ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HADI DICABAR ORANG SENDIRI !!!

Sunday 21 September 2014

HADI DICABAR ORANG SENDIRI !!!


Nampaknya teguran dan pesanan keras daripada Presiden PAS dalam muktamar parti itu dianggap sekadar satu tohmahan semata-mata.Tidak ada sebarang rasa bersalah mahupun sikap mahu memperbetulkan keadaan daripada pihak terbabit sebaliknya Presiden PAS diCABAR supaya mengemukakan BUKTI !!

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anwarinas PAS Saari Sungib bertindak demikian apabila Hadi Awang dalam muktamar menyebut dengan jelas 2 orang wakil PAS yang dicuri oleh PKR selain daripada tindakannya menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wakil rakyat Hulu Selangor itu telah menandatangani SD menyokong Wan Azizah sebelum ini walaupun Jawatankuasa PAS Pusat belum lagi bermesyuarat bagi memutuskan calon MB Selangor. 


Tindakan Adun Anwarinas ini dilihat telah membelakangi parti sendiri dan mengutamakan PKR.

Soalnya di sini Saari telah mencabar presiden parti seterusnya membuktikan betapa puak-puak Anwarinas ini sudah tidak lagi punya hati untuk bersama PAS.

Yang agak menghairankan sehingga kini kenapa PAS masih lagi GAGAL untuk mengambil sebarang tindakan terhadap 2 orang wakil mereka yang jelas telah berpaling tadah.

Jangan sebutlah tentang Bai'ah kerana bagi mereka bai'ah yang dilakukan oleh parti PAS langsung tidak relevan.

Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada,” katanya.

Macam-macam hal dan MMI yakin PAS akan terus bergolak selepas ini.

Paling pasti dengan kempen di Pengkalan Kubor masih berbaki beberapa hari sahaja lagi , jentera PAS sudah semestinya akan berpusu-pusu tiba di kawasan DUN N01 untuk membantu jentera PAS yang kini sedang terkial-kial akibat daripada kemelut yang berlaku dalam parti mereka.

Perkara pertama yang harus pengundi Pengkalan Kubor fikirkan adalah bagaimana PAS mahu berkhidmat kepada rakyat sekiranya dalam parti sendiri pun berkecamuk ??

Untuk rekod pada ketika PAS sedang bergelut dengan masalah dalaman , calon BN Hj Mat Razi Mat Ail serta seluruh jentera BN hari ini giat menyusun jadual turun bertemu rakyat.



Semuanya terletak di tangan pengundi , bagi MMI Hj Mat Razi Mat Ail seharusnya menjadi pilihan warga Pengkalan Kubor memandangkan beliau punya package yang amat sesuai untuk diamanahkan tanggungjawab sebagai pembela rakyat di DUN Pengkalan Kubor.

Credit : MMI

No comments:

Post a Comment