnah Rasululullah.

“Kita mengambil pendekatan ‘bilhikmah wabil hasanah’ iaitu pendekatan kebijaksanaan dan berlemah lembut dengan tidak mendoakan rakan kita yang telah mendoakan kebinasaan kita, sebaliknya mendoakan supaya mereka terbuka hati, berpadu demi agama Islam di samping tidak mengetepikan agama lain,” katanya.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ucapan Muhyiddin mengiktiraf sumbangan Wanita UMNO sebagai srikandi negara yang menyumbang kepada kestabilan parti.
Katanya Wanita UMNO lebih berminat kepada politik untuk membela nasib rakyat bukan yang menimbulkan fitnah serta tohmahan yang menjurus kepada rusuhan dan kekacauan di negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula berkata ucapan Muhyiddin itu jelas merupakan seruan kepada Umno dan BN untuk mengembleng tenaga mempertahankan Putrajaya.

“Pemuda UMNO sahut cabaran menjadi hulubalang parti, kita akan lipat ganda usaha ke kawasan masing-masing dan pastikan jentera  kita mantap dan penerangan kita jelas, dan dengan usaha yang tidak mengenal penat-lelah ini kita yakin lebih ramai orang muda dan pengundi muda dapat kita tarik bersama Umno,” katanya

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata amanat serta doa yang dilafaz Timbalan Presiden Umno tersebut akan sentiasa dipegang setiap anggota Puteri dalam melaksanakan tugas teras memperkasa UMNO.

“Sebagai Ketua Puteri, saya akan pastikan jentera Puteri sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan demi menjadikan kemenangan sentiasa berpihak kepada parti biarpun ketiga-tiga sayap menggalas cabaran yang berbeza,” katanya.

DOA UMNO JAUH BEZA DENGAN DOA PAS !!!

PAS DOA KO UTK UMNO TAPI UMNO DOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK PAS!




Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada malam tadi dimulakan dengan memohon serta mengajak Pas kembali insaf.

Doa yang dibaca oleh Wakil Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu turut memohon agar Pas terbuka hati untuk menerima Umno di atas tali persaudaraan sesama Islam dan bangsa Melayu.

Sebelum ini, PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin  berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Perhimpunan UMNO dimulakan dengan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam ini dan bakal mengumpulkan 2,759 anggota yang akan bersidang pada Perhimpunan Agung Umno bermula Khamis ini sehingga Sabtu

SUMBER :- KLPOS

Itulah kelebihan UMNO yang memang kita tahu cukup bermurah dengan doa yang mengajak kebaikkan bersama berbanding PAS yang acap kali mendoakan kemudaratan walaupun kepada sesama umat Islam. 

Ini bukan kali pertama UMNO mengambil sikap sebegini dengan mendoakan kebaikkan buat PAS. Nik Aziz Presiden PAS pernah mendoakan agar Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak pecah perut walaupun segala kebaikkan yang diberikan kepada Nik Aziz. 

Kita harap PAS bermuhasabah diri dalam pekara ini, kembalilah ke pangkal jalan demi sesama Melayu dan juga Islam. Bukakanlah pintu hati PAS agar menolak DAP dan juga PKR yang songsang malah terkutuk agenda mereka.

NAJIB SAHKAN PRI13 BUKAN TAHUN INI.






















Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada majlis taklimat presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.

"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu pilihan raya bukan bulan Disember, jadi pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas," kata seorang pemimpin parti kepada Sinar Harian Online.

Majlis Presiden merupakan sesi tradisi menjelang AGM parti.

Pemimpin yang enggan namanya didedahkan menambah Najib secara berseloroh ada menyebut bahawa "PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam dua bulan selepas itu."

"Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari, itu kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Parlimen akan terbubar secara automatik selepas itu jika Perdana Menteri tidak memutuskan untuk berbuat demikian sebelum itu.

Sinar Harian Online juga difahamkan agensi-agensi kerajaan juga telah menarik balik arahan membeku cuti hujung tahun yang dikeluarkan sebelum ini. Maklumat terbaru diterima menunjukkan notis terbaru dikeluarkan meminta semua cuti dibekukan selepas minggu kedua bulan Februari.

Penganalisis dan pemerhati menjangkakan PRU13 akan diadakan awal Mac depan.

Dalam temu bual terbaru dikeluarkan kelmarin, Najib berkata, "kalau bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot."

Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar. 

Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.

Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset. 

Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk. 

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian. 

Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.

Tuesday 27 November 2012

KERANA "HUDUD" UMNO KAFIR ???


Nik Aziz pernah kafirkan UMNO atas alasan dituduh menentang hudud yang dijalankan PAS. Sememangnya Nik Aziz murtadkan UMNO hanya semata-mata hendak mengalihkan pandangan dan tekanan terhadap kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama. 

Apabila PAS ditanya kenapa tidak menjalankan hudud di negeri yang diperintah pembangkang. PAS memberikan alasan perlembagaan persekutuan menghalang pelaksanaannya dan seterusnya menyalahkan dan mengkafirkan UMNO.

Namun, PAS terlupa apa yang berlaku dalam satu wacana yang melibatkan orang yang bertanggungjawap merangka Enekmen Jenayah dan Syariah Kelantan 1993 dan Timbalan Menteri Besar PAS.

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di berkata, "Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula."
http://www.utusan.com.my ARKIB : 07/10/2011

Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Sekarang bukankah PAS yang tak jalankan hudud? Siapa sebenar yang kafir dan murtad? Bagi ahli PAS yang taksub dengan Nik Aziz hingga sudah semacam "menyembah" Nik Aziz dari menyembah tuhan, tidakkah itu kafir dan murtad?

Saya bukannya menuduh tapi suruh mereka fikir sendiri.

HOT !!! KARPAL SINGH TEGUR TOK GURU ???


Nik Aziz dan kepimpinan PAS yang lain begitu cepat menjawab isu-isu berkaitan BN/UMNO tetapi peliknya, kenapakah isu yang dibangkitkan oleh Karpal Singh ini tidak dijawab sehingga ke hari ini?

Kenapa ??? Takut ke ??? 



Sila baca di bawah : Berita dari Mstar Online.


Karpal gesa pemimpin PAS campurtangan isu salun


Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru berhubung peraturan di Kelantan  yang melarang pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki.
“Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam,” kata Karpal (kiri) dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang.
Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam.
Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam
“Keputusan ini, pada fikiran saya, adalah tidak mengikut perlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah, dan ia tidak boleh dikenakan kerana ia menyalahi undang-undang,” kata Karpal.
“Majlis (tempatan) tidak harus mengumpul denda berdasarkan peraturan yang menyalahi undang-undang,” katanya.
‘Selesaikan segera’
Ahli politik veteran itu menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan perkara itu dengan segera kerana BN tidak seharusnya dihidangkan dengan isu-isu seumpama itu untuk dieksploitasi dalam pilihan raya umum akan datang.
Karpal melabelkan peraturanyang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan.
Enakmen itu kemudiannya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, katanya.
Beliau mengulas kontroversi yang melibatkan seorang pendandan rambut dari salun rambut E-Life di komplek membelibelah KB Mall yang disaman oleh pegawai penguatkuasa majlis perbandaran yang berpakaian biasa kerana memotong rambut pelanggan lelaki.
Ahli Exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata Majlis Perbandaran Kota Baru harus menunjukkan kelonggaran apabila menguatkuasakan larangan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki itu, jika kedua-duanya adalah bukan Islam, tetapi menekankan bahawa dasar kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah jelas.
Saingan Pakatan, terutama MCA, telah mengutuk peratusan itu sebagai sebahagian daripada usaha PAS untuk melaksanakan sekatan ke atas bukan Islam, dan menyeru DAP memutuskan hubungan dengan sekutu politiknya.

PSSSST : - Kalau undang-undang PBT pun PAS dah keliru, macam mana PAS nak laksanakan HUDUD?

Monday 26 November 2012

BETUL KAH NIK AZIZ SEBENARNYA BUKAN "TOK GURU" ???


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Gelaran Tok Guru yang ada pada Nik Aziz adalah gelaran palsu ??? BETUL KE NI ???

Dia bukan guru pondok dan dia hanya standard guru Kemas. Nik Aziz menyimpan rasa mahu jadi Tok Guru walaupun orang ramai belum mahu akui dirinya sebagai Tok Guru. Belum lagi ada anak murid, atau sesama Tok Guru dan iluan yang perakui kehebatan ilmunya untuk digelar Tok Guru.

Akibat teringin dan cemburu tak dipanggil Tok Guru, Nik Aziz telah mengeluarkan pekeliling supaya nama rasminya adalah Tuan Guru Nik Aziz.


Sebenarnya dia tak layak ....

Itu pasal ajarannya salah dan menyesatkan. Kata-katanya sering boleh dipertikaikan logiknya. Kadang-kadang dia sendiri pun bertukar-tukar.

Penceramah Azhar Idrus sendiri pernah kata Nik Aziz dedahkan Nik Aziz adalah guru palsu yang tiada ilmu tapi tafsir sendiri.
Nik Aziz pertikai syurga itu hak mutlak tuhan. Tujuannya adalah supaya dia boleh tentukan syurga untuk ahli PAS.

Lagi gila dia kata ayat Quran semua politik. Politik lain dan Quran tu lain.

Nik Aziz berkata tuhan tak rancang pilih Muhammad sebagai rasul tapi pilih dari manusia yang ada sampai umur 40 tahun.
Dengar pendedahan Mohd Nor Deris yang memberitahu Nik Aziz adalah mengikut ayahnya yang sebahagian dari Kaum Muda.

Dia tafsir Quran dan Hadis ikut  suka dia dan ilmu kelentongnya dibelajar dari India.


PERJUANGAN PAS KERANA ISLAM ATAU NIK AZIZ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ



PAS yang dilahirkan selepas pengasasnya keluar dari UMNO hanya disebabkan tidak dipilih atau terpilih menjadi Presiden UMNO selepas kalah dalam pertandingan 3 penjuru dengan kemenangan memihak kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Tertubuhnya PAS pada ketika itu hanya satu, iaitu mahu mengalahkan UMNO. Malah, ketika itu tidak timbul pun mahu memperjuangkan Islam sebaliknya hanya pada nama sahaja, iaitu Parti Islam Se-Malaya.

Dahulu hingga kini, PAS tidak pernah berubah dengan perjuangannya lebih ke arah individu berbanding agama Islam itu sendiri yang menjadi alat politik. Atas sebab itu, PAS akan “memenangkan” pemimpinnya jika dikritik ataupun dibelasah cukup-cukup seperti mana yang dilakukannya ke atas Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Tetapi, yang menghairankan ahli-ahli PAS tidak pula mempertahankan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu kerana mereka ini dikatakan mempunyai pemikiran sekular. Tetapi, yang menghairankan mereka ini sanggup pula mempertahankan Anwar Ibrahim biarpun didakwa dengan salah laku seks luar tabii dan sondol Chinadoll.


Tindakan sebegini menurut ajaran Islam dengan ketaksuban kepada kepimpinan menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam.

Ini terbukti apabila PAS sendiri kini berpecah kepada beberapa kumpulan dengan mengikut kumpulan Nik Aziz dan mengikut kumpulan Mat Sabu. Malangnya, Abdul Hadi Awang tidak ada kumpulan dan seolah-olah menjadi Presiden boneka kepada kedua-dua kepimpinan PAS itu.

Bersandarkan kepada kenyataan Nik Aziz dalam entri terbaru bertajuk 'Asabiah' yang disiar dalam blognya berkata BN tidak mempunyai peluang untuk menawan dan mentadbir Kelantan pada PRU-13 akan datang kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan  Menteri Besarnya.


Atas sebab itu, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam biarpun Nik Aziz sehingga kini mempertahankan pemimpin yang seperti Anwar Ibrahim yang didakwa salahlaku seks. Juga, mempertahankan S. Ambiga yang mana kerjayanya sebelum ini membantu Lina Joy dalam murtad dan merupakan peguam yang anti-Islam. Disebabkan BERSIH, Nik Aziz sanggup mempertahankan S. Ambiga biar pun dikecam sendiri ahli-ahli PAS.

Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi Pas akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.


Malah, kemenangan PAS di Kelantan dan di tempat-tempat lain membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.

Sehingga kini tiada seorangpun ulama lain atau mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz kerana orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.

Masihkah ingat bagaimana kerjasama melibatkan UMNO dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi, sekarang ini PAS bawah kepimpinan Nik Aziz sendiri bukan setakat bekerjasama dengan bukan Islam malah sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.


Bagi sesetengah ahli-ahli PAS, ada di kalangan mereka yang tidak menyukai tabiat dan sikap Nik Aziz dan sesetengah pemimpin PAS sehingga mengambil jalan terakhir, iaitu keluar PAS.

Sekarang ini, PAS bukan sahaja bermimpi mahu mentadbir negara juga mahu menuju ke Putrajaya yang suatu ketika mahu melelongnya sekiranya berjaya memerintah negara ini. 

WALLAHUALAM.