ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEGAWAI POLIS ROGOL WANITA SUSPEK KES CURI YANG DITAHANNYA

Friday 19 September 2014

PEGAWAI POLIS ROGOL WANITA SUSPEK KES CURI YANG DITAHANNYA


Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek.

Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap.

Sumber memberitahu, sebaik tiba di bilik suspek, mangsa diarahkan baring di sofa di pejabat suspek sebelum mangsa dikatakan dirogol ketika tidur.

“Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian.

Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment