ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DITAHAN AKIBAT MENYAMAR POLIS DAN MEROMPAK

Sunday 28 September 2014

DITAHAN AKIBAT MENYAMAR POLIS DAN MEROMPAK


Kuala Lumpur – Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai anggota polis dan merompak sebuah kedai runcit akhirnya memakan diri, selepas ditahan polis di Bandar Baru Sentul, malam semalam.

Suspek berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam, selepas dua jam merompak sebuah kedai runcit di Kampung Chubadak Jaya di Jalan Sentul Pasar.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner R. Munusamy, berkata suspek dipercayai mengarahkan pemilik kedai yang berusia 22 tahun untuk menyerahkan wang tunai RM2,000.

Jika dia tidak berbuat demikian, suspek akan menahan seorang daripada pekerja kedai itu.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira ketika melakukan rompakan itu, menunjukkan kad kuasa apabila diminta pemilik, tetapi dia tidak membenarkan butiran peribadinya dilihat.

Katanya, apabila pemilik kedai enggan menyerahkan wang itu, suspek bertindak mengambil tiga kotak rokok dan memaklumkan dia akan kembali untuk mengambil wang yang dimintanya.

“Hasil maklumat yang diperolehi, kita berjaya menahan suspek dan merampas kad RELA serta sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam.

“Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana peras ugut, dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.

No comments:

Post a Comment