ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO HADI AWANG SERU RAKYAT "TANAH KUBUR" SOKONG CALON PAS

Monday 15 September 2014

VIDEO HADI AWANG SERU RAKYAT "TANAH KUBUR" SOKONG CALON PAS


Tumpat – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam ceramah kempen pilihanraya lewat malam tadi menyeru semua pengundi di  ‘tanah kubur’ agar mengundi calon parti itu yang dikatakan akan membawa suara Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Kita (PAS) kemukakan calon kita, supaya rakyat di ‘tanah kubur’ ini pilih calon kita.

“Calon yang bawa suara Islam” katanya dalam ceramah yang diadakan di UPU Telaga Bata.

Mungkin kerana terlalu penat berkempen, bekas menteri besar Terengganu itu tersasul menyebut ‘tanah kubur’ apabila ingin merujuk Pengkalan Kubor dalam rakaman video berdurasi 0:37 saat yang dirakam oleh SuaraTV.

Pilihan raya kecil (PRK) itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PRK Pengkalan Kubor mempunyai 11 pusat mengundi melibatkan 12 daerah mengundi di DUN itu manakala pusat penjumlahan undi akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini.

No comments:

Post a Comment