ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DOA SURAH AS-SYURA AYAT 19 UNTUK LEMBUTKAN HATI

Monday, 17 November 2014

DOA SURAH AS-SYURA AYAT 19 UNTUK LEMBUTKAN HATI


Kuasa DOA boleh memungkinkan segalanya!!! Kerana bagi Allah tidak ada yang mustahil. Tapi semua itu hanya terjadi menurut kehendak-Nya, bukan menurut kemahuan dan keinginan kita. Allah akan memberikan bantuanNya disaat yang tepat dan diperlukan.

Bukankah hanya Allah sahaja Perancang Maha hebat buat kita???



Doa Surah As Syura Dan Zikir Al Latif Untuk Melembutkan Hati 
doa-zikir-al-latif
Maksudnya,
“ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Cara Amalan Zikir Al Latif 

1) Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran 

baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura,

'Allahu latifum bi 'ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul 'aziz'  

bermaksud: 
“Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

2) Untuk melembutkan hati anak, suami atau isteri

Bacalah,

i.  Astaghfirullaahal'azhiim X 3

ii. Niat atau doa anda kepada Allah s.w.t. apa yang dihajatkan

iii. Baca Asma Ul Husna iaitu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif X 7

iv. Baca Surah As Syura ayat 19,

'Allahu latifum bi 'ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul 'aziz x 7

v. Baca Surah Ali Imran Ayat 200,

Surah-ali-imran-ayat-200


'Ya ayyuhal lazii n'aamanusbiru wa sobiru wa raabitu,wattaqullaha la'allakum tuflihun x 7
Maksudnya,
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Caranya adalah dengan meletakkan tangan anda ke dada anak/pasangan itu sambil dibaca ayat di atas. Setelah itu, hembuslah pada dada anak tersebut. Lakukan tiap-tiap malam semasa anak/pasangan anda sedang tidur. 

Semoga doa zikir al Latif untuk melembutkan hati pasangan dan anak-anak di atas, mampu diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Hanya kepada Allah kita berserah. 


36 comments:

  1. Moon saya amalkan. Jika Isteri jauh, boleh amalkan juga? Syukran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan

      Delete
  2. Adakah cara lain untuk anak yg degil pada anak yg dah dewase dan melawan ibu bape dan malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada orang yang teramat degil, baca Ayat 19 ini 19 kali pada air dan bagi minum kepadanya.

      Delete
  3. Assalamualaikum... Mohon digunakan utk kebahagiaan rumahtangga saya.... Semoga Allah permudahkan segala urusan kita... Aamiiinnn Aamiiinnn Aamiiinnn Ya Allah...

    ReplyDelete
  4. Mohon saya amalkan yea untuk anak-anak .Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  5. Mohon dihalalkan perkongsian doa2 tersebut utk sy amalkan. Sy nak amalkan doa2 ini untuk anak dan menantu sy yg mengalami masalah rmhtga. Qobiltu ijazah.

    ReplyDelete
  6. Mohon saya amalkan untuk diri,suami dan anak-anak

    ReplyDelete
  7. Masya Allah , pagi ini tergerak hati nak baca doa diatas .
    Hari hari baca Insya Allah
    Terima kasih diata perkongsian tuan .

    ReplyDelete
  8. Terima kasih ilmunya . Izinkan sy beramal.

    ReplyDelete
  9. Mohon amalkan utk suami dan anak2

    ReplyDelete