ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: April 2015

Thursday 30 April 2015

CUEPACS HARAP KERAJAAN UMUM 'HADIAH ISTIMEWA' KEPADA PENJAWAT AWAM 1 MEI

azih
KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan mengumumkan 'hadiah istimewa' kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja, 1 Mei ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pemberian hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada penjawat awam yang berusaha bersungguh- sungguh untuk meningkatkan produktiviti negara.
"Kenaikan produktiviti negara yang meningkat lebih 100 peratus seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kesungguhan penjawat awam dan golongan pekerja di negara ini melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.
"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Program Transformasi Ekonomi negara, tetapi amat sedih kerana masih ada pekerja di negara ini menerima gaji di bawah garis kemiskinan nasional," katanya selepas majlis perasmian Seminar Kepimpinan Perdana Cuepacs oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Misnu Taha, di sini Rabu.
Sehubungan itu, Azih berkata, kerajaan harus memperkenalkan gaji minimum RM1,200 sebulan kepada kakitangan sektor awam.
Beliau berkata, pelaksanaan gaji minimum itu perlu memandangkan pekerja dan rakyat secara umumnya terpaksa menanggung kos kenaikan harga barang serta elemen cukai yang membebankan mereka.
Selain itu, katanya Cuepacs mahu supaya pelaksanaan 252 skim perkhidmatan awam termasuk kenaikan gaji seperti diumumkan Najib dalam pembentangan Bajet 2015, dapat disegerakan.
Ketika membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014, Najib memberi jaminan kerajaan akan menambah baik 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim kenaikan gaji, dan 81 daripadanya sudah dilaksanakan secara berperingkat.
Azih berkata, kenaikan gaji 10 peratus itu sangat penting untuk memastikan penjawat awam menerima gaji pokok melebihi paras kemiskinan nasional, iaitu RM880 sebulan, terutama bagi Gred 11 hingga Gred 17.
Katanya, pelaksanaan skim gaji minimum RM1,200 itu perlu disegerakan kerana dianggarkan kira-kira 700,000 penjawat awam masih menerima gaji pokok antara RM802 dan RM820 sebulan.
Sehubungan itu, katanya ramai dalam kalangan penjawat awam tidak mampu membeli rumah kos rendah atau rumah mampu milik, termasuk di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) walaupun harganya antara RM90,000 dan RM150,000 seunit.    
"Tidak ada gunanya negara kita maju kalau masih ramai pekerja bergaji rendah dan tidak mampu memiliki rumah. Harga rumah meningkat RM30,000 setiap tahun dan jika gaji pekerja hanya bertambah RM80, sudah pasti mereka tidak mampu membeli rumah," katanya. - mStar

Wednesday 29 April 2015

PRK PERMATANG PAUH : TINDAKAN 'U-TURN' PEMUDA PAS SEOLAH -OLAH MERELAKAN PARTI ITU DIHINA



BUKIT MERTAJAM – Tindakan Pemuda Pas Pulau Pinang dan Pas Permatang Pauh membatalkan hasrat memboikot pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon adalah memalukan, tegas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang itu berkata, ia seolah-olah membiarkan parti itu serta presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dihina parti-parti dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi selepas mereka dikritik berhubung isu pelaksanaan hudud.
reezal-merican-kepala-batas-penamaan-permatang-pauh-prk
“Saya anggap apa yang dilakukan Pas akan sebabkan mereka hilang rasa hormat (daripada parti komponen dalam pakatan) kerana mereka tidak istiqamah, dulu mereka lakukan kerana presiden mereka dihina,” katanya pada sidang media harian jentera BN bersempena PRK Permatang Pauh, di pusat operasi BN di sini hari ini.
Bagaimanapun Anggota Parlimen Kepala Batas itu sekali lagi menegaskan, kemelut yang melanda Pakatan Rakyat sama sekali bukan faktor utama dalam menjamin kemenangan BN pada PRK itu.
Beliau berkata, walaupun krisis itu mempengaruhi sentiment pengundi, BN akan terus komited dalam kempen penerangan, terutamanya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (CBP) serta isu kos sara hidup.
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPNPP) hari ini membatalkan hasrat memboikot PRK Parlimen Permatang Pauh namun bertegas mahu Angkatan Muda Keadilan negeri memohon maaf berhubung kenyataan mereka memfitnah pimpinan PAS berhubung hukum hudud.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Md Piah berkata, keputusan itu diambil selepas menghadiri mesyuarat tergempar antara DPPNPP dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ir Khairil Nizam Khirudin lewat malam tadi
Pada 25 April lepas, PAS Permatang Pauh yang turut melahirkan hasrat memboikot PRK itu, menarik balik keputusannya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR pada malam sebelumnya.
Sementara itu, ditanya mengenai kempen jentera BN Permatang Pauh yang memasuki hari kelima hari ini, Reezal Merican berkata, mereka menerima reaksi positif masyarakat setempat, terutamanya pengundi yang tinggal di kawasan dianggap ‘hitam’ dan ‘kelabu’.
“Terdapat perubahan ketara, dilihat melalui sambutan mereka bila mana kita lawat rumah ke rumah … ada rumah yang menyangkut bendera parti (pihak lawan), tapi bila kami datang, kami dijemput masuk, itu adalah isyarat yang positif,” katanya.
Namun, Reezal Merican menegaskan, jentera BN sama sekali tidak akan berasa selesa, sebaliknya terus memperhebatkan kempen penerangan dalam usaha memastikan rakyat diberi penjelasan secukupnya mengenai isu-isu semasa.
“Seperti yang TPM (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) tegaskan, kami (BN) adalah ‘underdog’, dan kami menurunkan calon anak setempat yang dijamin akan menumpukan kerja di sini.
“Sekurang-kurangnya rasai kelainan, nikmatilah perbezaan dan seandainya kami gagal dalam tempoh tiga tahun (sebelum pilihan raya umum seterusnya), maka terpulang pada masyarakat untuk menilai,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mendedahkan terdapat usaha sulit yang cuba mengaitkan jentera BN dengan kempen berunsur keagamaan apabila laporan daripada portal propembangkang bahawa BN telah menaikkan papan iklan kononnya cuba memainkan isu kebencian pada agama tertentu.
“…kita amalkan kempen secara bersih, sampai hari ini BN tidak ada mencaci cela mana-mana individu, agama atau apa jua kumpulan,” katanya.
PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei depan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri
Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. - mediaUMNO

KUBUR KATA...MARI !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat menikmati kehidupan dunia semua. Sambil tu jangan lupa, setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Jadi persiapkanlah segala keperluan untuk di bawa ke alam sana. Jom baca ‘kisah’ yang orang kongsi dan aku sebarkan ni.
” Jom fikir-fikirkan…
Bila kita mati, tiada lagi orang ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria seperti biasa…….

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
Hasil carian imej untuk KUBUR KATA...MARI
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari…..
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang-barang itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yang akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan….

Demikianlah “Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yang sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh-sungguh;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yang disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. “Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”
Allahurabbi… Kubur itu semakin dekat untuk didiami…

JANGAN ANDAIKAN BN MENANG DI ROMPIN



ROMPIN - Pengundi di Parlimen Rompin diingatkan untuk tidak mengandaikan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan tidak keluar mengundi pada 5 Mei ini.

Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sungguhpun Rompin menjadi kubu kuat BN Sejak sekian lama namun masyarakat di parlimen ini perlu melaksanakan tanggungjawab dengan memastikan kawasan ini terus diteraju parti.

"Kita tidak mah pengundi mengandaikan bahawa BN pasti menang dengan menambil sikap mudah dan tidak keluar mengundi. Itu kebimbangan kita. Jika semua pihak bersikap begitu kita akan menghadapi masalah," katanya di sini hari ini.

Jelasnya, PRK yang kini memasuki fasa kedua menghadapi masalah getir untuk meningkatkan kesedaran terhadap mayarakat terutama mengenai isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Kita telah menggerakkan jentera kita dengan lebih agresif untuk menyampaikan apa sahaja maklumat yang perllu supaya pengundi lebih mengetahui hala tuju dan membuat keputusan tepat dengan mengundi Barisan Nasional," ujarnya.

Muhyiddin sementara itu menjelaskan, keputusan pada PRK Rompin tidak akan membawa kesan besar kepada kempen BN di Permatang Pauh.

Ujarnya, lumrah dimana-mana PRK akan berlaku penurunan dari jumlah keluar undi berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) walaubagaimanapun pelbagai usaha dilakukan termasuk dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengajak pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi.

"Ramai yang mengandaikan BN boleh menang dan sebahagian daripada mereka mengambil sikap tidak mahu keluar mengundi ataupun atau pulang mengundi," katanya lagi.

HARGA KAD PRABAYAR KEKAL SEBELUM GST, KUATKUASA 1 MEI

alt

PUTRAJAYA - Mulai 1 Mei ini, kad prabayar telefon dikekalkan harganya sama seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad, turut mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan kaedah penggunaan GST sama seperti kaedah pengenaan cukai perkhidmatan sebelum ini.
"Kelmarin saya keluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi bagi mengekalkan harga asal berdasarkan konsep termasuk cukai (tax inclusive) berkuatkuasa 1 Mei ini.
"Jika mereka bayar RM10, maka nilai kredit sama seperti apa yang pengguna bayar. Jika ada yang mengambil kesempatan, tindakan susulan akan diambil," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

PAKEJ MELANCONG KE "KAPAL BERHANTU" DI DASAR LAUTAN ATLANTIK


Kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik kira-kira 103 tahun dulu, dianggap sebagai tragedi maritim paling buruk dalam sejarah dunia.

Lebih 1,500 orang maut dalam tragedi berkenaan tetapi itu juga menyebabkan Titanic dianggap sebagai kapal paling ikonik di dunia.

Walaupun dianggap sebagai kapal paling terkenal di dunia, tidak ramai berpeluang melihat kapal berkenaan secara dekat.

Paling hampir kapal itu boleh dihampiri ialah dengan melawat muzium Titanic di Belfast, Ireland Utara atau menonton filem Titanic yang dilakonkan aktor terkenal, Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.

Namun, sebuah syarikat kini menawarkan pengalaman menyelam pada kedalaman 3.81 kilometer untuk melihat bangkai kapal itu di dasar Laut Atlantik.

Lawatan itu membawa pengunjung melihat tangga mewah Titanic, sauh kapal yang besar dan bilik Marconi yang memancarkan isyarat kecemasan SOS buat kali pertama di dunia.

Peluang sekali seumur hidup itu ditawarkan syarikat Bluefish dan harga pakej istimewa yang sungguh mengejutkan.

Pakej mewah mengembara ke dasar laut dan melihat bangkai kapal paling terkenal di dunia itu bernilai kira-kira £41,000 (RM222,101).

Walaupun harga pakej itu seakan-akan tidak masuk akal, tetapi lebih 40 individu menempah pakej lawatan berkenaan.

Pengarah Bluefish, Steve Sims berkata, mereka menghantar 40 individu ke dasar Lautan Atlantik untuk melihat bangkai Titanic.

“Antara pelanggan kami termasuk isteri seorang bilionair terkenal dalam bidang teknologi. Titanic masih menarik minat sebahagian besar daripada kita,” katanya.

Sims berkata, Bluefish terkenal kerana menyediakan perkhidmatan lawatan menakjubkan dan paling sukar ditemui di dunia.

“Lebih ramai orang pernah pergi ke angkasa lepas daripada melihat Titanic dengan mata mereka sendiri,” katanya.

Pelanggan yang menempah pakej itu akan tinggal di kapal Keldysh sementara menunggu keadaan laut yang sesuai untuk melihat Titanic secara dekat.

Mereka dibawa menaiki kenderaan dasar laut dikenali sebagai MIR I yang mampu menyelam sehingga enam kilometer dan menahan tekanan luar biasa.

Kenderaan itu diperbuat daripada tembaga boleh memuatkan seorang pemandu serta dua penumpang.
Misi selaman itu mengambil masa selama 11 hingga 12 jam dan apabila sampai ke dasar laut, lampu berkuasa tinggi akan dipasang bagi membolehkan pelawat melihat bentuk kapal berkenaan.

Selain badan kapal, pelawat boleh melihat barangan peribadi penumpang seperti kasut dan beg yang melekat pada besi yang berkarat.

Pemandangan itu sudah cukup membayangkan ketakutan penumpang ketika kapal itu karam pada malam 14 April 1912.

Titanic adalah kapal paling besar pada waktu itu dan karam pada pelayaran sulungnya selepas terlanggar bongkah ais.

Kapal itu karam di utara Lautan Atlantik ketika dalam perjalanan dari Southampton, Britain menuju ke New York, Amerika Syarikat.

Selain lawatan yang menakjubkan, pelawat diberi taklimat dan penemuan terkini saintis mengenai kapal sepanjang 269 meter itu.

Selepas lawatan berkenaan, satu majlis bagi memperingati tragedi itu serta semua mangsa yang terkorban turut diadakan.

Kapal Keldysh dan MIR I membuat lebih 15 ekspedisi ke lokasi Titanic bersemadi serta melakukan beratus-ratus selaman.

Tujuan selaman itu bukan hanya pelancongan semata-mata tetapi untuk mendapatkan imej, data dan sampel dari bangkai kapal berkenaan.

Semua maklumat itu digunakan untuk tujuan kajian dan uji kaji saintifik oleh beberapa saintis dari seluruh dunia.

Sejak ekspedisi laut dalam dijalankan di tapak bangkai Titanic pada 1998, tiada sebarang artifak dialihkan.

Dari 2002 hingga 2006, seramai enam individu melawat tapak berkenaan tetapi kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan pakej pelancongan mewah itu terpaksa dihentikan.

Kini perkhidmatan itu disambung semula dan pelawat boleh menempah pakej lebih murah berharga kira-kira £6,820 (RM36,851).





Tuesday 28 April 2015

BILA MAU TANGKAP INI SAMPAH ???


KUALA LUMPUR -  Seorang senator hari ini menyifatkan blogger kontroversi Alvin Tan sebagai 'sampah' di negara ini kerana sering‎ melakukan tindakan provokasi yang didakwanya menghina Islam.

Senator Koh Chin Han berkata, sebagai seorang bukan Muslim, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan blogger itu kerana perbuatan itu dianggap trustmemalukan golongan bukan Islam lain.    

"Kalau beliau berada di negara kita, memang patutlah dihadap ke mahkamah untuk didakwa dengan Akta Hasutan. Kita tak dapat menampung 'sampah' seperti Alvin ini di negara kita.

"Tetapi apa boleh kita buat, kita serahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya ke atas Alvin," katanya ketika membahaskan  Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.    

Sementara itu, Senator Datuk Lim Nget Yoon yang mencelah perbahasan itu berkata, kerajaan sepatutnya tidak lagi boleh bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan  provokasi‎ Alvin.

"Setuju atau tidak dengan pandangan saya, kalau Alvin didakwa di bawah Akta Hasutan, jadi tidak timbul keadaan seperti ini ... dia lari, dia cabar kerajaan, 'catch me if you can' (tangkap saya kalau anda boleh).     

"Ini memang satu kejadian yang kita tidak boleh tolak ansur. Saya minta kerajaan buat sessuatu tentang dia," katanya lagi.    ‎

Terdahulu, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan tentang status rakyat negara ini yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, ketika berada di luar negara.     

"Saya memohon penjelasan sekiranya dia berada di luar negara, tetapi burukkan, busukkan pimpinan Yang di-Pertuan Agong, bagaimana pula statusnya?," katanya.    
Asyraf dalam pada itu menolak dakwaan media asing bahawa negara ini melakukan diskrimimasi melalui Akta Hasutan.     ‎

"Kalau kita lihat macam Thailand ... dia mempunyai akta yang begitu keras yang dikenakan kepada mereka yang menghina sensitiviti mereka termasuk institusi raja  Thailand," katanya.    

Beliau berkata terdapat satu kes seorang warga asing dipenjara selama 10 tahun kerana menconteng poster Raja Thailand.
Sumber : Isu-isu Semasa

"BEG DALAM BEG" !!!

Shah Alam: Beg dalam beg. Itu taktik yang digunakan seorang wanita untuk membawa keluar beg tangan mangsanya dari sebuah surau dalam pusat beli-belah, di sini, untuk mengelak dikesan.

Bagaimanapun tindakan wanita berpakaian sopan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kawalan keselamatan pasar raya berkenaan kelmarin dan menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Mangsa Dayana Adnan, 36, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam ketika dia berada di surau berkenaan sementara menunggu Maghrib.

“Ketika itu saya meletakkan beg di satu bahagian dalam surau itu sebelum mengambil wuduk.

“Selesai mengambil wuduk, saya dapati beg saya tiada dan bertanyakan jemaah yang berada di situ, namun semua tidak mengetahuinya. Saya sangat terkejut dan sama sekali tidak menyangka pencuri itu berani melakukan jenayah dalam rumah ibadat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, marah dengan kejadian itu, dia bertindak mendapatkan rakaman CCTV daripada kawalan keselamatan dan mendapati seorang wanita melarikan beg tangan itu dengan mengisinya dalam sebuah beg yang lebih besar.

“Saya mendapatkan beberapa kawan yang berada di kawasan kejadian dan selepas mendapatkan rakaman CCTV itu, kami dapati seorang wanita membawa keluar beg saya.

“Saya kini khuatir kerana dalam beg berkenaan terdapat beberapa dokumen peribadi serta kunci penting yang boleh menyebabkan suspek atau individu lain menyalahgunakannya,” katanya yang turut kehilangan telefon bimbit dan wang tunai.

Menurutnya, dia berharap individu bertanggungjawab itu memulangkan begnya dan akan memaafkannya serta menyelesaikannya dengan cara baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
- HMetro

WANITA TANGGAL BAJU TAK INGAT KEJADIAN - @PDRMsia



KUALA LUMPUR: Wanita yang menanggalkan pakaian untuk mengelak daripada membayar makanan yang dimakan di Petaling Street tidak dapat mengingati apa-apa tentang kejadian tersebut.

Polis berkata, wanita berusia 32 tahun itu didapati berada dalam keadaan khayal setelah mengambil syabu ketika dia menanggalkan pakaiannya dalam kejadian Khamis, yang telah menjadi viral di media sosial.

"Kami memanggilnya untuk soal siasat pada Sabtu tetapi hanya boleh bercakap dengannya kemudian kerana dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Air kencingnya didapati positif methamphetamine," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.

Beliau berkata, ketika disoal, wanita itu mendakwa dia tidak ingat tentang kejadian itu.

"Ia adalah satu kes yang cukup mudah. Kami telah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan akan melakukan pendakwaan terhadapnya hari ini," katanya.

Sementara itu, pemeriksaan identiti terhadap wanita itu mendedahkan bahawa dia adalah seorang model dari Sabah yang telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan ratu cantik dan program realiti televisyen tempatan.

Menurut laporan, wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar harga makanan berharga sekitar RM18.
mStar

DUA GADIS TERIMA SAMAN AURAT

Aurat

KOTA BHARU - Dua gadis belasan tahun merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terhadap mereka yang baru sahaja bekerja di sebuah kedai makan di Peringat di sini.

Alasan mereka ialah tidak mengetahui memakai baju berlengan pendek dan ketat tidak dibenarkan ketika bekerja.

Namun, rayuan dua gadis terbabit tidak diendahkan, sebaliknya penguat kuasa MDK-PI tetap mengeluarkan notis saman kepada mereka tanpa kompromi.
Pegawai Undang-undang MDK-PI, Nazattul Aisya Hashim berkata, mereka diberikan notis saman terhadap individu dan dikompaun di bawah Undang-undang Kecil Seksyen 30.

“Mereka antara yang dikompaun dalam Ops Shisha dan Aurat yang dijalankan di kawasan Peringat dan Salor, di sini, semalam.
“Turut dikenakan tindakan, empat restoran iaitu sebuah di Peringat dan tiga di Salor, dengan rampasan alatan shisha bernilai RM 3,500, empat notis amaran dan tiga kompaun,” katanya kepada media.

Nazattul Aisya berkata, peniaga yang masih berdegil dan tidak ikut arahan ditetapkan, pihaknya tidak teragak-agak menarik semula lesen perniagaan, dan menutup terus operasi perniagaan mereka.
SH

AKSI PEMUDA TERAJANG PAKCIK TUA DI RESTORAN JADI VIRAL (VIDEO INSIDE)

[Dengan Video] Aksi Pemuda Terajang Warga Emas Cetus Kemarahan

Entah apa salahnya, kejadian seorang lelaki tua ditendang seorang pemuda yang dipercayai berlaku di sebuah kedai makan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna laman sosial Facebook.

Kejadian yang dirakam menerusi satu video berdurasi 1 minit 9 saat itu dimuat naik di akaun Facebook, Anna Rubysha sehingga kini mendapat lebih 42,825 tontonan.

Merujuk rakaman tersebut, seorang pemuda yang dipercayai pemilik kedai itu seolah tanpa berfikir panjang bertindak menendang lelaki tua selepas bertanyakan sesuatu kepadanya. 

Lebih memilukan apabila pemuda itu turut menghayun kerusi sebelum sempat dihalang seorang wanita.


Rata-rata pengguna Facebook melahirkan perasaan marah dengan menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai biadap.

Sementara itu, seorang pengguna, Norhasimah Saad mendakwa kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 3 petang ekoran warga emas itu dikatakan bertindak menampar anak pemuda itu.

“Sebenarnya, kes terjadi disebabkan pakcik itu yang tampar anak dia. Masa ibu dia tanya, dia menangis mengatakan pakcik itu tamparnya.

“Si Pian (lelaki yang menendang orang tua itu) pun tanyalah pakcik itu, pakcik itu mengaku.. Itu yang Pian marah,” tulis Norshimah dalam Facebook berkenaan.

Tambah Norshimah, susulan insiden tersebut Pian melahirkan rasa kesal dan merancang untuk berjumpa dengan keluarga lelaki tua itu untuk memohon maaf

“In Shaa Allah satu perjumpaan akan diadakan bersama keluarga pakcik itu untuk memohon maaf sekali lagi,” katanya.

Sumber : Malaysian Digest

GEMPA NEPAL : ANGKA KORBAN MENINGKAT KEPADA 4,310 ORANG


KATHMANDU: Jumlah rasmi angka kematian mangsa gempa bumi di  Nepal terus meningkat kepada 4,310 orang, lapor Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Selasa.

Sementara itu  7,953 yang lain telah dikenal pasti sebagai cedera kesan dari gempa bumi yang berlaku Sabtu lalu, kata jurucakap kementerian itu Laxmi Prasad Dhakal.

Sebelum ini angka kematian dicatatkan berjumlah 4,010 orang manakala 100 yang lain maut di negara-negara jiran.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

PRK ROMPIN : PAS PELAWA TUN M KONGSI PENTAS CERAMAH


TANJUNG GEMOK: Selepas hasrat untuk berdebat dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak kesampaian, PAS cuba mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk 'berkongsi pentas ceramah' dengan parti itu di Rompin.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pelawaan itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri itu 'turun padang' baru-baru ini untuk membicarakan isu-isu semasa berkaitan kepincangan pentadbiran kerajaan sedia ada.

"Beliau buat 'jelajah' satu negara untuk jumpa rakyat bagi menjelaskan bagaimana Perdana Menteri gagal memimpin negara dengan baik.

"Jadi saya sebagai Naib Presiden PAS mempelawa Tun Mahathir bersama-sama kami dalam PRK Rompin ini. Kalau beliau mahu berkongsi pentas silakan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ceramah PAS di Kampung Piangu di sini yang dihadiri kira-kira 50 orang, malam Isnin.

Sebelum ini, Dr Mahathir menyampaikan ucapan mengenai isu dan persoalan berbangkit berhubung pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Program Bicara Negarawan anjuran badan bukan kerajaan (NGO).

Ia adalah program turun padang pertamanya untuk berbicara secara langsung mengenai isu-isu semasa yang mana sebelum ini kebanyakan persoalan mengenai kepimpinan Perdana Menteri disentuhnya menerusi tulisan di laman blognya atau sidang akhbar.

Menurut Salahuddin, Dr Mahathir adalah seorang tokoh politik yang  dihormati, justeru kehadirannya akan membuka mata rakyat mengenai situasi yang melanda negara pada hari ini.

Pada ceramah itu, PAS turut mempersoalkan mengenai kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibicarakan tanpa mendedahkan motif sebenar pembunuhan tersebut.

Malah, isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Felda dan kehadiran kebanyakan pemimpin Umno ke Rompin membantu calon antara senjata yang digunakan PAS untuk menyerang BN pada PRK kali ini.
mStar

Monday 27 April 2015

9 GAMBAR : 13 KENDERAAN BERTEMBUNG


Sebuah kren yang dalam perjalanan dari Sendayan Seremban, dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu merempuh kereta di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar 11 lagi kereta lain.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman Bukit Kepayang di sini, sebanyak 12 kereta rosak teruk namun, semua mangsa terselamat.

Jurucakap bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.53 petang sebelum tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

Menurutnya, seramai enam pegawai dan anggota terbabit dalam operasi membantu mengalihkan kenderaan kerana semua mangsa sudah berjaya dikeluarkan orang ramai.

Difahamkan, kemalangan itu mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas sejauh lebih tiga kilometer.
hmetro