ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 2015

Tuesday 29 December 2015

POLIS KELANTAN BURU SUSPEK KES BUNUH PEMANDU TEKSI


Kota Bharu: Polis Kelantan meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki tempatan berusia lewat 20-an dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan pemandu teksi, semalam.

Susulan itu, satu lakaran wajah suspek diedar untuk perhatian orang ramai.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, fotofit itu dibuat berdasarkan keterangan saksi utama kes dan akan membantu pasukannya mengesan suspek.

Saturday 19 December 2015

KADAR TOL PLUS MUNGKIN NAIK 5% TAHUN DEPAN


JERLUN - Kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) mungkin dinaikkan sekurang-kurangnya lima peratus pada tahun hadapan.

Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, ia wajar kerana kos tanggungan yang semakin meningkat.

“Kenaikan itu bergantung kepada kerajaan sebab ia masih belum diputuskan sama ada berlaku kenaikan atau tidak.

“Tetapi kalau ikut perjanjian konsesi, memang Plus sepatutnya menaikkan kadar tol.

Tapi kenaikan itu tidak banyak iaitu lima peratus sahaja atau bersamaan 0.68 sen perkilometer,” katanya selepas menghadiri penyerahan sumbangan awal persekolahan Plus kepada 1,000 murid tahun satu sesi 2016 di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di sini, hari ini.

Ia disempurnakan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Abdul Razak Mat dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Ahmad Osman.

Menurutnya, kadar baharu itu bermakna pengguna perlu membayar tambahan 70 sen sahaja bagi perjalanan 100 kilometer berbanding sebelumnya.

“Plus tidak menaikan kadar tol sejak 2005. Selama ini, peningkatan kos terpaksa kita tanggung sendiri.

“Perbincangan juga melibatkan semua peringkat tapi keputusan muktamad bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, perjanjian konsesi juga menganggarkan keperluan pada masa akan datang sebab kos semakin hari semakin meningkat.

“Berikutan peningkatan kos yang terpaksa kita tanggung, maka kenaikan itu memang perlu,” katanya.
SH

Tuesday 15 December 2015

PANAS !!! RANI KULUP SURUH G25 KOREK KUBUR SENDIRI !!!


Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup hari ini memberi amaran keras kepada kumpulan bekas penjawat awam G25 susulan cadangan kumpulan itu bercanggah dengan hukum agama.

Rani Kulup berkata, apabila ahli G25 meninggal dunia, mereka ini disarankan untuk menggali kubur sendiri dan menggolekkan jenazah mereka sendiri ke dalam lubang kubur.

Tambah Rani Kulup, beliau hairan dengan kumpulan itu kerana rata-rata ahlinya berpendidikan tinggi sehingga menerima gelaran Tan Sri, tetapi dalam bab agama kumpulan ini kosong ilmunya.

Mereka sanggup ketengahkan cadangan kurang cerdik sehingga menyentuh sensitiviti umat Islam. Dimana ilmu Islam di dalam diri mereka??

Ini sudah tentu mereka hanya mengejar pendidikan dunia semata-mata, sebaliknya pendidikan agama yang akan membawa mereka disana kelak tidak dipelajari sebagaimana mereka mempelajari ilmu dunia.

"Saya tidak faham dengan tindakan G25 ini. Saya pun pesara kerajaan dan G25 ini semua pesara kerajaan berjawatan tinggi dan ada yang bergelar Tan Sri.

"Tetapi kumpulan ini macam tidak ada pelajaran kerana sering mengeluarkan kenyataan berkaitan agama yang boleh mencetuskan permasalahan dalam kalangan umat Islam," kata Rani Kulup.

Dalam masa sama, Rani memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap cadangan kurang cerdik tersebut supaya dikenakan tindakan tegas kerana menyentuh sensitiviti agama.
Utaranews.com

( G25 mahu hukuman khalwat dimansuh )


Monday 14 December 2015

MAAFKAN AKU SAHABAT !!!


TERSEDAR DARI TIDUR....
Lantas TERINGATKAN pesanan IMAN AL-GHAZALI

" Yang Besar itu NAFSU...
Yang Berat Itu AMANAH...
Yang Indah itu SOLAT...
Yang Dekat itu MATI"

BERDOALAH AGAR KITA MEMPEROLEHI "HUSNUL QATIMAH"
~ Sahabatku yang di RAHMATI ALLAH SWT
Setiap MANUSIA akan mengalami KEMATIAN, samada cepat @ lambat adalah bergantung kepada suratan amal & masa yang ditetapkan ALLAH S.W.T

~ ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud ;
   "Tiap2 umat mempunyai ajal, maka apabila sudah sampai ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya (melambatkan) walaupun SESAAT & tidak dapat pula mempercepatkannya" ~ (Surah Al-A'Raf, Ayat 34)

~ Wahai Sahabatku yang ku Kasihi.... Marilah sama2 KITA mengingati KEMATIAN kerana dengan mengingati KEMATIAN membuatkan KITA bersedia untuk menghadapi segala KEMUNGKINAN. Pelbagai persediaan harus KITA lakukan setiap masa & ketika untuk menghadapi KEMATIAN, agar KEMATIAN yang kita inginkan & impikan.... In Shaa ALLAH akan tercapai & di MAKBUL kan ALLAH S.W.T iaitu ....
HUSNUL QATIMAH (Penyudahan Yang Baik)

---------~~~***~~~---------
SAHABATKU .... 
Seandainya AJAL menjemputku dahulu,
MAAFkanlah segala KHILAFku...,
AKU HANYA INSAN YANG LEMAH....
Sebutkan nama ku dalam doa kalian.

ASSALAM TAHAJJUD SAHABATKU ......


BAYI DITEMUI BERHAMPIRAN LONGKANG


Nilai: Seorang bayi perempuan ditemui dibuang berhampiran sebuah longkang yang berdekatan sebuah bukit di Taman Pelangi Indah, Mantin, di sini, pagi tadi.

Sumber polis berkata, bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan telanjang oleh seorang penduduk yang keluar untuk bersenam pada jam 6.15 pagi.

Katanya, sebaik melalui kawasan itu, penduduk berkenaan yang juga wanita 40-an terdengar tangisan bayi.

"Wanita itu kemudian menghampiri kawasan dan terkejut mendapati seorang bayi ditinggalkan di celah batu serta pokok


Thursday 10 December 2015

MT UMNO KEKALKAN MUHYIDDN & SHAFIE, HANYA PRESIDEN GULUNG PERBAHASAN


KUALA LUMPUR -  Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal kekal dengan jawatan masing-masing, sekaligus menafikan spekulasi  mereka akan dikenakan tindakan disiplin kerana lantang mengkritik Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Najib sendiri mengambil pendirian itu pada Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO
"Oleh sebab itu presiden dan Timbalan dan naib-naib presiden masih orang yang sama. Jadi tidak timbul spekulasi di luar sana.
"Sesungguhnya kebijaksanaan ini adalah dilakukan oleh presiden parti, maka janganlah membuat spekulasi yang agak negatif," katanya kepada media ketika ditemui di perkarangan Menara Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti akan mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap Muhyiddin ekoran ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, malam Isnin lalu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana gagal menjawab kontroversi derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan skandal syarikat dana pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin juga tidak menghadiri majlis amanat Najib kepada ketua-ketua bahagian UMNO di PWTC semalam. 
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Najib sehingga menyebabkan kedua-dua mereka dipecat dalam rombakan kabinet Julai lalu.
Ahmad Zahid dalam pada itu menambah mesyuarat khas hampir satu jam itu memutuskan hanya Najib akan menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 Sabtu ini.
"Ucapan penggulungan apa yang diputuskan tadi, mengikut apa yang berlaku pada sayap-sayap tadi hanya ketua sahaja yang menggulung. Maka penggulungan akan dibuat oleh presiden parti sahaja," katanya.
Tengku Adnan pada minggu lalu ada memberitahu selain daripada Najib selaku presiden parti, tidak ada keperluan untuk ahli MT lain dan ketua-ketua sayap menggulung perbahasan.

KENAPA TSMY RAHSIAKAN 73 BILLION KERUGIAN ZAMAN TUN M ???


SEMUA pihak mempertikaikan tindakan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertungkus lumus mencipta isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion walaupun sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkaitan dengan dua perkara ini.

Kini rakyat mula mempersoalkan pula mengapa Muhyiddin merahsiakan kerugian sebanyak RM 73 bilion yang berlaku semasa Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Di bawah ini senarai RM 73 bilion tersebut :-
1. Perwaja RM 10 Bilion
2. BBMB RM 10 Bilion
3. MAS RM 20 Bilion
4. Bank Negara RM 33 Bilion

Sejak beberapa bulan yang lepas Muhyiddin begitu lantang mengkritik dan mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berbagai-bagai tuduhan salahlaku terutamanya yang membabitkan 1 Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion.

Namun terbukti tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali. Kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang tersebut. Secara logik sebuah syarikat yang mempunyai aset melebihi hutang dianggap masih relevan. Tambahan pula projek yang dijalankan oleh 1MDB merupakan projek yang berdaya maju.

Berkenaan derma RM 2.6 bilion pula, pihak SPRM telah mengesahkan bahawa derma tersebut bukannya diterima daripada 1MDB. Malahan pihak SPRM telah menemui sendiri penderma tersebut. Dan yang paling penting Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melanggar sebarang undang-undang dan perlembagaan negara berkaitan dengan penerimaan derma tersebut.

Setiap rakyat yang waras akan dapat melihat bahawa kerugian yang ditanggung oleh empat pihak tersebut jauh lebih banyak daripada hutang yang ditanggung oleh 1MDB.

Untuk makluman, 1MDB bukan lah sebuah syarikat yang rugi. Malahan aset syarikat tersebut melebihi hutang mereka. Berlainan pula dengan empat syarikat yang dibawah pentadbiran Mahathir ini. Mereka bukan sahaja menanggung hutang yang banyak malahan mengalami kerugian yang teruk.

Empat syarikat tersebut juga telah banyak kali di “selamatkan” atau “bail out” namun hasilnya tetap sama. Apa yang kita boleh lihat kroni Mahathir yang makin kaya tetapi nasib empat syarikat tersebut tetap sama.

Oleh itu, jangan kita biarkan Muhyiddin, Mahathir dan pembangkang memperbodohkan kita dengan propaganda mereka yang mempunyai niat terselindung itu. Mereka cuba kelirukan kita dengan fakta kerugian dan hutang dengan auta yang tidak masuk akal langsung.

–  PRU14.tv

Tuesday 8 December 2015

PM @NajibRazak AKUI TERGURIS DENGAN TUN M

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau terguris hati dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata beliau sebenarnya boleh menerima pendapat dan teguran bekas perdana menteri itu berkaitan dasar dan pentadbirannya.

"Tetapi dia (Tun Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)...," katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen‎ TV3 sempena Perhimpunan Agung Umno 2015.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Najib juga menyifatkan Dr Mahathir tidak berpegang kepada kata-katanya dahulu, bahawa seorang pemimpin apabila tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau haruslah sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan semasa.

"Waktu kita dalam kerajaan, kita hargai sokongan yang tidak dalam kerajaan. Waktu kita di luar kerajaan, kita patut sokong orang dalam kerajaan.

"Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap... tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan," katanya.

Najib juga mengakui berasa kesal dengan tindakan Dr Mahathir yang kini lebih kerap mengkritik kepimpinannya berbanding menegur pembangkang dalam tulisan di laman blognya.

Keadaan ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan anggota parti berhubung setiap isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahatir yang disifatkan Najib sebagai banyak bersifat persepsi dan andaian tanpa disokong dengan bukti kukuh.

Menyifatkan segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini sebagai cabaran yang perlu dihadapi, Najib berkata perkara itu adalah lumrah yang harus dihadapi setiap pemimpin.

"Ini bukan baharu dan setiap pemimpin akan hadapi cabaran. Tapi ini ujian kepimpinan kita... ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti," katanya.

Berhubung cadangan Dr Mahathir yang mahu supaya Majlis Tetua ditubuhkan untuk membimbing perdana menteri dalam urusan pentadbiran, Najib berkata perkara itu tidak pernah berlaku di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Malah, Najib menjelaskan tiada sebarang peruntukan dalam perlembagaan berkaitan penubuhan majlis itu, yang akan mengatasi kuasa Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.

"Bukanlah saya tidak hormat dia (Dr Mahathir) sebagai negarawan tapi saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat. Saya juga adalah presiden yang dipilih oleh parti.

"Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat...tidak mendengar pandangan tetapi pada kesudahannya saya mesti buat keputusan atas apa yang saya fikir terbaik untuk negara dan parti," katanya.
Bernama

Monday 7 December 2015

MAT SABU JADI JURUCAKAP DAP ???


Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau Mat Sabu didakwa menjadi jurucakap DAP apabila mengaitkan Pas dengan militan IS.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, tuduhan tersebut merupakan strategi DAP untuk terus memburukkan Pas yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu DAP.
“Ketika ini, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding PAN yang dia sendiri sedar kehilangan ‘steam’ dan momentum setelah hanya beberapa bulan ditubuhkan. Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP, tetapi masih terdapat sebahagian mereka yang masih menyokong Pas.
“DAP di bawah (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Oleh itu, Mat Sabu cuba mengaitkan Pas dengan IS untuk menakutkan pengundi Cina,” katanya dalam satu kenyataan.
Bekas Setiausaha Agung Pas itu turut mendakwa Mat Sabu mendapat jaminan Guan Eng untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU14 sama ada di bawah simbol Amanah atau DAP.
“Ini kerana Mat Sabu sedar kedudukannya sebagai Presiden Amanah goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dalam Amanah dan golongan ini tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latar belakang yang diketahui umum.
“Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi persepsi umum sudah melihat Amanah tidak lebih dari proksi DAP,” dakwanya.
Bagaimanapun, Mustafa berkata, tuduhan Mat Sabu itu tidak menjejaskan Pas.
“Walaupun tuduhan itu berniat jahat, tapi provokasi itu tidak akan beri kesan kepada Pas kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian Pas. Sebaliknya ia akan mengesahkan pandangan rakyat Amanah dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti bukan lagi sekadar satu persepsi,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng dalam kenyataan balas seperti dilapor portal semalam menafikan Mat Sabu jadi jurucakap DAP.
Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuduh Pas sebagai jurucakap BN berikutan pelantikan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
“Ini tidak benar. Saya Setiausaha Agung DAP, saya tidak boleh menjadi jurucakap Amanah. Mat Sabu bukan Setiausaha Agung DAP, dia tidak boleh menjadi jurucakap DAP. Dia hanya boleh menjadi jurucakap Amanah," katanya.
SH

FAIL SAMAN RM10 JUTA !!!


Kota Bharu: Suami isteri menfailkan saman RM10 juta terhadap hospital di Terengganu dan kerajaan Malaysia atas dakwaan kecuaian yang menyebabkan kematian anak bongsu mereka, dua tahun lalu.

Pasangan yang juga guru itu memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, sempena genap dua tahun kematian anak mereka.

Muhamad Sardi Saad, 39, dan isteri Fadilah Abd Wahab, 45, selaku plaintif pertama dan kedua menamakan 11 defendan dalam afidavit itu termasuk Pengarah Hospital Besut dan Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah selain Kerajaan Malaysia.

Mereka menuntut ganti rugi am dan khas di bawah peruntukan Seksyen 7(1) dan Seksyen 7 (3A) dan (3B) serta seksyen lain berkaitan mengikut Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Muhamad Sardi berkata, anaknya Ulya Insyirah, 4, meninggal dunia 6 Disember 2013 selepas mendapatkan rawatan di Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

"Arwah sebelum itu hanya muntah-muntah dan saya bawanya ke unit kecemasan Hospital Besut sehari sebelum kematian untuk rawatan.

"Namun, berlaku kecuaian dalam rawatan apabila badan anak saya membengkak selepas dimasukkan air dan disahkan mati mengejut akibat pembengkakan dalaman yang serius," katanya.
hmetro

ANDAI ESOK TIADA LAGI WAKTU BUATKU...



Andai esok tiada lagi waktu buatku
Andai esok tidak bersisa lagi sisa hidupku
Andai saja esok mentari pagi tidak menyinari pagiku
Andai esok tiada lagi gelak tawaku
Andai esok tiada lagi gurau senda dariku
Andai esok tidak ada ruang lagi untukku berdiri
Andai esok aku tiada lagi di sisi

Jangan kalian sesalkan apa yang terjadi
Jangan kalian bersedih hati
Jangan kalian menangisi pemergianku

Ikhlaskan segalanya..
Aku pergi meninggalkan kalian
Aku pergi buat selamanya
Yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan memori tentangku
Yang tinggal hanyalah sayup-sayup gelak tawaku
Yang tinggal hanyalah bayangan gurau sendaku

Aku pergi dengan pesan..
Aku pergi sila kalian ikhlaskan

Andai esok tiada lagi buatku...
Maafkan diriku.

~~Sesiapa sahaja mengenali diriku..andai esok aku tiada maafkan daku~~ 


Sunday 6 December 2015

KAMI SEPAKAT 'AMBIL ALIH' PERANAN TIMBALAN


KUALA LUMPUR - Pimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bersepakat mengambil alih peranan Timbalan Presiden Umno untuk merasmikan mesyuarat perwakilan sayap parti sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi parti itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keputusan itu telah disepakati bersama Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Menurutnya, ini adalah langkah terbaik melihat kepada senario politik semasa yang melanda parti itu.

"Jadi biarlah ketua-ketua sayap yang merasmikannya, jadi untuk Wanita Umno saya akan rasmikan perhimpunan agung untuk Wanita Umno," katanya pada sidang media di Pusat Dadangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majlis Tertinggi (MT) Umno  baru-baru ini memutuskan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - akan dirasmikan ketua‎ pergerakan masing-masing, bukan lagi oleh Timbalan Presiden Umno seperti‎ kelaziman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata, keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.

Perhimpunan Agung Umno 2015 dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Disember dengan dimulakan dengan perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, dan diikuti dengan perasmian Perhimpunan Agung Umno pada 10 Disember.
SH

JENAZAH TUNKU ABDUL JALIL DIMAKAMKAN DI MAKAM DIRAJA MAHMOODIAH SELEPAS ZOHOR


JOHOR BAHARU: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, yang mengumumkan berita kemangkatan itu, berkata jenazah Almarhum akan diiring ke Istana Besar malam Sabtu dan ditempatkan di Bilik Khas Istana Besar.

"Istiadat siram jenazah dan kafan akan dilakukan kira-kira 7 pagi Ahad dan seterusnya jenazah Almarhum akan disemayam di Bilik Singgahsana Istana Besar," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan di sini.

Katanya orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir pada pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi Ahad di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Abdul Rahim berkata penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, sebelum jenazah disembahyangkan dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah di sini selepas waktu Zohor.

Beliau berkata jenazah Almarhum akan dibawa menggunakan pedati yang akan ditarik oleh Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Istana Besar terus ke makam tersebut sepanjang tiga kilometer.

Turut mengiringi jenazah ialah Sultan Ibrahim serta anakanda-anakandanya yang lain, kata beliau.

Abdul Rahim berkata Almarhum akan disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.

Diputerakan pada 5 Julai 1990, Almarhum disahkan menghidapi kanser hati tahap empat sejak Disember tahun lepas dan pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China sebelum ini.

Bagaimanapun, penyakit Almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal tahun ini.

Sepanjang menghidap kanser, Almarhum kerap mengunjungi pesakit-pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk beramah mesra dan bertanyakan khabar
Susulan itu, ayahandanya, Sultan Ibrahim turut menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor tahun ini untuk membantu pesakit kanser di negara ini.

Selain itu, Abdul Rahim berkata majlis tahlil akan diadakan selama tiga hari berturut-turut mulai esok di Masjid Sultan Abu Bakar di sini.

"Kesemua bendera di negeri Johor akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula esok. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari untuk kerabat diraja dan tiga hari untuk orang awam," kata beliau.

Menurut Abdul Rahim, di atas keranda Almarhum akan diletakkan bendera peribadi, topi polis dan pedang baginda memandangkan Tunku Abdul Jalil pernah ditauliahkan sebagai Inspektor Polis pada 2011.

Almarhum merupakan kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan.

Selain itu, Almarhum, selaku pengerusi syarikat kapal layar Innovatige Sdn Bhd., yang menganjurkan perlumbaan Piala Monsun, turut memainkan peranan penting dalam membangunkan sukan itu.

Melalui program Liga Layar Malaysia dan program Belia Belayar pada 2013 yang diperkenalkan baginda, turut memberi peluang kepada beribu-ribu belia yang tidak berkemampuan tentang pelayaran dan memperoleh pengalaman dalam sukan kapal layar.

Atas sumbangan Almarhum terhadap pembangunan sukan kapal layar, baginda pernah menerima Anugerah Pembangunan Presiden 2014 daripada Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) tahun lepas.
mStar
Innalillahhi wa'inna illaihiraji'un.....
Semoga rohnya dirahmati Allah dan diletakkan bersama orang yang beriman dan Syurga Allah. 
Takziah juga diucapkan kepada DYMM Tuanku Sultan Johor.

Saturday 5 December 2015

TOL NAIK : FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN PEMBANGKANG !!!

Keriuhan dan keributan mengenai kenaikan tol ​Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tahun hadapan ialah berdasarkan perjanjian sahaja bukannya keputusan kerajaan atau PLUS lagi. Dalam jawapan kepada Parlimen semalam, Timbalan Menteri terbabit hanya menyatakan kandungan perjanjian bukannya KEPUTUSAN KERAJAAN.

Harga tol belum tentu naik kerana apabila tiba masanya PLUS hanya boleh membuat permohonan tetapi bergantung kepada kerajaan sama ada membenarkannya atau tidak.

Malah seperti ditegaskan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Sirlin, Manifesto PRU 13 BN menetapkan pengurangan kadar tol secara berperingkat lebuh raya Antara Bandar. Justeru Kerajaan akan berunding dengan syarikat konsesi bagi memenuhi akujanji manifesto tersebut.

DENGAN KATA LAIN, KEMUNGKINAN BESAR TOL TIDAK AKAN NAIK KECUALI KERAJAAN PERLU MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT KERANA GAGAL MEMENUHI JANJI MAIFESTONYA.

Kita lihat sejarah terlebih dahulu. Kerajaan telah beberapa kali membuat penstrukutran semula Perjanjian konsesi PLUS bagi mengurangkan kenaikan tol. Penstrukturan ini telah dilakukan sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1999, 2002, 2005 dan 2011.

Pada 1999 ketika di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, kerajaan telah mengadakan rundingan semula dan perjanjian baharu menetapkan kenaikan 26% setiap 5 tahun.

Bagaimanapun pada 2005, di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, satu lagi perjanjian baharu dibuat dengan mengurangkan kenaikan kepada 10% setiap 3 tahun.

Apabila Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih pentadbiran beliau mengarahkan kajian dan penstrukturan semula perjanjian. Justeru pada tahun 2011, PLUS dan kerajaan bersetuju kenaikan kadar tol diselaraskan kepada 5% setiap 3 tahun. Dalam penstrukturan semula kadar tol tahun 2011, tiada kenaikan tol sehingga 2015.
Malah kadar kenaikan ini merupakan paling minima pernah dibuat oleh mana-mana konsesi. Sebagai contoh, dalam carta di bawah kita boleh bandingkan kenaikan tol konsesi lain berpuluh peratus berbanding PLUS yang hanya akan naik 3% jika dipersetujui kerajaan. – MYKMU.NET

Untuk berlaku adil kita kena melihat fakta.
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mula dibina pada tahun 1989 dan siap pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM5.9 bilion. Kos projek ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi PLUS, kecuali kos pengambilan tanah yang ditanggung oleh Kerajaan. Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan terkini (2011), tempoh konsesi Lebuhraya PLUS akan tamat pada 31 Disember 2038. Setakat ini Kerajaan tidak ada perancangan untuk melanjutkan lagi tempoh konsesi tersebut.
Dalam tahun 2011, PLUS telah melaksanakan pengstruktaran semula dimana PLUS terpaksa membuat pinjaman sejumlah RM30.6 billion melalui penerbitan bon. Bayaran balik faedah pinjaman telah mula pada tahun 2012 manakala bayaran pokok hanya akan bermula pada tahun 2017 sehingga 2038.
Syarikat PLUS merupakan pemegang konsesi bagi 6 lebuh raya iaitu:
• Lebuhraya Utara Selatan
• Lebuhraya Lingkaran Tengah ELITE
• Lebuhraya LINKEDUA
• Jambatan Pulau Pinang
• Lebuhraya Butterworth Kulim
• Lebuhraya Seremban Port Dickson
Melalui penstrukturan semula pada tahun 2011, hasil keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga 2014 adalah RM26 juta. Secara puratanya, 50% daripada hasil keuntungan adalah digunakan untuk membayar balik faedah pinjaman. Syarikat PLUS telah membuat pinjaman melalui penerbitan bon berjumlah RM30.6 bilion. Pinjaman ini dibuat pada tahun 2011 semasa penstrukuturan PLUS Berhad.
20-25% digunakan untuk membiayai kos operasi dan penyenggaraan, ini termasuk lebih kurang 25% jajaran yang tidak dikenakan tol.
15-20% adalah untuk kerja-kerja upgrading, termasuk pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Bukit Gambir, Kuala Kangsar, Ainsdale dan kerja-kerja naiktaraf Lorong Keempat Lebuhraya Utara Selatan.
Baki 10% adalah untuk bayaran balik kepada pemegang saham yang terdiri daripada KWSP (49%) dan Khazanah (51%).
* Jumlah pencarum KWSP sehingga Mac 2015 adalah seramai 14 juta orang.
Credit : beliabangkit

NILAI AHLI MELAYU DALAM DAP HANYA SEKADAR “TEMPELAN”


"Jangankan dengan rakan sekutunya, dengan ahli-ahli yang berbangsa Melayu di dalam parti mereka sendiri pun mereka boleh letakkan sebagai tempelan sahaja, ‘diangkat’ hanya untuk memenuhi agenda kepentingan politik mereka semata-mata", ujar seorang pemerhati politik, Kapten (B) Dr. Shamsuddin Moner.
Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Kesatuan Alumni Persatuan Mahasiswa Universti Malaya (PMUM) itu, keadaan tersebut dapat dilihat baru-baru ini bagaimana ‘permainan’ mereka yang menampakkan hanya satu kaum sahaja dominan di dalam pemilihan jawatankuasa sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.
“Pemuda Sosialis Dap (Dapsy) yang memperuntukkan 15 kerusi untuk diduduki dari kalangan 15 orang yang memiliki undi tertinggi. Apa yang telah berlaku Dyana Sofya yang menduduki tempat ke-18, dilantik kononnya untuk kuota wanita hingga mengorbankan seorang lagi calon Melayu, Muhammad Shakir yang mendapat tempat ke-15.
“Begitu juga dengan pemelayu dalam Dapmilihan jawatankuasa di peringkat negeri Pulau Pinang baru-baru ini juga jelas kelihatan hanya seorang sahaja yang ‘bernamakan Melayu’ berjaya menduduki jawatankuasa tersebut, manakala di negeri Selangor, tiada langsung wakil Melayu yang berjaya menduduki pilihan lima belas dan di Pahang, wakil Melayu yang menjadi Pengerusi negeri akhirnya dijatuhkan.
“Bahkan di Selangor bukan sahaja kaum Melayu yang menjadi mangsa, Gobind Singh Deo yang mendapat undi tertinggi juga dinafikan hak sebagai pengerusi apabila Tony Pua yang mendapat undi jauh lebih rendah diangkat menjadi pengerusi negeri tersebut,” katanya kepada UMNO-Online.
Itulah sikap parti Dap, yang kononnya mengamalkan konsep ‘untuk semua bangsa’, hakikatnya amalan tidak seperti apa yang diungkapkan, tambahnya lagi.
“Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu, Zulkifli Mohd Noor juga pernah menyimpulkan kekecewaannya dengan membawa perumpamaan bahawa di mata pemimpin parti cauvanis itu, sumbangan dan nilai ahli Melayu tidak lebih daripada 50 sen sahaja.
“Bukankah ini seolah-olah seperti satu ‘permainan’ kepada nilai Melayu di dalam parti itu semacam barang mainan, ditukar ganti mengikut ‘selera’ pucuk pimpinan dan dijadikan sebagai tempelan sahaja,” ujarnya.
Tambahnya, begitu juga dengan pendedahan seorang lagi bekas Naib Pengerusi Kebangsaannya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang telah menyatakan kesilapan besar beliau kerana menyertai Dap dan dirinya dipergunakan untuk memancing undi orang Melayu sahaja.
“Contoh lain pula yang harus kita dedahkan kepada rakyat mengenai nilai orang Melayu di mata Dap sebagaimana bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam parti tersebut, Mohamed Razali Abdul Rahman yang meninggalkan parti itu disebabkan tindakan-tindakan parti itu yang hanya mempergunakan orang Melayu demi kepentingan peribadi politik mereka sahaja, bukan untuk menjaga kebajikan seperti apa yang terjadi kepada nasib penjaja-penjaja kecil dan kampung-kampung tradisional di Pulau Pinang.
“Di mata mereka, nilai orang Melayu di dalam parti itu hanyalah demi undi semata-mata, kerana mereka tahu pakatan pembangkang bukanlah satu entiti yang sah dari sudut undang-undang, di mana bila-bila sahaja boleh berpecah sebagaimana yang terjadi antara mereka dengan Pas.
“Ini juga menunjukkan rakan sekutu mereka tidak boleh dipercayai untuk mendapatkan undi Melayu,” tegasnya lagi.
Beliau juga beliau berkata, Pas, bekas rakan sekutu mereka sebagaimana kenyataan Naib Ketua Pemudanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin turut mengakui bahawa Dap hanya bergabung untuk mendapatkan kuasa, tetapi apabila sudah berkuasa mereka angkuh serta bangga mencanangkan bahawa parti itu mendapat sokongan masyarakat Melayu tetapi dalam masa yang sama ternyata masih gagal menempatkan pemimpin Melayu dalam kalangan kepimpinan mereka melalui proses undian.
“Kita perlu sedar dan insaf bahawa tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin dari rakan sekutunya sendiri juga tidak diendahkan, apatah lagi rakyat kebanyakan.
“Adakah perjuangan Dap relevan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 3 (1) yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Fasal 152 (Bahasa Melayu) dan Fasal 153 (keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera)?”, soalnya. 
Media UMNO.

JEMPUTAN PALSU MAJLIS ULANG TAHUN DS ROSMAH MANSOR DENGAN TEMA 'ALOHA' !!!

DS Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia difitnah lagi!
Kali ini, kononnya ada sambutan ulang tahun DS Rosmah Mansor, isteri perdana menteri yang bertemakan "aloha" di Putrajaya. Tetapi telah dinafikan oleh Rizal mansor, pembantu Rosmah Mansor.

"Tiada majlis sedemikian sebagaimana yang telah disebarkan.

“Harap maklum," kata Rizal Mansor.

Penafian ini dibuat dalam Facebook beliau.

Sebelum ini terdapat satu jemputan palsu yang tersebar dalam media sosial tentang sambutan ulang tahun Rosmah Mansor yang kononnya akan diadakan pada 13 Disember ini di sebuah dewan bankuet di kediaman perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Kononnya, tema untuk majlis tersebut ialah pakaian gaya "aloha".


BACA SETERUSNYA.....

TUN M & ISTERI SAHKAN KEHADIRAN KE PAU 2015



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan kehadiran ke Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa depan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri) akan datang," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan "Ceria Ke Sekolah' dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya di sini, Jumaat.

Tengku Adnan berkata UMNO kini sedang menunggu jawapan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.

Beliau berkata persiapan untuk perhimpunan berkenaan kini berjalan mengikut jadual.

Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Dis ini akan disertai 5,738 perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993 persidangan pergerakan wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).

Taklimat presiden pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan diadakan pada sebelah malam, 8 Dis dan bukannya pada petang seperti kebiasaan.

Tengku Adnan turut menolak desas desus kononnya terdapat pihak yang mahu membuat kacau sebaliknya melihat kehadiran kumpulan tertentu nanti lebih cenderung untuk memeriahkan suasana perhimpunan.

"Jadi janganlah ada puak-puak yang nak buat cerita atau putar belit mengatakan orang tertentu akan datang untuk mengganggu perhimpunan (Agung UMNO) dan saya tak percaya mereka akan membuat kacau," katanya.

mStar