ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: December 2017

Sunday 31 December 2017

SURAT PEMBERHENTIAN MENGANGGOTAI PARTI ISLAM SeMALAYSIA (PAS) - MAHFUZ OMAR

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
No 11 Taman Al Walid
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah

Yb Dato' Takiyuddin Haji Hassan
Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia (Pas)
No 318A,Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.                                                        31 Disember 2017
                                                                                             12 Rabiulakhir 1439H

Assalamualaikum Wrt. Wbt,

Tuan,

Per: PEMBERHENTIAN MENGANGGOTAI PARTI ISLAM SeMALAYSIA (PAS)

Merujuk perkara diatas,saya Mahfuz Bin Omar nombor kad pengenalan 570825-02-6067 dan ahli Pas yang bernombor  0166398 (ahli bagi Pas Kawasan Pokok Sena) dengan ini memaklumkan untuk tindakan pihak tuan,berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 15 (2) dengan ini berhenti dari menganggotai Pas berkuatkuasa  jam 11.59 malam hari ini 31 Desember 2017.

Pemberhentian saya sebagai ahli Pas yang saya sertai selama 34 tahun sejak 12 Mac 1984 adalah ekoran dari tindak tanduk tidak sihat kepimpinan tertinggi Pas dalam menguruskan hal hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam. Antaranya pengurusan RUU 355 yang dinyatakan oleh Pas sebagai nyawa Pas tetapi akhirnya dilihat memperalatkan RUU 355 untuk kepentingan politik semata-mata. Sikap berkecuali Pas dalam isu Bajet beberapa tahun mutakhir ini dan yang terakir pendirian berkecuali Pas di Parlimen dalam pengundian Bajet 2018 dilihat sebagai satu pengkhianatan pada kesusahan,kesengsaraan dan penderitaan rakyat dari bajet yang mencekek kehidupan rakyat. 

Begitu juga pendirian Pas yang hanya menyasarkan untuk menang 40 kerusi Parlimen sahaja pada pru14 nanti adalah menunjukan ketidaksediaan Pas untuk mengambil alih urusan pemerintahan negara dari pemerintah klaptokrat Umno Bn. 

Sedangkan rata rata ahli Pas di akar umbi mahukan peralihan kuasa pemerintahan berlaku pada pru14 akan datang untuk keluar dari beban kos sara hidup dan menyelamatkan negara dari klaptokrat Umno Bn yang menjadi sebahagian dari tuntutan Islam. Kini Pas sedang bertindak memencilkan diri dari rakyat terbanyak dalam mendepani arus perdana politik negara yang tak perlu saya huraikan satu persatu disini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengalaman dan tunjuk ajar sepanjang saya berada dalam organisasi Pas.Saya juga memohon jutaan kemaafan dan keampunan atas segala kesilapan serta kekurangan sumbangan dan pengorbanan yang saya berikan sepanjang menjadi ahli Pas.

Moga Allah SWT akan meneguhkan lagi Istiqamah saya bersama Islam walaupun selepas berhenti dari menjadi ahli Pas dan didoakan ikatan silaturrahim persahabatan dan ukhwah Islamiah sesama kita kekal teguh walaupun saya tidak lagi menjadi ahli Pas. 

Sekian,
Terima Kasih.

#IstiqamahBersamaIslam
#BinaSemulaMalaysia
#SelamatkanMalaysia

Yang Benar,
Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar

TANAH FELDA JALAN SEMARAK : SIAPAKAH DALANG DI SEBALIK SYARIKAT YANG TERLIBAT ???

*WAJIB KENA TAHU*

Kedua-dua pemilik Synergy Promenade, syarikat yang didakwa telah merampas tanah RM270 juta dari FELDA melalui Felda Investment Corp (FIC), ialah *Noraini Soltan dan adiknya, Rahman Soltan*.

Noraini Soltan adalah seorang usahawan terkenal yang mendapat pembiayaan dan dilatih oleh PNB untuk memulakan syarikat plastik bernama Spiro Plastics pada tahun 1992 semasa Tun Ismail Mohd Ali adalah pengerusi PNB. Tun ismail Ali adalah saudara ipar Tun Mahathir.

*Dengan bantuan PNB, syarikat itu telah berkembang selama bertahun-tahun menjadikan Noraini terkenal sebagai Vendor Proton*.

Malah, dia sering mengambil peranan sebagai  pengerusi  penganjur kepada beberapa majlis anjuran Persatuan Vendor Proton (PVA).
Baca selanjutnya: [https://goo.gl/tteWKH]

Isu Tanah Felda Jalan Semarak (ada udang di sebalik batu)!!!.

Terdapat 3 individu yang dikesan mempunyai kaitan dengan isu tanah FELDA di jalan Semarak dan ada juga kes2 berkaitan FELDA yang lain. Kes ini lebih menjurus kepada projek kronisme Tun Mahathir dan mungkin juga ada unsur mensabotaj nama baik FELDA!. Mereka adalah;
1. Dato Noraini binti Soltan Taib (kakak).
2. Rahman bin Soltan Taib (adik).
3. Zahid Mat Arip
□ Merupakan ahli jawatankuasa PERKASA dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

■ Kedua2 pemilik syarikat Synergy Promenade, syarikat yang didakwa telah merampas tanah RM270 juta dari FELDA melalui Felda Investment Corp (FIC), ialah Dato Noraini binti Soltan Taib dan adiknya, Rahman bin Soltan Taib.

■ Pada tahun 1992 semasa Tun Ismail Mohd Ali pengerusi PNB , Dato Noraini Soltan Taib pernah mendapat pembiayaan dan dilatih oleh PNB ketika memulakan perniagaan melalui syarikat plastik bernama Spiro Plastics. Tun ismail bin Mohd Ali adalah ipar Tun Mahathir (adik beradik Tun Siti Hasmah binti Mohd Ali).

■ Dato Noraini Soltan Taib juga terkenal sebagai Vendor Proton. Dia sering berperanan sebagai  pengerusi  penganjur kepada beberapa majlis anjuran Persatuan Vendor Proton (PVA):

■ Tun Mahathir akrab dengab PVA dan kerap memberikan ucapan didalam majlis persatuan itu.

■ DS Mukhriz bin Tun Mahathir juga mempunyai pelbagai kaitan dengan Dato Noraini Soltan Taib.

■ Antara indivudu lain yang mempunyai kaitan dengan isu tanah FELDA islah Zahid Mat Arip, ahli jawatankuasa PERKASA dan kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

■ Zahid Mat Arip adalah pembantu khas Tan Sri Isa semasa perjanjian penyerahan surat wakil kuasa (power of attorney) tanah Semarak dalam tahun 2014 dan sebelum ini beliau pernah di reman oleh SPRM kerana mempunyai peranan dalam kes pembelian sebuah Hotel di Kuching dengan harga yang lebih tinggi oleh Felda Investment Corp.

■ Oleh itu, parti PRIBUMI (PPBM) yang kini cuba mengaitkan saudara dan adik Soltan kepada pemimpin kerajaan sekarang perlu sedar bahawa hubungan ketiga2 individu ini dengan Tun Mahathir, keluarganya dan partinya lebih akrab. Mereka ada udang disebalik batu!!.


Tulisan

Rozmi Mokhtar

MENGAPA SAYA MEMILIH PARTI AMANAH NEGARA TANAH AIR TERCINTA BUKANNYA PARTI AMANAH NEGARA (PAN)?


Setelah dua tahun saya menunggu, memerhati dan menganalisis berkenaan PAKATAN HARAPAN khususnya PARTI AMANAH NEGARA (PAN) akhirnya saya dapat petunjuk dari Allah agar jauhi PAKATAN HARAPAN dan cari parti lain untuk melawan kezaliman UMNOBN. Parti pilihan saya ialah Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta. Mengapa saya meninggalkan PAKATAN HARAPAN khususnya Parti Amanah Negara (PAN)? 

Geram betul saya bila mereka bagitau PAS nak UG dgn UMNO.

Sakit betul hati saya bila mereka bagitau Hj Hadi makan rasuah UMNO 90 juta. Terutama Husam Musa cuba memberi keyakinan dengan mengatakan duit RM90 Juta itu PAS terima melalui AFFIN BANK. Katanya dia ada bukti. 

Masa Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan, saya amat teruja bila Cikgu Wan Rahim sebagai PENGERUSI PAN KELANTAN mengumumkan bahawa 10 Adun PAS akan lompat parti. 

Betul betul saya ingat PAS dah tersasar bila mereka kata PAS nak menangkan UMNO. Sebab  boleh dikatakan siang malam mereka meratib PAS UG UMNO. Manakala Husam Musa siap nak sumpah mubahalah cabar Tuan Guru Hj Hadi demi membenarkan dakwaannya PAS UG UMNO. 

Sia² sokongan saya selama ni bila Hj Hadi dikatakan membela Najib kelepetkan duit 1MDB.

Tapi politik saya ini jenis guna akal. Rajin juga saya selak² Quran buat tambah amal. Jumpa lah pulak ayat² ni👇🏼

“Dan Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS: al-Isrâ’: 36).

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(QS. Al-Hujurat: 6).

Pada awalnya Sdra Mohd Sabu, Ust Ahmad Awang, Ust Ghani Shamsudin ada datang pujuk saya agar bersama PAN. Bersungguh² depa pujuk saya kerana mereka mahu saya curahkan kepakaran saya membantu PAN nanti. Saya jawab tangguh dulu sebab nak tunggu dan lihat sambil tunggu bukti hasil dakwaan mereka.

Sehari jadi dua hari. Seminggu bertangguh minggu, bulan demi bulan. Sampai skrg dah 2 tahun dah. Satu habuk apa bukti pun tak ada. Yang ada cuma gambar gambar dan video yang di edit. Sekadar gambar TGHH duduk sebelah Najib dan sepentas dengan Najib demi isu Palestin dan Rohingya, takkan nak jatuh hukum PAS SOKONG UMNO. Ini bangang politik namanya. Saya bukan serendah mental bekas pesakit stroke si Sayuti Omar yg saban waktu meratib dlm blognya, PAS ini akan bergabung dengan UMNO. Tapi walhasilnya sampai sekarang PAS masih konsisten melawan UMNO. Begitu juga dengan Husam Musa. Tuduhan PAS terima Rm90 Juta dari UMNO sampai sekarang tak boleh buktikan lagi. Manakala Cikgu Wan Rahim Pengerusi PAN Kelantan berakhir dengan isytihar Husam X10 mengenai cerita sensasi yang dicetuskan olehnya 10 Adun PAS akan lompat ke PAN.

Akhirnya saya buat keputusan tentang PH ini, pimpinannya berotak longkang, bermulut longkang dan sekutunya parti² longkang.....Pendek kata mula dari pimpinan sampai ke bawah ramai yang tidak takut pada Allah. Fitnah dan cetus PERSEPSI MUNGKAR ke atas PAS menjadi makanan ruji PAN demi survival parti mereka.

Berpandukan neraca ilmu dan pengalaman yang saya ada, maka saya ambil keputusan meninggalkan PARTI AMANAH NEGARA dan MENYERTAI parti saya sekarang ini iaitu Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta. Saya menyeru kepada kawan kawan saya dalam AMANAH cepat cepat lah keluar sebelum AMANAH berkubur. Nanti besar kemaluan akan berlaku.

Ikhlas Dari
Prof Abdul Halim Yusoff 
Ahli Jawatan Kuasa 
Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta 
Mutiara Damansara 
30 December 2017

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1577789945649824&id=1081358145293009

AGM PPBM : TUN M MOHON MAAF ATAS 'DOSA' SILAMNYA !!!


Mengakui dirinya cuma manusia biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di hujung ucapan yang disampaikannya di Shah Alam.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau memohon maaf sekiranya pernah membuat sebarang kesilapan sepanjang tempoh terbabit dalam politik tanah air.

Katanya sebagai manusia biasa beliau tidak pernah terlelas daripada melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.

"Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.

"Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu," katanya sebelum mengakhiri ucapannya di IDCC Shah Alam hari ini.

Turut hadir pemimpin kanan parti gabungan Pakatan Harapan, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu serta Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Dr Mahathir kemudian merasmikan mesyuarat agung tahunan pertama parti itu disambut dengan sorakan perwakilan serta pemerhati.

Sementara itu ditemui media selepas menyampaikan ucapan itu, Dr Mahathir - seperti selalu - terus bersikap bersahaja.

Ditanya apakah permohonan maaf itu termasuk atas peranannya dalam kes dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Operasi Lalang, Dr Mahathir sekadar menjawab: "You can translate anything you want (Kamu boleh tafsirkannya mengikut apa yang kamu mahu)."

Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.

Sepanjang tempoh itu pelbagai peristiwa penting berlaku membabitkan pergolakan dalaman atau luaran kerajaan dan parti.

Satu daripada insiden penting dalam politik negara ialah pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri serta timbalan presiden Umno pada 1998.

Pemecatan itu mencetuskan gelombang reformasi yang kemudian memberi kesan besar kepada Umno serta BN. Pada pilihan raya umum (PRU) ke-10 pembangkang berjaya menguasai banyak kerusi parlimen dan dewan undangan negeri.

Terengganu juga jatuh kepada pembangkang yang dibentuk oleh PAS dan PKR. Bagaimanapun kerajaan pimpinan PAS itu hanya bertahan selama sepenggal.

Untuk rekod Dr Mahathir kini menjadi salah seorang tokoh paling lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pula dipermudahkan menjadi perdana menteri melalui lobi agresif diusahakan Dr Mahathir bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan beliau pada akhir Okt 2003.

Dalam usaha pembangkang menghadapi BN pada PRU ke-14 Dr Mahathir dan Anwar kembali bekerjasama selepas hampir 20 tahun menjadi seteru.

Pengkritik Dr Mahathir sudah beberapa kali mendesak supaya beliau memohon maaf atas tindakannya selama ini, terutama selepas beliau aktif bersama BERSATU cuba menyatukan parti pembangkan untuk berdepan dengan BN dalam PRU akan datang.

catatan.....
Jejak sang tua seperti longlai, genang air mata menagih simpati, raut muka mengumpan kasih dan tutur bicara meraih pesona. Bijak!!! Lalu bidak catur terus terpukau.
Jika mohon maaf atas kezaliman kepada Anwar, begitu payah untuk dia luahkan, berbelit-belit sejak ditanya anak muda tempohari, apalah lagi yang diharapkan pkr sekandang...masih menyandarkan harapan?
Bakal pm dr kompenan Ph ini, bukanlah berhati mulia benar utk melafazkan maaf secara khusus...pernah dengar permohonan maaf dia kpd waris Memali? Nyawa dan darah jadi korban, inikan pula anwar yang masih berjasad dan bernafas.
Pernah dengar penyesalan Tun M di atas tindakan Operasi Lalang, penggunaan ISA kpd musuh politik dan serba serbi penyelewengan ekonomi?
Pernah T.M meminta maaf? Bukankah umno adalah berfungsi melindungi para kleptomania?
Ph, sekadar mesin basuh atau pemadam dosa bagi para durjana negara khususnya dari umno dan individu tertentu.
Islam memimpin bukan dipimpin.

AGM PPBM PENTAS DR. MAHATHIR LUAHKAN DENDAM KESUMAT

Selepas beberapa kali melanggar peruntukan perlembagaan parti sehingga berdepan kemungkinan dibubarkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akhirnya berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini.
Sebelum ini, parti yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz itu diberikan amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana gagal mengadakan AGM, menangguhkan AGM tanpa peruntukan parti dan menggunakan istilah Armada.
Namun, di sebalik kejayaan PPBM mengadakan AGM selepas pelbagai kontroversi melanda, mesyuarat yang dihadiri seramai 941 perwakilan itu dilihat sekadar menjadi medan untuk menyebar kebencian terhadap UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Paling ketara, Dr. Mahathir sendiri dalam ucapannya selama hampir sejam, telah menyebut nama Najib sebanyak 38 kali sejak dari awal hingga akhir dan menuduh Perdana Menteri dengan pelbagai tohmahan negatif khususnya kleptokrat.
Tidak ketinggalan, Pas yang turut menjadi sasaran kecaman barisan kepemimpinan tertinggi PPBM hanya kerana parti tersebut enggan menyertai Pakatan Harapan dan bersekongkol dengan DAP.
Ternyata perkara tidak digemari perwakilan PPBM sendiri apabila mereka tampil menyuarakan kekecewaan terhadap Dr. Mahathir khususnya kerana tidak menjadikan medan AGM sebagai pentas untuk mengangkat perjuangan bangsa, agama dan tanah air, sebaliknya menjelmakan dendam politik yang kesumat.

KLIK UNTUK BACA

IBU SEGALA BAJET, RUU355 WARNAI SIDANG PARLIMEN 2017


Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi penggal kelima Parlimen ke-13 menutup tirai dengan lulusnya beberapa rang undang-undang (RUU) yang signifikan termasuk Perbekalan 2018 (Bajet 2018) yang disifatkan sebagai 'ibu segala bajet'.

Rang undang-undang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Okt lepas itu diluluskan pada peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat apabila mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian suara pada pukul 8.44 malam, 28 Nov lalu sebelum diluluskan di Dewan Negara pada 13 Dis lepas.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 yang bertujuan memperuntukkan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan, menyenaraikan 233 insentif dan program bawah lapan pe-tunjang dengan mengambil hitung seawal kepentingan bayi dalam kandungan hinggalah kepada agenda untuk masa hadapan negara.

Ia dibahaskan di Dewan Rakyat selama 18 hari serta tidak terlepas daripada 'drama' dengan babak paling menonjol adalah serangan hendap pembangkang ketika Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin selesai menggulung perbahasan RUU itu pada peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Anggota Parlimen Kapar dari PKR, G. Manivannan dilihat menggunakan peluang keadaan Anggota Parlimen yang tidak ramai di dalam dewan dengan mencadangkan supaya undi belah bahagian diadakan untuk menentukan sokongan terhadap RUU berkenaan, sebelum ia berjaya diluluskan selepas menerima 52 undian sokongan berbanding 51 undian menolak.

Perkara itu mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian mengambil tindakan dalaman serta menasihatkan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya lebih serius untuk menghadiri sesi Dewan Rakyat.

Barisan Nasional mempunyai 132 Anggota Parlimen, manakala pembangkang dengan 88 kerusi dan dua Bebas.

Selain RUU Perbekalan itu, Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada tahun ini turut meluluskan lebih 30 RUU dengan antara yang penting ialah RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, bertujuan melindungi kanak-kanak 18 tahun ke bawah daripada jenayah seksual.

Selaras dengan akta yang berkuat kuasa pada 10 Julai lalu itu, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak turut diwujudkan bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa.

RUU lain yang diluluskan badan legislatif itu ialah Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017; Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017; Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017; Cukai Pelancongan 2017 dan Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017.

Sebelum penangguhan sidang mesyuarat itu bagi tahun ini, RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017, yang membolehkan hakim mempunyai kuasa budi bicara sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman selain mati mandatori bagi kesalahan pengedaran dadah turut diluluskan.

Dalam pada itu, persidangan Dewan Rakyat tahun ini turut menyaksikan pembentangan RUU Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 6 April lalu, di sebalik 'gangguan' daripada beberapa anggota pembangkang lain.

Perbuatan anggota pembangkang itu yang membangkitkan beberapa perkara dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, telah melengahkan masa kira-kira 30 minit sebelum anggota Parlimen Marang itu dapat membentangkan usul berkenaan.

Pindaan yang dicadangkan itu antara lain adalah meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum hingga 30 tahun, hukuman denda maksimum hingga RM100,000 dan hukuman sebatan rotan 100 kali.

Pada masa ini, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa menjatuhkan hukuman penjara maksimum hingga tiga tahun, denda maksimum hingga RM5,000 dan enam kali sebatan rotan.

Pandikar Amin kemudian membuat keputusan usul itu akan dibahas dan diputuskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Namun setelah Dewan Rakyat ditangguhkan pada 30 Nov lalu, usul persendirian itu tidak dibahaskan walaupun berada dalam aturan mesyuarat bagi mendahulukan urusan kerajaan yang lain selaras dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat 15 (1).

PAS: PM SEMENTARA BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAN? - TAKIYUDDIN

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengganggap amalan baru sesetengah parti politik di Malaysia melantik Perdana Menteri ‘Sementara’ jika menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU 14) adalah suatu amalan yang tidak sihat dan tidak berperlembagaan.

2. Proses melantik Perdana Menteri adalah suatu perkara yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43 sebagaimana berikut:

43. (1) Yang di-Pertua Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam perjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu;

(a) Yang di-Pertua Agong hendaklah dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Perkara 40 Fasal 2 pula memperuntukkan kuasa prerogatifYang Dipertuan Agong dalam hal perlantikan Perdana Menteri, tanpa perlu bertindak mengikut nasihat mana-mana pihak, iaitu sebagaimana berikut;

40. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu;

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

3. Berdasarkan peruntukan-peruntkan di atas jelaslah bahawa selepas PRU 14, Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan ‘hak istimewa’ Baginda untuk melantik seorang daripada 222 orang Ahli Parlimen Malaysia yang pada ‘hemat’ Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu. Adalah menjadi amalan di Malaysia Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan Pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di Parlimen.

4. Namun demikian, sekiranya berlaku suatu keadaan selepas sesuatu PRU di mana tidak ada satu Parti yang memperolehi majoriti ataupun bilangan kerusi yang diperolehi masih gagal membentuk kerajaan, PAS berpandangan pada masa tersebut Yang DiPertuan Agong akan menggunakan prerogatif Baginda untuk memilih sama ada dari Parti majoriti mahupun minoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

5. Walau apapun keadaannya, PAS berpandangan Perdana Menteri ‘locum’ bukanlah amalan yang baik dan tidak mencerminkan Kerajaan yang di’pimpin’nya sebuah Kerajaan yang stabil dan kuat.

Terima kasih.

Dato’ Takiyuddin Hassan,
Setiausaha Agung.

Bertarikh : 29 Disember, 2017

EKONOMI MALAYSIA KUKUH WALAUPUN ALAMI FAKTOR MENCABAR


2017 menjadi satu tempoh yang baik bagi Malaysia dengan ekonomi negara mengukuh dalam keadaan pertembungan faktor domestik dan luaran yang mencabar, termasuk harga komoditi yang rendah di samping kelemahan mata wang.

Kebanyakan pakar ekonomi sangat berhati-hati terhadap unjuran ekonomi yang berkembang awal tahun ini, dan ia benar khususnya dalam konteks peningkatan dasar perlindungan Amerika Syarikat (AS) dan sentimen populis di seluruh dunia, yang berpotensi menyebabkan pertumbuhan dunia merosot, jika direalisasikan.

Rundingan Brexit berterusan dan beberapa pilihan raya di negara utama Eropah seperti Perancis dan Jerman, dilihat memecahkan lagi Kesatuan Eropah dalam keadaan ketidaktentuan harga minyak mentah global berikutan lambakan bekalan terus menjejaskan industri minyak dan gas.

Bagaimanapun, seiring dengan perkembangan tahun ini, Rizab Persekutuan AS (Fed) bersedia melaksanakan keputusan kadar faedah, membawa kepada tiga kenaikan kadar faedah tahun ini.

Bank of England turut menaikkan Kadar Bank sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat padaNovember, menunjukkan negara-negara maju menghilangkan sokongan monetari secara beransur-ansur memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin lebih kukuh seperti dibuktikan oleh penyusutan kadar pengangguran dan peningkatan tekanan inflasi.

JOM TO JANNAH

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan. 

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. 
Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka. 

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. 
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. 
Kerana kematian itu sangat rapuh. 

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian. 

Moga bertemu di syurga. 

Uhibbukum fillah. 

JomToJannah 

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha
Kapsul : 06

Saturday 30 December 2017

DIALOG KYAI DAN PENDETA TENTANG TAHUN BAHARU MASEHI


Pak Kyai: Maaf Pak Pendeta, sebentar lagi 1 January Tahun Baru Masehi akan segera tiba, apa yang dilakukan oleh umat Kristen pada malam tahun baru 1 Januari tersebut? 

Pendeta: Kami di malam tahun baru tersebut tidak ada kegiatan yang istimewa, ya seperti biasa malamnya jam 19.00 sampai jam 20.00 mengadakan kebaktian di Gereja masing-masing lalu pulang, Dan paginya jam 07.00 sampai jam 09.00 ke Gereja kembali. Itu saja kegiatan kami.

Pak Kyai: Oh jadi itu saja ya gak ada aktifitas yang istimewa. 

Pendeta: Iya itu saja.

Pak Kyai: Apakah dari umat Kristiani tidak ada yang turun ke jalan untuk memeriahkan tahun baru anda? 

Pendeta: Tidak ada.

Pak Kyai: Kenapa mereka tidak turun ke jalan memeriahkan tahun barunya? 

Pendeta: Lah buat apa kami turun kejalan, tanpa kami turun ke jalan juga umat Islam sudah memeriahkan tahun baru kami kok.

Pak Kyai: Maksudnya bagaimana?

Pendeta: Iya kami tidak perlu turun ke jalan karena kami sangat menghaturkan terimakasih kepada umat Islam yang telah memeriahkan dan meramaikan Tahun Baru kami.

Coba Pak Kyai lihat saat tahun baru kami tiba, yang dagang petasan umat Islam, yang beli petasan umat Islam, yang bakar petasan umat Islam untuk merayakan Tahun Baru kami.

Yang dagang terompet umat Islam, yang beli terompet umat Islam dan yang meniup terompet umat Islam demi memeriahkan tahun baru kami.

Yang dagang kembang api umat Islam, yang beli kembang api umat Islam dan yang membakar kembang api umat Islam untuk memeriahkan tahun baru kami. 

Umat Islam berbondong-bondong ke ancol, ke TMII, ke puncak dan tempat tempat hiburan, jalan-jalan tumpah ruah penuh dan macet dalam rangka memeriahkan tahun baru kami. 

Jadi buat apa kami turun ke jalan memeriahkan tahun baru kami, tanpa kami turun kejalan umat Islam sudah turun ke jalan memeriahkan tahun baru kami. Pak Kyai tolong sampaikan terima kasih kami kepada umat Islam yang telah turut serta memeriahkan tahun baru kami.

Pak Kyai: Oooh gitu ya, iya nanti kami sampaikan ke umat Islam bahwa orang-orang kristen sangat berterimaksih kepada umat Islam yang telah meramaikan Tahun Baru Masehi 1 Januari. 

Coba kita renungkan dialog antara Kyai dan Pendeta tersebut, apakah kita umat Islam dari tahun ke tahun akan terus terusan meramaikan dan memeriahkan Tahun Baru Kafir tersebut padahal orang kristen tidak ada yang turun ke jalan.


Oleh :
KH. DR. Tb. Abdurrahman Anwar Al Bantany.

(Wakil Ketua Dewan Fatwa DPP Tarbiyah PERTI Dan Ketua Badan Nasab Kesulthanan Banten BNKB)

WAN AZIZAH BUKAN LAGI PENGUNDI DI KAJANG !!!


Semakan terhadap daftar undi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini, beliau telah mengubah kembali alamatnya ke DUN Permatang Pasir dibawah parlimen Permatang Pauh, di Pulau Pinang.

Ini bermakna Wan Azizah tidak lagi layak untuk bertanding di kawasan DUN Kajang pada PRU14 depan berikutan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletakkan syarat; calon haruslah pemastautin di negeri yang ingin ditandinginya.

"Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi bertanding di DUN Kajang? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh Wan Azizah sendiri," soal panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dr Norvandri Hassan Basri.

Ujarnya, pasca PRU13 lepas, Wan Azizah menggunakan alamatnya di negeri Selangor bagi membolehkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 2014.

Kata Dr Norvandri, kini Wan Azizah kembali ke Pulau Pinang dan akan bertanding di kerusi selamatnya, Permatang Pauh.

"Sungguh malang kerana penduduk setempat Kajang mempunyai ADUN yang tidak serius memikirkan hal ehwal dan kepentingan mereka. Ianya kerana belum habis tempohnya, Wan Azizah sudah siap untuk 'lari' ke tempat lain.

"Malah, kita semua tahu sandiwara PKR sebelum ini yang memaksa diadakan pilihanraya kecil Kajang hanya kerana mahu memuaskan nafsu politik mereka bukannya disebabkan kepentingan rakyat.," ujarnya merujuk kepada komplot Langkah Kajang yang digubal PKR bagi menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mengulas lanjut, situasi wakil rakyat 'cabut lari' dari kawasan masing-masing juga berlaku dalam kalangan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang lain.

Jelasnya, tindakan berkenaan berikutan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang tidak menyumbang apa-apa yang signifikan kepada rakyat setempat dan berkemungkinan besar akan kalah jika masih bertanding di situ.

"Inikah calon-calon yang mahu dipilih sekali lagi oleh rakyat pada PRU14 nanti?" katanya lagi.

Dilaporkan sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah juga sudah mengubah alamat pengundiannya ke DUN Komtar dibawah jajahan Parlimen Tanjung Pulau Pinang.

Perpindahan Kit Siang kali ini merupakan perpindahannya kali ke-6 dalam tempoh 11 pilihan raya yang disertainya sejak 1969.

KALAU PAS MENGHASUT MAKA DAP 1000 KALI LEBIH MENGHASUT

Panas berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam yang menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu.

Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Datuk Seri Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.

Antara istilah yang Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).

Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.

Melihat kepada kronologi isu politik di Malaysia mutakhir ini, intipati sebenar tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini, pada hemat saya, adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang, mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.

Apa yang mahu ditunjukkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.

Ini di antara lainnya terangkum di dalam ayat Datuk Seri Abdul Hadi ini: “Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi, mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan)”.

Jika Lim Guan Eng menganggap perjuangan Islam PAS sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.

Matlamat PAS, iaitu “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”, adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara "Bumiputera" dan "bukan Bumiputera", pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.

Begitu juga dengan matlamat DAP untuk “memulihkan pilihan raya tempatan”, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sukar dibayangkan nasib Malaysia jika DAP memerintah bila sekarang pun Lim Guan Eng sudah berani sifatkan tindakan menyebut apa yang ulama Fiqh Politik Islam seperti Al-Mawardi katakan sebagai menghasut, merbahaya, ekstremis dan tidak berperlembagaan.

LIM GUAN ENG AKUI DAP YANG SEBENARNYA MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAS


Sebelum ini, naratif popular yang selalu digunakan oleh para pemimpin DAP mahupun para pemimpin AMANAH di dalam menjelaskan mengenai punca berkuburnya Pakatan Rakyat pada tahun 2015 adalah PAS yang menguburkannya kerana PAS didakwa memutuskan hubungan antara PAS dan DAP.

Alih-alih, semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu, mendedahkan DAP-lah yang memutuskan hubungan ini.

Kata Lim Guan Eng semalam: “Jelas DAP mengambil posisi yang betul untuk memutuskan hubungan dengan para pemimpin PAS selepas persaraan bekas Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz” (“Clearly DAP took the correct position to break off with PAS leaders after the retirement of former Kelantan Menteri Besar Tok Guru Nik Aziz”).

Kata Lim Guan Eng lagi: “DAP sanggup untuk membayar apa sahaja harga politik untuk menegakkan prinsip-prinsip kami dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan untuk memutuskan hubungan dengan PAS (“DAP is willing to pay any political price to uphold our principles and defend the Federal Constitution by breaking off with PAS”).

Tambah Lim Guan Eng: “Ini berbeza dengan MCA, Gerakan dan SUPP yang tidak berani memutuskan hubungan dengan UMNO yang cuba bekerjasama dengan PAS untuk menyelamatkan sokongan UMNO” (“This is unlike MCA, Gerakan and SUPP that dare not break off ties with an UMNO that sought co-operation with PAS to save UMNO’s support”).

Maka jelaslah sekarang bahawa para pemimpin DAP mahupun para pemimpin AMANAH berbohong dengan menyalahkan PAS kerana menguburkan Pakatan Rakyat setelah Lim Guan Eng sendiri kini mengakui bahawa DAP-lah yang bertanggungjawab ke atas berkuburnya Pakatan Rakyat dengan memutuskan hubungan antara DAP dan PAS.

Dakwaan Lim Guan Eng bahawa punca DAP memutuskan hubungan dengan PAS adalah kerana ia mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pula adalah jauh tersasar kerana sehingga kini tidak ada mana-mana mahkamah yang memutuskan bahawa agenda perlaksanaan syariat PAS bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini jauh berbeza dari agenda pemulihan pilihan raya tempatan DAP, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP dan masih terpahat di dalam Perlembagaan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa perlaksanaan pilihan raya tempatan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ternyatalah kini bahawa, selain DAP menjadi punca terkuburnya Pakatan Rakyat, laungan DAP kononnya ia mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan adalah satu omongan kosong, apatah lagi bila matlamat Malaysian Malaysia DAP adalah menghasut dan bercanggah dengan Perkara 3 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

HUSAM SATU DALAM SEPULUH-SUKAR DITUKAR GANTI (HUSAM JUGA BOLEH BERCAKAP DENGAN JIN ???)


Tiada yang dapat menandingi kepintaran Dato' Husam Musa, dia bukan saja bijak dalam arena politik PERSEPSI malah dia juga sangat hebat dalam bidang sains dan teknologi malah mendahului jurutera permotoran di Jepun dan Jerman buktinya dia telah perkenalkan sumbu penjimat minyak yg mampu memberikan 115 kuasa kuda utk sebuah motosikal honda EC5. Rakyatnya di Salor amat bertuah kerana dapat jimat minyak motor.

Selain itu Dato' Husam juga pakar dalam bidang pertanian dan perternakan. Dua bulan lepas beliau perkenalkan tanaman bunga matahari di tebing sungai Kelantan kepada pemuda PAN tanpa minta restu dari tuan tanah. InsyaAllah jika umur panjang Rakyat Salor akan dapat mengecapi hasil bunga matahari yang ditanam oleh Dato Husam.

Satu lagi kepakaran Dato Husam ialah pakar BERCAKAP DENGAN JIN. Ilmu ini tidak ada pada pemimpin politik yang lain. Sebab itu banyak maklumat maklumat kerajaan negeri Kelantan beliau berjaya bongkar walaupun kategori maklumat fitnah dan PERSEPSI.

Akhir sekali Dato Husam bijak berfatwa. Katanya boleh pahala tukar kerajaan Islam Kelantan. Kalah semua mufti dan tok guru pondok di Malaysia. Mungkin mahagurunya Ustaz Che Ibrahim Bakul yang geger pasal anaknya rembat TV LCD MASJID MORAK tempohari. Hebat sungguh mung Husam.
Pemimpin sebeginilah yang kita cari selama ini.

Takdirrrrrr.

Prof Abdul Halim Yusoff
Ahli Jawatan Kuasa
Parti Amanah Negara

1MDB BAYAR HUTANG IPIC... KENAPA PEMBANGKANG MEROYAN ???


1MDB sudah membayar kepada IPIC bayaran penuh bagi hutang yang tarikh akhirnya pada 31 Disember 2017.
1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah melunaskan bayaran penuh keseluruhan hutang kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).
Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan berdasarkan kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC, 1MDB sudah membayar penuh kepada IPIC, semua dana yang diperlukan untuk dibayar kepada IPIC.
"1MDB sudah membayar kepada IPIC bayaran penuh bagi hutang yang tarikh akhirnya pada 31 Disember 2017.
"Semua bayaran kepada IPIC daripada hasil program rasionalisasi yang sedang dilakukan," katanya.
Sementara itu, IPIC dalam kenyataannya di Bursa Saham London berkata, ia sudah menerima semua jumlah yang perlu dibayar menjelang 31 Disember 2017, di bawah pembayaran dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan 1MDB serta Anugerah Persetujuan yang dimeterai pada 9 Mei lalu.
Pembayaran hutang 1MDB kepada IPIC ini mendapat liputan meluas Media milik pembangkang seperti Malaysiakini dan TheMalaysia Insight yang berusaha memutar belitkan laporan.
Tinjauan dalam media sosial penyokong pembangkang juga merasa tercabar dengan usaha 1MDB termasuk mempersoalkan dari mana 1MDB memperolehi wang membayarnya.
Seorang pengguna facebook Syed Agil Jamalullail yang sentiasa mengikuti perkembangan isu 1MDB menjawab dalam facebooknya mengenai pembayaran 1MDB kepada IPIC itu.  Beliau mendedahkan putar belit media pembangkang. Artikel itu seperti berikut:
“Artikel The Straits Times mengatakan 1MDB membayar US$602.7 juta kepada IPIC menggunakan  hasil daripada jualan ‘investment units’ dan jualan 2 parcel hartanah kepada syarikat China.
Oleh yang demikian daripada laporan berita itu maka ini membuktikan kepada rakyat Malaysia, ‘investment units Brazen Sky itu ada nilai bukanlah sampah seperti dakwaan US DOJ, The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.
Lebih  menarik apabila berita  Malaysiakini juga memetik Straits times dalam mempropagandakan penjualan aset kepada China dengan menyemak pejabat tanah dan galian namun Kerajaan Penang menafikan yang 1MDB membeli tanah Air Itam pada 2013.
Jadi siapa tipu siapa? Straits Times Singapura, Malaysiakini atau Komtar Penang?
Jika bayaran US$602.7 juta atau RM2.4 billion itu bukan dari hasil jualan tanah Penang yang bernilai RM1.38 billionmaka pastinya datang daripada ‘investment units’ yang mungkin bernilai RM2.1 billion kerana tanah di Pulau Indah bernilai RM295 juta sahaja.
Ini bermakna Jabatan Kehakiman US, WSJ, SARAWAK REPORT bertambah-tambah melakukan kesilapan dengan nilai ‘investment units’ Brazen Sky yang dikatakan tidak bernilai itu.
Syed Agil juga mendakwa pembayaran 1MDB kepad IPIC bukan menggunakan duit rakyat atau harta kerajaan
Tanah Air Itam, Penang dibeli daripada AI Real Estate dan Choong Lye Hock Estates Sdn Bhd (RM1.38 billion) manakala 
Tanah Pulau Indah, Selangor dibeli daripada Tadmax Resources Bhd (RM294.38 juta)
Kedua-dua tanah dibeli sendiri oleh 1MDB, menggunakan duit daripada hasil terbitan bon, dan bukan duit rakyat. Ia bermaksud, 1MDB meminjam daripada pelabur-pelabur bon untuk melabur membeli parcel hartanah-hartanah berkenaan.
Inilah sebabnya 1MDB ada hutang terkumpul banyak. 1MDB tak menerima bantuan kerajaan atau duit rakyat. Model perniagaan 1MDB ialah pinjam RM1, beli RM1, jual RM2. Sebab itulah pada 2015 pinjaman 1MDB ke paras RM42 billion. Aset syarikat yang berjaya dikumpulkan menggunakan pinjaman tersebut ialah RM51 billion ketika itu.
Maksudnya hutang 1MDB adalah terdiri daripada pinjaman jangka panjang untuk membeli aset. Ia bukanlah berhutang kerana tak mampu bayar gaji, bayar vendor, bayar caruman KWSP pekerja, jualan kurang dan lain-lain seperti projek Putra LRT dan STAR LRT, Perwaja dan lain-lain.
Unit Investment Brazen Sky pula adalah hasil keuntungan usaha sama 1MDB bersama Petrosaudi. Pada fasa akhir usaha sama dgn Petrosaudi, 1MDB menjual ekuiti di syarikat PetroSaudi Oil Services Limited pada nilai US$2.318 billion dan ditukarkan dalam bentuk investment unit di dana yang didaftarkan di Cayman. Dana itu dipegang melalui anak syarikatnya, Brazen Sky.
Keuntungan JV bersama Petrosaudi ini tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana sememangnya unit-unit ini disimpan untuk melangsaikan pinjaman yang berasaskan USD.
Oleh itu dakwaan 1MDB membayar pinjaman menggunakan duit rakyat dan kerajaan adalah salah sama sekali. Tidak berasas!

Disesuaikan dari Syed Agil.
Artikel penuh Syed Agil Jamalullail boleh dibaca dalam Facebooknya.