ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: September 2014

Tuesday 30 September 2014

LELAKI MAUT DIBAHAM BUAYA, MAYAT DITEMUI TANPA KEPALA & LENGAN KIRI !!!

Foto
PENDUDUK membantu mengangkat mayat Mustapa yang ditemui selepas dibaham buaya.
Betong: Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya di Sungai Rimbas, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 10 pagi mengorbankan Mustapa Bunsu, 50, dengan mayatnya ditemui tidak berkepala dan lengan kiri pada 3.40 petang tadi. 

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama empat rakan ke sungai berkenaan untuk mencari pokok sagu. 

Katanya, seekor buaya datang secara tiba-tiba lalu menyambarnya.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalan sebelum mayatnya ditemui lima jam kemudian kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat," katanya. 

PEMIMPIN PAS DISURUH DIAM ATAU KELUAR PAKATAN !!!


PAS terus dikambing hitam dalam krisis yang menjejaskan pakatan pembangkang walaupun yang memulakan krisis tersebut adalah PKR. Dalam satu 'move' terbaru, sebuah NGO yang tak ada ahli, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) mendesak PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika tiada langkah pemulihan diambil parti tersebut.

Tujuh orang individu yang mendakwa merepa penggerak Lensa menyerahkan memorandum tersebut di Ibu Pejabat PAS pagi Selasa memberitahu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS akhir-akhir ini menimbulkan ketegangan dalam pakatan pembangkang dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Memorandum yang ditujukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diterima Muhamad Shahir Abu Hassan selaku Pegawai Penerangan PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut Kusala Lumpur.

Memorandum itu diserahkan Koordinator Lensa, Ekhsan Bukharee.

NGO berkenaan turut mengesa tindakan segera bagi memulihkan pemuafakatan dalam pakatan pembangkang.

Antaranya semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan Pakatan.

PAS juga disarankan untuk menyiasat tindakan sewajarnya terhadap ahli yang bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut.

Menurut NGO tersebut, PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.

Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.

Kemelut Mb Selangor bermula dengan 'Langkah Kajang' oleh PKR yang mahu menyingkirkan bekas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Langkah Kajang gagal selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudiannya menggantikan Anwar sebagai calon MB, bagaimanapun tidak diterima berbagai pihak di negeri itu.

Pergolakan dalam pembangkang dimulakan oleh kem Anwar dan kini PAS yang berpecah dan dipersalahkan.
AgendaDaily-30/9/2014

TIGA LAGI ATM DIGODAM DI KUALA LUMPUR & MELAKA

ATM Digodam

KUALA LUMPUR: Kes menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terus menggemparkan negara ini apabila tiga lagi bank pada petang Selasa dilaporkan menjadi mangsa terbaharu didalangi sindiket warga Amerika Latin itu.

Di ibu negara, United Overseas Bank (UOB) cawangan Jalan Imbi dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM92,900.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata pengurus bank tersebut membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang Selasa setelah mendapati baki audit di salah sebuah ATM lesap.

"Dia kemudiannya meneliti kamera litar tertutup (CCTV) pada 28 September lalu dan mendapati seorang suspek yang memasuki bank tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi hari yang sama dan mengeluarkan wang menggunakan modus operandi  dalam kes terdahulu.

"Dia (suspek) kemudiannya memasuki bank sebanyak empat kali, memakai pakaian berlainan setiap masa. Di mesin tersebut, dia mengambil telefon dan dapat mengeluarkan wang tanpa menekan sebarang butang di mesin," katanya.

Di Melaka, Pengurus Affin Bank dan Al Rajhi Bank cawangan Taman Melaka Raya membuat laporan polis pada Selasa mengatakan sebanyak RM355,570 wang di mesin ATM di kedua-dua bank itu lesap.

Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kedua-dua pengurus bank terbabit membuat laporan selepas rakaman CCTV mendedahkan gambar dua daripada tiga suspek yang menggunakan modus operandi yang sama untuk menggodam duit dari ATM.

Al Rajhi Bank dilaporkan menanggung kerugian RM233, 770 selepas dikeluarkan dua suspek manakala Affin Bank kehilangan RM122, 800 dipercayai dilakukan oleh tiga suspek.

"Ia perkara sama seperti yang berlaku di negeri lain. Siasatan akan dilakukan dengan kerjasama Bukit Aman," katanya kepada The Star.

Jumlah terbaharu itu menjadikan sebanyak 17 mesin ATM  digodam dengan kerugian lebih RM3 juta membabitkan wang dari Affin Bank, Al Rajhi, Bank Islam dan UOB.
mStar

SAMAN GUANG ENG TERHADAP NASRUDIN DIBATALKAN MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan saman yang difailkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi, dengan kos sebanyak RM500.
Nasrudin mengesahkan perkara tersebut dalam satu catatan di facebooknya pada tengah malam Isnin.
"Peguam saya maklumkan siang tadi bahawa saman Ketua Menteri Pulau Pinang ke atas saya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang," kata beliau.
Difahamkan perintah pembatalan tersebut dibuat oleh Pendaftar Mahkamah disebabkan kegagalan Peguam Guan Eng untuk mematuhi Aturan Pliding tentang keabsahan Writ Saman, iaitu kegagalan untuk menandatangi Writ Saman tersebut yang menjadikan dokumen tersebut tidak sah untuk didaftarkan di Mahkamah.
“Peguam Guan Eng cuba memberi penjelasan dan mendesak Mahkamah menerima dokumen yang cacat tersebut, namun Mahkamah menegaskan bahawa Aturan Pliding dan Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
“Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan writ saman tersebut dan memberikan kebebasan kepada Guan Eng untuk memfailkan semula,” lapor portal TKO.
Dalam kes itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diwakili oleh Peguam S Shanmugan manakala Nasrudin diwakili oleh peguam Wan Rohimi Bin Wan Daud.
Pada Ogos lalu, Guan Eng berkata beliau mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap Nasrudin kerana gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.
Guan Eng berkata notis saman itu telah kepada anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?”, pada 6 Ogos lepas.
Nasrudin dalam artikelnya mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

PECAT KHALID: WAN AZIZAH, SAIFUDDIN KE ROS ESOK


PETALING JAYA: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan isu berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid daripada parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi keterangan di ROS, Putrajaya pada Rabu.

Kedua-duanya akan ditemani peguam, Ragunath Kesavan di mana temujanji ROS dengan Saifuddin ditetapkan pada pukul 2 petang, manakala Dr Wan Azizah pula pada pukul 2.30 petang.

Ragunath ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan tarikh dan waktu berkenaan dipersetujui pihak terbabit.

“Surat ROS memanggil kedua-dua pemimpin PKR itu diterima lebih awal dan atas kesibukan masing-masing, tarikhnya dipinda dan akhirnya dipersetujui untuk diadakan esok (Rabu),” katanya.

Sebelum ini, ada aduan dikemukakan terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berhubung keputusan memecat bekas Menteri Besar Selangor itu.

Bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil ROS untuk menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti itu dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat.
mStar

SEBARAN SEGERA !!! FOTO SUSPEK GODAM MESIN ATM DIKENALPASTI !!!


KUALA LUMPUR: Polis telah mengeluarkan gambar beberapa suspek yang mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di cawangan Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.

Pasukan Polis Bukit Aman pada Isnin berikrar untuk membawa penggodam Amerika Latin yang merompak kira-kira RM3 juta dengan menggodam mesin ATM di tiga buah negeri pada hujung minggu lalu ke muka pengadilan. 

Polis berkata, suspek menggodam mesin dengan memasukkan cakera ke dalam CD-ROM ATM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata siasatan awal mendapati suspek akan membuka panel bahagian atas mesin ATM menggunakan 'kunci biasa' dan memasukkan cakera dan menjangkiti mesin dengan virus yang dikenali sebagai "ulssm. exe ".

"Selepas mengeluarkan CD, mereka akan menutup panel dan ahli-ahli sindiket itu akan mengeluarkan semua wang daripada ATM dengan menaip kod ke dalam panel utama, yang mereka terima melalui telefon dari seorang rakan sejenayah," katanya.
 
Suspek akan menghalang slot ATM dengan objek seperti kad SIM, kertas atau puntung rokok untuk menghalang pelanggan bank lain daripada mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM, katanya.

"PDRM komited dalam menghentikan jenayah ini hingga ke akar umbi untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap institusi perbankan tempatan.

"Kami juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan bagi membantu pihak polis dalam penyiasatan, dengan menghubungi SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839," kata Mortadza.
10 Mesin ATM Digodam Didedah
atm
PETALING JAYA: Polis Selangor mengesahkan insiden 10 mesin juruwang automatik (ATM) telah digodam dengan kerugian yang dilaporkan di negeri ini melebihi RM1,736, 710.

Sumber, pada Selasa berkata enam cawangan bank Al Rajhi telah digodam, manakala dua lagi masing-masing adalah cawangan Affin Bank dan Bank Islam di Selangor.

Polis menerima dua laporan penggodaman pada Ahad dan lapan lagi laporan pada Isnin.

"Jumlah kerugian daripada tujuh kes setakat ini adalah RM1, 736,710. Kerugian bagi tiga penggodaman lain belum ditentukan".

Senarai cawangan bank yang digodam adalah seperti berikut: 

Bank: Affin Bank, Jalan USJ10 / 1J 
Masa: 5.30 petang, 27 September 
Kerugian: RM265, 000 

Bank: Affin Bank, Jalan Yong Shook Lin 

Masa: Tidak Ketahui, 27 September 
Kerugian: RM303,000 

Bank: Al Rajhi Bank, Kota Damansara 

Masa: 00:46, 29 September 
Rugi: RM285,700 

Bank: Al Rajhi Bank, Wisma Metro Kajang 

Masa: 00:46, 29 September 
Rugi: Belum ditentukan 

Bank: Al Rajhi Bank Kelana Jaya 

Masa: 00:46, 29 September 
Rugi: Belum ditentukan 

Bank: Al Rajhi Puchong 

Masa: 01:12, 29 September 
Rugi: Belum ditentukan 

Bank: Al Rajhi Bank, Seksyen 9, Shah Alam 

Masa: 12.30 tengah hari, 29 September 
Rugi: RM116,000 

Bank: Al Rajhi Bank, Jalan Raja Bot, Klang 

Masa: Tidak Ketahui, 29 September 
Rugi: RM150,000 

Bank: Bank Islam, Seksyen 14 

Masa: Tidak Ketahui, 29 September 
Rugi: RM 395,850 

Bank: Bank Islam, Jalan PJU 5/5 

Masa: Tidak Ketahui, 29 September 
Rugi: RM: 221,160
Sumber : mStar online

SHALWATI DIBEBASKAN, DAPAT BERAYA BERSAMA KELUARGA DI MALAYSIA

Azizul dan Shalwati terpaksa terus meringkuk dalam tahanan hingga selesai perbicaraan.
30 SEPT: Shalwati Nurshal dibebaskan selepas menjalani hukuman apabila disabitkan bersalah kerana memukul anak-anaknya ketika di Sweeden.
Dia dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu dan sudah pasti dapat beraya bersama keluarga pada hari raya Aidiladha Ahad ini.
Shalwati Nurshal, 46 isteri kepada Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, telah dibebaskan daripada tahanan di Sweden sekitar 9.40 pagi waktu tempatan (pukul 3 petang waktu Malaysia).
Dia telah ditahan di penjara wanita Hinseberg, perbandaran Frvi, kira-kira 200km dari Stockholm, Sweden.
Ketika tiba di Kedutaan Malaysia di Stockholm, dia telah bertemu dengan Duta Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Abdul Rahman.
Menceritakan pengalamannya kepada duta, Shalwati berkata pengalamannya adalah sesuatu yang menginsafkan.
“Anda lebih menghargai kehidupan anda. Adalah sesuatu yang baik apabila dapat keluar, Alhamdulillah,” katanya.
Suami Shalwati, Azizul Raheem Awalluddin, pengarah Tourism Malaysia di Stockholm juga dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada 28 Mac oleh Mahkamah Daerah Solna.
Namun dia dibebaskan pada bulan Julai.
Mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara terhadap Shalwati.
Dengan mengambil kira tempoh tiga bulan yang telah dilalui oleh pasangan ibu bapa itu dalam tahanan semasa perbicaraan, ditambah pelepasan awal untuk tingkah laku yang baik, kedua-dua mereka masing-masing dipenjarakan kira-kira tiga dan enam bulan.
Mahkamah juga mengarahkan Shalwati dan Azizul masing-masing membayar 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada anak-anak mereka.
Embedded image permalink

ADA USAHA SINGKIR PAS DARI PR !!!

SHAH ALAM – Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi MarzukiUjar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.

Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.

“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.

“Malah, pengurangan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor (oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali) juga tindakan provokasi supaya Pas memikirkan semula masa depan dengan PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam, mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.

Menurut Mohd Zuhdi, ketegasan yang disuarakan Pas terutama dalam isu Menteri Besar Selangor menyebabkan rakan dalam PR mula membenci parti itu.

Namun beliau menolak pendapat bahawa Pas kelihatan dibuli atas sebab parti itu sendiri lambat membuat keputusan sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Pas secara berhati-hati cuba membuat keputusan yang terbaik.

“Dalam isu Menteri Besar Selangor, Pas hendak jaga hati perlbagai pihak, termasuk kakitangan Kerajaan Selangor dan rakyat Selangor, yang memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan (buat keputusan) semata-mata (berdasarkan) rakan dalam PR.

“Kita tidak mahu gelojoh dalam buat keputusan. Mereka (DAP dan PKR) mahu keputusan yang cepat dengan bagi kata dua kepada kita selain tidak beri ruang yang luas untuk berbincang dalam PR,” katanya.

Beliau juga menyifatkan pimpinan PKR dan DAP hanya mementingkan agenda parti sendiri apabila mendesak Pas segera membuat keputusan dalam sebarang isu yang membabitkan kesepakatan parti itu.

Menurut Mohd Zuhdi, buat masa ini semua ahli dan pimpinan Pas perlu ikut semua nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pas perlu ikut apa yang ditegaskan oleh presiden (Pas). Dalam ucapan semasa Muktamar Tahunan Pas ke-60 (baru-baru ini), Abdul Hadi telah buat satu penegasan bahawa Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam PR.

“Apa yang Pas mahukan sekarang adalah persefahaman dan kerjasama yang baik daripada rakan kita dalam PR. Keluhan hati kecil saya, Pas perlu bina kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada sokongan parti lain,” katanya.
sinarharian

VIDEO : ANGGOTA KESELAMATAN ROGOL WANITA WARGA ASING !!!


Entah ke mana perginya peri kemanusiaan???
Ke mana hilangnya iman???
Apakah tugas dan amanah yang dipegang dijadikan peluang untuk mengambil kesempatan???
Harapkan pagar, pagar makan padi!!!

Tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga asing beberapa hari yang lepas.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral. Ramai orang mula memperkatakan tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-undang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. 

Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dicuri sekali!

GADIS MELAYU BERIMEJ ISLAMIK, SERTAI DAP

Seremban –  Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut.
Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.
Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.
“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama.
“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.
“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.
“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting.
“Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah.
“Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” katanya.
DAP menentang ‘kapitalisme parti’
Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci.
“Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa.
“Andai perkara ini dilihat pada dasar agama, pihak Yahudi sebenarnya sedang memperjuangkan hak agama mereka walau pada dasar kemanusiaan sebenarnya tanah tersebut milik Palestin.
“Jadi, soal moraliti dan kemanusian harus kita jadikan indikator dalam menilai perkara ini.
“Sesungguhnya Allah meletakkan darjat manusia itu tinggi. Seorang pemikir Barat zaman Ranaissance , Pico Della Mirandola pernah menyebut “nihil spectari homine admirabilius”, yang membawa maksud tiada yang lebih indah dari manusia. Maka, mari kita baca dan fikir-fikirkan.
“DAP menentang ‘kapitalisme parti’, mereka mempraktikkan perkara ini dengan meminta setiap ahli parlimen dibawah DAP mewakafkan di antara 20 hingga 30% daripada gaji mereka kepada parti.
“Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat?
DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam
Melati turut mengulas bahawa DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar–dasar keselamatan sosial.
Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP. Ia dipraktikkan di Pulau Pinang dengan pelbagai jenis bantuan.
“Di negeri naungan DAP itu juga mempunyai briged yang ditugaskan menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing dengan kelengkapan penuh yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan Pulau Pinang.
“Hadirnya wakil rakyat dari kaum Melayu dan India seperti Zairil Khir dan Ram Karpal menguatkan lagi bukti bahawa DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam.
“Saya yakin dalam hal ini kita harus berlapang dada dan cuba melihat dengan mata hati.
“Rumi pernah berkata aku beriman dengan agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun dirosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah.
“Politik Islam meletakkan keadilan sosial dan kemanusiaan sebagai teras dan saya melihat ciri-ciri ini wujud dalam DAP.
“Saya yakin sudah tiba masanya anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia,” kata Melati.

PERATURAN BAHARU PENGGUNAAN CERMIN GELAP BERMULA 1 NOVEMBER !!!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.
Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.
cermin gelap jpj
Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.

Ismail berkata, pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.
“Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.
“Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguat kuasa JPJ bahagian zon selatan di Seri Negeri, di Melaka pada Isnin.


PORTFOLIO EXCO BAHARU DIUMUM RABU INI - AZMIN ALI

exco

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan senarai portfolio bagi barisan Exco kerajaan negeri yang baharu pada Rabu.

Beliau berkata, portfolio itu akan ditentukan selepas mempertimbangkan keupayaan dan kepakaran setiap anggota Exco, supaya tanggungjawab itu dapat dilaksanakan secara efektif.

"Senarai portfolio akan diumumkan pada Rabu dan kita mahu memastikan semua Exco dapat menjalankan tugas dengan cekap dan efektif," katanya.

Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR, telah memperuntukkan empat jawatan Exco untuk wakil rakyat daripada partinya, manakala PAS dan DAP, masing-masing mendapat tiga jawatan.

RANGKA KANAK-KANAK 5 TAHUN DITEMUI, DIPERCAYAI DIBUNUH IBU

Rangka kanak-kanak 5 tahun ditemui, dipercayai dibunuh ibu

BUKIT MERTAJAM: Rangka seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ibunya ditemui di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Rangka kanak-kanak malang itu ditemui berbalut dengan selimut di kawasan semak berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi berkata ibu mangsa sebelum ini membuat laporan mendakwa anaknya hilang pada 20 September lalu.

Bagaimanapun polis yang menjalankan siasatan mendapati kenyataan wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mengelirukan. Polis seterusnya menahan wanita itu bagi membantu siasatan.

Susulan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita terbabit yang berusia 24 tahun di Klang, Selangor.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku memukul anaknya sehingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.

Ekoran pengakuan itu, polis membawa wanita dan teman lelakinya ke kawasan semak itu dan menemui rangka kanak-kanak terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan polis bagi mengetahui motif kejadian sebenar.

Dalam masa sama, polis kini mencari suami wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes kini disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.
Astro Awani

Monday 29 September 2014

MASUKKAN "ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI" DALAM AKTA HASUTAN !!!


Masukkan 'Islam sebagai agama rasmi' dalam Akta Hasutan - Tun HamidKUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mencadangkan supaya Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berkenaan agama Islam sebagai rasmi Malaysia, dimasukkan dalam Akta Hasutan 1948.

"Cadangan saya ialah bahawa perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yakni mengenai agama Islam sebagai agama rasmi dimasukkan dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan.

"Tujuannya ialah supaya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi tidak boleh dipersoalkan... itu pindaan yang saya cadangkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Gabungan NGO Melayu-Islam Penggerak Perpaduan Nasional pada Ahad.

Perkara 3(1) menyatakan bahawa 'Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.'

Jelas Tun Abdul Hamid, perkara lain seperti Perkara 181, Perkara 152 dan Perkara 153, yang antara menjanjikan kedaulatan insitusi DiRaja, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, serta hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, dimasukkan dalam Akta Hasutan bagi memelihara kedudukannya namun tidak pula bagi agama Islam.

"Supaya orang tak boleh persoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi... sebab perkara-perkara 153 yang menjamin hak istimewa orang Melayu, dan pribumi Sabah Sarawak, tetapi agama Islam agama rasmi tidak tahu apa sebab, tidak dimasukkan," soalnya.

Beliau memberitahu, cadangan itu turut dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama gabungan 80 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam.

Dalam pada itu, Tun Abdul Hamid turut mencadangkan supaya larangan mengkiritik kerajaan seperti yang terkandung dalam Akta Hasutan dikeluarkan.

"Dalam keadaan sekarang ini kalau ikut Akta Hasutan, kritik kerajaan pun satu kesalahan, tetapi kalau kita hendak laksanakan peruntukan itu dengan ketat bagaimana mana hendak kempen pilihan raya?

"Kalau nak kempen, kena lah kritik. Sebab itu lah walaupun orang cakap macam-macam termasuk yang patut dan tidak patut, kerajaan tidak pernah ambil tindakan terhadap sesiapa yang mengkritik kerajaan," katanya.

Ujarnya, jika kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mengkritiknya, klausa tersebut tidak perlu lagi disimpan.

Sebaliknya, tambah beliau penghapuskan klausa itu juga selaras dengan amalan demokrasi serta ketelusan kerajaan di samping menaikkan populariti mereka.