ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUKTAMAR PAS : PASMA DIJANGKA JADI TOPIK HANGAT !!!

Wednesday 17 September 2014

MUKTAMAR PAS : PASMA DIJANGKA JADI TOPIK HANGAT !!!


KOTA TINGGI - Isu membabitkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dijangka menjadi topik hangat perwakilan Pas pada muktamar tahunan kali ini, ujar Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan Sinar Harian Online malam tadi.

"Saya boleh jangkalah perkara ini akan dibangkitkan.

"Kita tengok esok (hari ini) macam mana," katanya ringkas.

Sementara itu, ketika ditanya pandangan beliau tentang Pasma, Muhammad Khalil hanya menjawab, "apa pandangan saya tentang Pasma? Saya tak ada komen lagilah setakat ini," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kempen PRK Dun Pengkalan Kubor yang berjalan seiring dengan Muktamar Pas, beliau berkata, perkara itu tidak menjadi masalah kerana Pas sudah membuat persediaan lebih awal.

"Pas sudah ada pengalaman sebelum ini pada PRK Kuala Berang di mana pada masa sama kami sedang muktamar di Kota Bharu.

"Jadi, kami anggap bahawa perjalanan muktamar dan petugas-petugas kami yang sedang menjalankan kempen di Pengkalan Kubor masing-masing jalankan tugas tanpa jejaskan antara satu sama lain," katanya.

Malah beliau menganggap PRK Pengkalan Kubor dan muktamar yang berjalan serentak itu sebagai peluang untuk Pemuda membangkitkan semangat petugas di sana menjalankan tugas masing-masing.

"Secara asasnya, selepas daripada kematian penyandang Adun Pengkalan Kubor, Pemuda Pas terus turun ke kawasan itu untuk memantau dan membuka bilik gerakan Pemuda serta berkampung di sana sehingga hari ini," katanya.
SH

No comments:

Post a Comment