ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEDUDUKAN PAS TIDAK TERJEJAS TANPA NIK AZIZ SEBAGAI MB KELANTAN

Thursday 18 September 2014

KEDUDUKAN PAS TIDAK TERJEJAS TANPA NIK AZIZ SEBAGAI MB KELANTAN

Kedudukan PAS tidak terjejas tanpa Nik Aziz sebagai MB Kelantan - Ahmad Yakob

KULAIJAYA: Ketiadaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar di Kelantan tidak memberi kesan kepada kedudukan parti di negeri itu.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan berkata walaupun Nik Aziz tidak lagi berada dalam kepimpinan negeri itu, PAS akan meneruskan usaha pembangunan yang telah dirangka.

"Kita ada pembaharuan...sekarang kita nak lebarkan (program pembangunan) kepada semua rakyat (Kelantan) supaya mereka mendapat amalan dan membangun bersama Islam. Tidak ada masalah," kata beliau kepada pemberita selepas berakhirnya Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-53 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia semalam, yang melahirkan  kebimbangan bahawa sokongan pengundi di Kelantan merosot hampir 50 peratus.

Suhaizan mendakwa PAS hanya memperolehi kemenangan daripada sokongan anak Kelantan di perantauan yang pulang mengundi serta faktor Nik Aziz.

"Saya rasa beliau (Suhaizan) tidak terlibat secara langsung dengan pilihan raya di Kelantan. Mungkin itu hanya pandangan beliau," kata Ahmad.

No comments:

Post a Comment