Google+ Followers

Sunday, 19 May 2013

TERKINI!!! ADAM ADLI DIREMAN 5 HARI LAGI.


Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahanan rakan mereka itu.

"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli. “Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya.

Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini. Semalam, Adam Adli yang digantung tiga semester pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

Dalam forum itu, Adam Adli bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.-SH

PANAS! PANAS! MESTI TENGOK VIDEO NI !!!



ADAKAH MUNGKIN MELAYU AKAN BERSATU SELEPAS KETIADAAN NIK AZIZ ???


Memetik berita yang dikeluarkan oleh Astro Awani tentang pandangan seorang panganalisis politik, Dr Fuad Othman bahawa UMNO dan PAS harus duduk berbincang mencari satu titik persamaan. Perbincangan tersebut seharusnya menjurus kepada masa depan umat Islam dan Melayu di negara ini. 

Setelah apa yang ditempuhi oleh orang Melayu selepas keputusan PRU13, banyak suara-suara yang menyarankan agar diadakan satu pertemuan ikhlas antara UMNO dan PAS. Suara-suara berkenaan datang dari pelbagai pihak terutamanya para penganalisis politik yang tidak mahu Melayu diinjak-injak oleh bangsa asing khususnya Cina.

Tetapi segala pandangan dan cadangan bolehlah dianggap sebagai mimpi saja. Laksana ingin memetik bintang yang tinggi, tangan hangus disambar petir. 


Kenapa mimpi?

Sebabnya, selagi PAS dikuasai oleh manusia seperti Nik Aziz, jangan haraplah ingin melihat perpaduan Melayu. Nik Aziz yang didakwa oleh pengikutnya sebagai ulama tersohor, tapi perangai dan tingkah laku langsung tidak mencerminkan yang beliau layak menerima gelaran itu. 

Beliau dengan sombong dan bongkak akan meludah ke atas muka sesiapa saja yang cuba menyarankan agar UMNO dan PAS bersatu. Tinggi betul ego Nik Aziz. 

Dari kenyataan beliau itu, satu saja yang dapat disimpulkan iaitu, Nik Azizlah punca Melayu tak boleh bersatu...beliaulah bapa perpecahan. Hebat sungguh dendam Nik Aziz hingga tak boleh memaafkan sesama Islam. 

Tak perlulah kita mencanang ke langit tentang perpaduan Melayu selagi pemimpin 'Islam' seperti Nik Aziz begitu bernafsu melihat perpecahan Melayu. Tiada sekelumit pun dalam hatinya untuk melihat Melayu bersatu. Apa yang dipentingkan ialah melahirkan pengikut yang taksub akan ketuanya. Padanya perpaduan tak begitu penting sebab mati pun nanti kubur masing-masing. 

Apakah Nik Aziz lebih mulia dari Nabi dan wali Allah?

Jika dengan kafir DAP, sanggup berpeluk dan bersentuh pipi, walhal kafir itulah yang secara senyap akan menjatuhkan Islam dan Melayu. Tapi apabila sesama Islam sanggup mendoakan kepada Allah untuk menghancurkan Islam yang lain. Benci sungguh Nik Aziz melihat Melayu Umno yang tak sehaluan politik dengannya sedangkan kita semua berTuhankan Tuhan yang sama...Allah. Hanya Allah yang menentukan ditaraf mana kita...bukan dengan berserban dan berkupiah memanjang yang menentukan sama ada kita ke syurga atau neraka. 

Jadi selagi Nik Aziz masih hidup, tak ada maknanya sama ada Melayu UMNO atau PAS bertungkus lumus mencadangkan perpaduan Melayu...berbual kosong tentang Melayu bersatu, dimana hujung-hujung akan menemui jalan buntu.

Kenapa? 

kerana Nik Aziz masih hidup...


UST NASHA TEGAS MAHU PAS DAN UMNO BERSATU


Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.


"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.


Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.

Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.


"Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.


Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.


Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.


Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan.
- Bernama

Saturday, 18 May 2013

KENYATAAN MB KELANTAN BUAT ANWAR NAIK ANGIN !!!


Dalam hiruk pikuk Si Ketua Penipu dok menjaja cerita kononnya Kerajaan Barisan Nasional yang menang PRU baru - baru ni tak sah..., MB Kelantan pulak buat hal.

Si Ketua Penipu tu puas memerah otak, memikirkan cara untuk memburuk - burukkan Kerajaan Barisan Nasional yang baru dibentuk.

Saban hari dia menghabiskan masa meronda keseluruh pelusuk Negara dan menghasut rakyat agar tidak menerima kemenangan Barisan Nasional itu.

Alih - alih, Menteri Besar Kelantan yang baru boleh tampil dan membuat kenyataan seperti dibawah. 
KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu.



Selain itu, Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.


Ahmad berkata, beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja.

“Saya juga berharap agar pasukan baru ini dapat 'mewajahkan' semula kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.
Mau Si Ketua Penipu tu tak angin satu badan.

Dalam erti kata lainnya, Menteri Besar Kelantan ni secara terang - terangan mengiktiraf Kerajaan BN yang telah dibentuk dengan barisan kabinet yang baru.

Sekarang kita boleh lihat dengan jelas perbezaan diantara Politik Matang dan Politik Kebudak - budakkan yang ditonjolkan oleh Si Ketua Penipu tu sendiri.

Orang lain boleh terima kekalahan kerana mereka redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Bukan macam Si Ketua Penipu tu. Dah macam nak jadi tuhan pula dah gaya dia. Mungkin sebab itu la dia meroyan tak tentu arah!!!

BN KELANTAN MESTI DEDAH & SEBARKAN !!!



Usaha selama sepenggal akan jadi sia-sia kiranya ketika hari mengundi Petugas Sementara SPR yang di ambil secara kontrak adalah pro pakatan haram jadah !!!

Buatlah program sepanjang sepenggalpun, bantulah rakyat dan pengundi selama sepenggal akhirnya unsur penipuan dan kelicikan pakatan haram di hari mengundi memusnahkan segalanya. Siap berkempen untuk undi pakatan haramjadah lagi ketika saat pengundi di kotak mengundi !!!

Apakah ini hanya satu MITOS ?

Periksa betul-betul...siasat hingga ke akar umbi dan dedahkan siapa Petugas Sementara SPR ketika hari tersebut ??? Khabarnya di ambil dari guru-guru yang mengajar di sekolah yang di jadikan tempat mengundi dan ianya telah di 'booking' awal oleh guru-guru yang pro pakatan haram dan lebih tepat lagi mereka adalah Jentera Pakatan Haramjadah yang selama ini mengikuti latihan khas bagaimana nak mempengaruhi pengundi, terutamanya pengundi atas pagar dan pengundi warga emas yang kabur matanya.

Kerajaan BN juga di sarankan periksa betul-betul, khabarnya kertas undi kali ini agak kabur..kecil dari saiz biasa dan ianya menyukarkan pengundi yang menghadapi masalah penglihatan !!!

Rating awal menunjukkan rakyat Kelantan sudah bersedia untuk menukar Kerajaan..rakyat Kelantan sudah sepakat...majoritinya sudah bosan dengan penipuan yang Pas buat selama 23 tahun...bukan satu waktu yang pendek...kenapa mereka masih menang dan kemenangannya bukan kecil.

Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang selama ini adalah kubu kuat BN..kenapa nampak merudum walaupun menang !!!

Puok Pakatan Haram dalam jagaan nampaknya cuba alih isu penipuan SPR, sedangkan mereka yang susun jentera dalaman ketika hari mengundi...tampillah di komen artikel ini..cerita apa yang anda nampak dan ianya belum terlambat untuk ubah sistem Petugas Sementara SPR ini..NO MORE CIKGU !!!

Puok Paktan Haram dalam jagaan ini sengaja menimbulkan isu-isu ketidak percayaan pada SPR supaya di PRU14 mereka menguasai sepenuhnya perjalanan pilihanraya dan semua Petugas Sementara serta Pegawai SPR di seluruh negara adalah dari puok mereka..YAKINLAH !!


Kebathilan yang terancang akan mengalahkan Kebenaran yang tidak tersusun..Kebenaran yang berterabur..!! 
- Sahabat Nabi SAW



LAWAK PAGI.



Awal - awal pagi ni elok la kita menceriakan keadaan dengan membaca cerita - cerita dibawah ni. Semoga korang semua terhibur!!!
Kisah 1: Satu hari, Hadi Awang, Kit Siang dan Anwar naik helikopter mewah.
Hadi Awang: Kalau aku campak duit seribu dari helikopter ni, dah tentu ada seorang yang akan suka. 
Kit Siang: Kalau aku campak lima ratus, dah tentu ada dua orang yang akan gembira. 
Anwar: Kalau aku campak seratus, dah tentu - tentu ada 10 orang yang akan gembira. 
Pemandu Helikopter: Kalau aku campak korang bertiga, dah tentu - tentu 25 juta orang akan GEMBIRA!!!
*  *  *  *  * 
Kisah 2: Anwar, Kit Siang dan beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan dalam perjalanan ke Himpunan 'Blackout' bila tiba - tiba mereka terlibat dalam kemalangan. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital. 
Di Hospital, para media bergegas untuk bertemu dengan doktor yang sedang bertugas. Doktor tersebut menggelengkan kepala. 
Doktor: Kami telah cuba sedaya yang termampu, tapi kami gagal menyelamatkan Ketua Pembangkang. Tapi... 
Wartawan: Bagaimana dengan Kit Siang? 
Doktor: Dia juga kami gagal selamatkan. 
Wartawan: Ada sesiapa yang terselamat? 
Doktor: Ada. Rakyat Malaysia... 
 *  *  *  *  *
Kisah 3: Bas mewah yang membawa pemimpin Pembangkang terlibat dengan kemalangan berhampiran dengan sebuah ladang. 
Seorang petani bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua penumpang sudah pun meninggal dunia. Lalu, Petani itu pun mengkebumikan semua yang terlibat.
Keesokan harinya, Polis turun ke tempat kejadian dan bertemu dengan Si Petani seterusnya bertanya, ke mana perginya semua penumpang bas tersebut.
Si Petani jawab: Semuanya saya sudah kebumikan semalam. 
Polis: Semuanya meninggal dunia? 
Si Petani: Tidak. Sewaktu hendak ditanam, Anwar masih menjerit - jerit meminta tolong. 
Polis: Jadi, awak kebumikan dia juga? 
Si Petani. Ya. Anwar mana pernah bercakap benar.

Friday, 17 May 2013

5 PERKARA TUNTUTAN LIM KIT SIANG.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.



LIMA PERKARA TUNTUTAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH KIT SIANG ADALAH :-
1 ) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil 
2 ) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi
3 ) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan dalam konteks perundangan dan hukuman
4 ) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
5 ) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.

Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.

Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja? Untuk mencari kebenaran pandanglah dengan mata burung jangan melihat dunia seperti katak di bawah tempurung.

Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR, yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP, PKR dan PAS.


PERSOALAN PERTAMA;-
Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan, apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini?

Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk Pulau Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang sendiri yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP. Atau, adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di Pulau Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi?

PERSOALAN KEDUA;-
Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil, sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang. Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah.

Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman. Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak.

Sebaliknya yang sering mencabar perlembagaan biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T.

PERSOALAN KETIGA;-
Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja?

Dalam hal pendidikan pula, sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI, tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan.

Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP?

Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen agresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR, siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang. Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini, bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat?

PERSOALAN KEEMPAT;-
Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti, sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim?

PERSOALAN KELIMA;-
Akhir sekali, pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik, tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya, pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP. Beranikah Kit Siang menafikannya?

TERKINI - GAMBAR BARISAN KABINET MALAYSIA SESI 2013-2018.


SEGALANYA telah selesai serta terjawab dan PM Najib telah pun membentuk kabinet beliau untuk penggal baru, penggal yang terbina hasil dari percaturan politik baru dan penggal pemerintahan yang akan menyaksikan senario yang lagi baru serta sekalung tahniah kepada PM Najib atas kebijaksanaan yang ditampilkan dengan barisan kabinet berimbang pada kali ini, kabinet yang mengambil kira pelbagai sudut. 

Meskipun ada yang kata bahawa kabinet Najib ini lebih kepada mahu memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden parti menjelang pemilihan UMNO nanti dan bukan satu gambaran untuk mengekalkan ataupun memperkasakan survival UMNO bagi mendepani cabaran massa namun untuk ketika ini semua pihak perlu berlapang dada untuk sekurang-kurangnya 100 hari melihat kemana negara dan UMNO melalui pembentukan kabinet ini.

PM Najib lebih tahu apa yang ingin beliau capai dengan pembetukan kabinet ini dan siapa yang beliau telah amanhkam sama ada sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri, PM Najib lebih tahu hasil yang mahu dicapai dalam PRU-14 akan datang dan inilah masa yang akan menguji kekuatan dan kebijaksanaan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA 
YAB DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

DEMOSTRASI JALANAN SABTU INI - CEGAH SEBELUM PARAH !!!


Sudah terang lagi bersuloh! Kalau dibiarkan, nescaya keadaan akan menjadi huru-hara dan jika gagal dikawal buruk padahnya. Niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas bercadang melakukan demonstrasi jalanan Sabtu ini.

Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.

Aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.

Tidak cukup dengan itu, walaupun pembangkang khususnya DAP menang besar dalam pilihan raya umum lalu, Hishamuddin berterusan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai konco UMNO dan BN sambil membangkit sentimen kebencian terhadap kerajaan.

"Saya telah kata bertahun-tahun. Mustahil BN dapat dijatuhkan melalui pilihan raya. Kamu tidak mahu melakukan sesuatu kerana berasa kali ini berbeza tapi sistem itu telah dibuat untuk memastikan BN menang. Adakah kamu semua terlalu bodoh untuk tidak menerima hakikat itu."

"Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya," katanya semasa berucap dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Dalam perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, majoriti yang memberi sokongan adalah masyarakat Cina sama sebagaimana dua perhimpunan terdahulu di Kelana Jaya dekat sini dan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, seruan supaya rakyat bangkit melakukan rusuhan jalanan pada 18 Mei ini juga dilaungkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa kononnya jika UMNO dan BN berjaya ditumbangkan melalui demonstrasi tersebut, pembangkang akan mengubah sistem sedia ada.

"Adakah kita sanggup turun ke jalan raya? Kita sudah tiada jalan lain. Kita akan buat macam perhimpunan Bersih sebelum ini. Kita tunjukkan bagaimana kuasa rakyat kepada UMNO dan BN. Kita lawan tetap lawan," katanya.

TAN SRI ISMAIL SERAH TUGAS KETUA POLIS NEGARA KEPADA TIMBALANNYA.



KUALA LUMPUR - Tan Sri Ismail Omar hari ini menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan secara rasmi memulakan tugas barunya sebagai peneraju Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.

Ismail, yang menyertai PDRM pada 1971, dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 13 Sept 2010 sebelum bersara wajib pada 2011. Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak tamat hari ini.

Pada majlis sama, acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut berlangsung antara Khalid dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa esok.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas peluang yang telah diberikan kepadanya untuk menerajui PDRM.

Menurutnya, kenangan dan pencapaian sepanjang berkhidmat menerajui PDRM tidak akan dilupakan, terutama dalam menangani ancaman pengganas di pantai timur Sabah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.

Saya amat berpuas hati dengan pencapaian PDRM terutama dalam soal menurunkan indeks jenayah.

"Dan apa yang tidak dapat saya lupakan ialah cabaran menangani pengganas di Sabah beberapa bulan lepas yang mana saya dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) cuba sedaya upaya kami menumpaskan pengganas seterusnya mengekalkan keselamatan negara," katanya.

Terdahulu, ketibaan Ismail pada kira-kira 8.30 pagi disambut dengan persembahan kumpulan pancaragam PDRM serta kira-kira 5,000 pegawai dan anggota polis di Dataran Kawad Pulapol.

Sepanjang kariernya di PDRM, Ismail pernah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa di Mahkamah Ipoh, Perak pada 1994, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996) dan Ketua Penolong Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2005).

Jawatan lain ialah Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2005), Ketua Polis Selangor (2006), Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman (2007), Timbalan Ketua Polis Negara (2007) dan Ketua Polis Negara (2010).
- Bernama