Thursday, 8 November 2012

AMALKANLAH UCAP ZIKIR "LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

-Kalimat ini adalah kalimat yang ringkas, namun syarat makna dan memiliki keutamaan yang luar biasa. Kata Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada ‘Abdullah bin Qois,
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ . فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, karena ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari no. 7386
-Kalimat “laa haula wa laa quwwata illa billah adalah kalimat yang berisi penyerahan diri dalam segala urusan kepada Allah Ta’ala. Hamba tidaklah bisa berbuat apa-apa dan tidak bisa menolak sesuatu, juga tidak bisa memiliki sesuatu selain kehendak Allah.
-Ada ulama yang menafsirkan kalimat tersebut, “Tidak ada kuasa bagi hamba untuk menolak kejelekan dan tidak ada kekuatan untuk meraih kebaikan selain dengan kuasa Allah.”
-Ulama lain menafsirkan, “Tidak ada usaha, kekuatan dan upaya selain dengan kehendak Allah.”
-Ibnu Mas’ud berkata,
لا حول عن معصية الله إلا بعصمته، ولا قوة على طاعته إلا بمعونته
“Tidak ada daya untuk menghindarkan diri dari maksiat selain dengan perlindugan dari Allah. Tidak ada kekuatan untuk melaksanakan ketaatan selain dengan pertolongan Allah.”
-Imam Nawawi menyebutkan berbagai tafsiran di atas dalam Syarh Shahih Muslim dan beliau katakan, “Semua tafsiran tersebut hampir sama maknanya.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 26-27)

Manfaat dan kelebihan memperbanyak mengucapkan zikir Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah :

1. Sebagai simpanan kekayaan yang berlimpah di surga, dan pengaruhnya sangat menakjubkan.

-Dari Abi Musa Al-Asy'ari radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata kepadaku: "Maukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?", Maka aku menjawab: "Tentu, wahai Rasulullah". Maka beliau menjawab: "Ucapkanlah

 لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 
(Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)

-Ibnul Qoyyim rahimahullah mengatakanKalimat 

لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 
(Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)
mempunyai pengaruh yang sangat menakjubkan saat menanggung beban pekerjaan yang sulit dan keras, atau saat menghadap kepada raja dan orang yang ditakutkan, selain pengaruhnya yang efektif untuk menolak kemiskinan.

-Hubaib bin Salamah rahimmullah sangat senang saat menghadapi musuh atau mengepung sebuah benteng memperbanyakkan ucapan 

لاَحَوْلَ وَلاَ قوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ 
(Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)
Diceritakan bahawa suatu hari ia mengepung sebuah benteng milik bangsa Romawi sehingga ia putus asa, lalu tentara kaum mislimin membaca zikir tersebut sambil bertakbir, akhirnya benteng tersebut hancur. 

2. Penawar bagi segala penyakit dan penderitaan seperti rasa bimbang.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan :-
 لاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ 
(Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)
maka hal itu sebagai penawar baginya dari sembilan puluh sembilan penyakit dan yang termudah adalah rasa bimbang"

3. Pencegah bahaya, dan bahaya yang paling rendah adalah bahaya kemiskinan.

Makhul rahimahullah berkata: Barangsiapa yang yang mengatakan:
 لاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ 
(Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)
maka akan lenyap dari dirinya tujuh puluh pintu petaka, yang paling rendah adalah bencana kemiskinan. 

Semoga lisan ini selalu diberi taufik oleh Allah untuk selalu basah dengan dzikir kepada Allah.


21 comments:

  1. assalaamu 'alaikum wa rahmatullaahi wa barokaatuh,

    sharing yg berguna, semoga bermanfaat gan

    ReplyDelete
  2. Terimah kasih sharingnya

    ReplyDelete
  3. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

    ReplyDelete
  4. Peluang Bisnis Dahsyat Yusuf Mansur. Silahkan Kujungi: http://leadervsi.com/wan-vsi
    Peluang Bisnis Dahsyat Yusuf Mansur. Silahkan Kujungi: KLIK DISINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. i nk join bisnes Yusuf Taiyyoooob (dgn suara berbisik), ada tak

      Delete
  5. Alhamdulillah..trimakasih...mihon share

    ReplyDelete
  6. Subhanalloh mengucapkannya dengan penuh pengharapan membuat merinding Allahuakbar

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah .. saya telah dpt apa yg saya cari selama ini

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.... bagaimana pula dengan isteri yang tidak mahu meninggalkan pekerjaannya atau kerjayanya apabila dikehendaki oleh suami ??? suami mahukan isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa dan membesarkan anak-anak di rumah sepenuh masa. Tetapi isteri enggan dengan alasan bosan berada di rumah, ingin mencari duit sendiri sedangkan suami mampu untuk memenuhi keperluan hidup keluarga, dan isteri juga ingin mengejar cita-cita dalam kerjayanya. Isteri sanggup menerima tawaran kerja di negeri lain dan sanggup meninggalkan suaminya untuk mengejar cita-cita kerjayanya.. suami dibiarkan tinggal seorang menguruskan diri sendiri kerana suami perlu bekerja di negeri lain untuk memberi nafkah kepada keluarga.... suami tidak benarkan isteri bekerja kerana dibimbangi isterinya menghabiskan masa berjam-jam sehari bekerja dengan lelaki lain dalam urusan pekerjaannya. Namun isteri sanggup bergaul dengan rakan sekerja lelaki dalam menjaga kerjayanya dan jarang menghubungi suaminya untuk bertanya khabar atau untuk berbual. Isteri menghabiskan lebih banyak masa untuk bergaul dengan rakan sekerja lelaki di tempat kerja di negeri lain berbanding menggunakan masanya untuk berbual dengan suami sendiri. Manakala si suami pula sentiasa menunggu kepulangan isterinya dan masih mengharapkan isterinya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Isteri lebih pentingkan kerjayanya berbanding rumahtangga.....Isteri lebih patuh kepada arahan majikannya berbanding patuh kepada suami sendiri.. Sampai bilakah si suami perlu bersabar dengan perangai isterinya... keadaan rumahtangga bagi pasangan suami isteri sebegini amatlah suram dan suami tidak merasa kebahagian hasil perkahwinan mereka. Sudah berkali-kali si suami memujuk isterinya berhenti kerja tetapi isteri tidak mahu berhenti kerja dan sangat menyayangi pekerjaan yang hanya menjanjikan gaji yang rendah. Si suami sentiasa berdoa dan sangat2 mengharapkan isterinya berhenti kerja. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh suami untuk memujuk isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa??????? sesungguhnya keberkatan seorang isteri ialah apabila dia sentiasa berada di dalam rumah sementara si suami keluar bekerja mencari nafkah... BAGAIMANAKAH UNTUK MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KECERIAAN DALAM RUMAHTANGGA PASANGAN INI....?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebagai rakan berkongsi bicara, dan terbiasa dengan suasana isteri berkerja serta patuh sekali dgn arahan ketua serta ramai kawan,adalah menjadi penyebab terkeluarnya perkataan "bosan bila bersendirian atau Suri rumah sepenuh masa".Bagi saya yg terbiasa dgn keadaan begini ,terletak kpd kemahuan diri sendiri kearah yg lebih positif.Saya bukanlah mahu mengajar tetapi memberi pandangan sebagaimana yg terjadi kpd diri saya.Biarlah kita berfikiran terbuka, bersikap yg elok,berlaku jujur serta belajar mengenal diri...sebagaimana disarankan oleh orang-orang terdahulu dan arifbillah.Lakukan terus Dan carilah guru yang mengenal akan makrifatullah sebagaimana yg disarankan imam ghazali.Guru-guru tersebut masih ada d dunia ini. Rengkasnya dengan perbanyaklah amalan zikir...termasuklah zikir yg terdapat sebagaimana di atas...insya Allah akan ada perubahannya didalam keluarga tersebut...amiin.

      Delete
  9. Subhanallah bagus sgat trima kasih

    ReplyDelete
  10. subhanalloh...qobiltu

    ReplyDelete