ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN GUNA ISU ROYALTI SEBAGAI BAHAN KEMPEN

Monday 15 September 2014

JANGAN GUNA ISU ROYALTI SEBAGAI BAHAN KEMPEN



TUMPAT - Kerajaan Pas Kelantan menyatakan BN tidak perlu membangkitkan isu royalti minyak sepanjang kempen PRK Dun Pengkalan Kubor berlangsung.

Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, isu tuntutan royalti belum selesai dan masih lagi berada di mahkamah.

"Sekiranya perkara dalam mahkamah di bawa keluar itu adalah satu kesalahan.

"Kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan sekiranya ada pihak yang sengaja membangkitkan isu tersebut," katanya dalam sidang media di Markas Besar Pas, hari ini.

Katanya, sebuah komuniti daripada kerajaan negeri bakal ditubuhkan bagi memberi maklumat dan penerangan berhubung isu berbangkit sepanjang kempen PRK Pengkalan Kubor termasuk isu royalti minyak di Kelantan.

Menurutnya, penjelasan berhubung royalti secara umum dan tidak spesifik tidak menjadi masalah.

"Kami (Pas) sedia menjelaskan secara terperinci jika BN terus membangkitkan isu berkenaan sepanjang berkempen.

"Pas hanya menyentuh soal mengapa kerajaan kerajaan negeri menuntut royalti dan bukan bercakap mengenai apa yang akan dipersetujui di mahkamah," katanya


ROYALTI MINYAK HANYA MITOS

Tumpat – Royalti petroleum untuk kerajaan negeri hanya mitos, kerana ia tidak pernah dinyatakan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, berkata yang disebut dalam akta itu adalah bayaran tunai, dan ia diberi kepada negeri di mana gas atau petroleum itu ditemui.
“Dalam Akta Kemajuan Petroleum, tak pernah sebut bayaran royalti, (tetapi) yang disebut adalah bayaran tunai kepada negeri atau kerajaan negeri itu.
“Sekarang (bayaran tunai) itu tertakluk kepada definisi negeri itulah (layak atau tidak mendapat bayaran tunai),” katanya ketika melawat pusat operasi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).
Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan memaklumkan, Kerajaan Negeri Kelantan tidak berhak mendapat lima peratus bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri.
“Bagaimanapun, kerajaan Pusat mengambil langkah sementara dengan mewujudkan Program Wang Ehsan sehingga isu tuntutan oleh Kerajaan Negeri Kelantan diputuskan mahkamah,” kata Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam satu ceramahnya semalam berkata, lebih RM590 juta telah disalurkan kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2005 hingga 2013, kecuali 2008 bagi menampung kekurangan akaun mengurus kerajaan negeri yang defisit.

No comments:

Post a Comment