ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 2018

Sunday 8 April 2018

MANIFESTO BN 2018 TERBAIK DALAM SEJARAH


Manifesto BN bagi PRU14 yang menggariskan 364 inisiatif dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi adalah yang terbaik dalam sejarah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, manifesto setebal 220 muka surat itu adalah satu dokumen komprehensif kerana menjanjikan inisiatif-inisiatif untuk dilaksanakan termasuk memberi perhatian kepada permintaan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Malam tadi, saya turut berada di Stadium (Axiata Arena), Bukit Jalil mendengar pengumuman  pengerusi BN memperkenalkan Manifesto BN dalam menghadapi PRU 2018.

Reaksi segera saya setelah mendengar ucapan tersebut ialah agendanya realistik, manifestonya terbaik, komprehensif dan praktikal untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan di blog  sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Salleh yang juga Bendahari Umno menyifatkan tepukan dan sorakan anggota parti di Axiata Arena  malam tadi adalah sorakan keyakinan rakyat kepada manifesto BN kerana BN terbukti telah mampu menunaikan  99.4 peratus janjinya dalam PRU 2013 yang lalu.

Beliau turut teruja dengan cara Najib selaku pengerusi parti membentangkan manifesto BN berbanding dengan cara sebelumnya iaitu membentangkannya dengan mengangkat keperluan setiap negeri secara adil dan menyeluruh.
Dalam manifesto bertajuk 'Bersama BN Hebatkan Negaraku', antara lain BN menjanjikan komitmen berikut: memberi tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan sasar, menurunkan had kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit, mengurangkan kos langganan jalur lebar 50 peratus dan menggandakan kelajuan.

Manifesto itu juga turut mengangkat peningkatan bantuan RM500 untuk bayi baru lahir di bawah program ADAM50, tujuh hari cuti tahunan bagi golongan ibu untuk menjaga anak-anak yang sakit, memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis, memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 berdasarkan konsensus, menghapuskan harga berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak, dan memperkasa komuniti Dayak dan Kadazandusun.

“Setelah menelitinya, saya menilai manifesto BN adalah terbaik dan berjaya menenggelamkan manifesto PH (Pakatan Harapan).

Dengan manifesto sebaik ini, maka ini membuktikan BN adalah parti yang menitikberatkan kepentingan rakyat bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik,” kata Salleh.

Manifesto PRU14 menawarkan 14 teras iaitu Utama Ibu dan Wanita; Kediaman 1Negaraku; Tiga Juta Kerja; Senyum Sabah dan Sarawak; Pengangkutan Futuristik; Perkasa Digital; Barangan Malaysia; BR1M Lebih Baharu; Dompet Rakyat; Pendidikan Sesuai Masa Depan; Hidup Sihat; Aman 1Negaraku; TN50 dan Penjagaan Kanak-Kanak Universal. 
Bernama

Friday 16 February 2018

KASIHAN ANWAR IBRAHIM : PERLU TUNGGU TAHUN 2020 UNTUK JADI PM KE 8

1. Simpati melihat nasib Dato' Seri Anwar Ibrahim dan sekalian penyokongnya. Mereka tidak sedar sedang ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr Mahathir, musuh ketatnya dulu yang kini sudah bertukar menjadi bos no 1 Pakatan Harapan. 

2. Pihak Jabatan Penjara Malaysia mengumumkan tarikh Anwar dijangka dibebaskan ialah pada 08 Jun 2018.
Pakatan Harapan pula sebelum ini berjanji untuk berusaha mendapatkan pengampunan Diraja agar Anwar dapat menjadi calon PM ke 8. 

Pada penghujung Konvensyen PH, mereka mengumumkan Muafakat Pakatan Harapan yang antaranya menyebut;

"Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8;"

3. Hari ini, Tun M berkata 2 tahun cukup untuk beliau “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Oh, baru saya faham maksud 'segera' dalam Muafakat PH itu ialah 2 tahun rupanya. 

Impian PKR untuk melihat pemimpin sanjungan mereka, Anwar Ibrahim bergelar PM kelihatan masih jauh panggang dari api.

Mereka perlu sabar menunggu sehingga tahun 2020 kerana Tun M mahu menjadi PM selama 2 tahun lagi. 
Silap gaya impian Anwar sebagai PM ke 8 itu akan berkecai dan hanya akan tinggal kenangan kerana tidaklah mustahil bagi pemain politik licik seperti Tun M ini melantik anak kesayangannya si Mukhriz sebagai penggantinya di takhta.

Tuesday 13 February 2018

PRU 14 : PERTEMBUNGAN TIGA KUASA PAKATAN


Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini menjadi satu pilihan raya istimewa apabila berlaku pertembungan antara tiga kuasa pakatan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tempoh PRU14 yang ditunggu-tunggukan itu semakin dekat.

Justeru, katanya PRU14 kali ini menjadi istimewa apabila akan berlaku pertembungan besar antara tiga buah pakatan parti yang besar.

Beliau menegaskan PAS sendiri berada dalam satu pakatan Gagasan Sejahtera yang terdiri dari Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

"Kita sekarang sudah dekat dengan PRU14. Apa yang istimewanya dalam PRU akan datang ialah satu pertembungan besar di antara tiga buah pakatan atau kumpulan parti yang besar, yang akan bertarung pada pilihan raya akan datang.

"Kita, PAS berada dalam satu pakatan iaitu Gagasan Sejahtera yang adanya parti Ikatan dan Berjasa.

"Kita (PAS) akan berhadapan dengan dua musuh politik. Kita bukan sahaja berlawan dengan Barisan Nasional (BN). Bahkan, kita juga berlawan dengan Pakatan Harapan (PH).

"Cuma dua ini berbeza kerana satunya adalah parti pemerintah (BN) dan satu lagi parti pembangkang (PH) yang turut bersaing dengan kita dari Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh PAS untuk mara ke Putrajaya," Insya-Allah, jelasnya.

Thursday 1 February 2018

WAKTU AFDAL ZIARAH KUBUR

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka. 

SATU KALI ANDA SEBAR MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Tajuk : Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ustaz Norazan.

Monday 29 January 2018

FAKTA - EAST COAST RAIL LINK (ECRL)

2 track keretapi sepanjang 688 km , 2 fasa :
1- Sepanjang 600.3 km - Dari Gombak ke Tumpat. Kos Rm46b
2- Sepanjang 88 km- Dari Gombak ke Port Klang. Kos Rm9b
Kos keseluruhan untuk 688.3 km ialah Rm55b 

Pemilik ECRL ini ialah 100% Kementerian Kewangan dan 85% di biayai dengan pinjaman mudah dari Negeri China.

Di jadualkan siap pada tahun 2024 dan pembayaran habis loan di jangka dalam masa 8 tahun iaitu tahun 2034 ( walau pun pinjaman selama 20 tahun )
Cadangan tambang dari Gombak ke Tumpat ialah Rm120 di mana Kerajaan subsidi lebih 50% .

Bagi membolehkan pembayaran balik dalam masa 8 tahun , 80% daripada pengangkutan ini membawa kargo dari pantai Timur terutama dari Industri-Industri di Kuantan dan Pekan .

Manafaat untuk penduduk Negeri Selangor, Kuala Lumpur , Pahang, Trengganu dan Kelantan.

Perjalanan dari Gombak ke Tumpat memakan masa 10 jam mengambil masa cuma 4 jam !

Jika di bandingkan dgn Terowong dasar laut Pulau Pinang kos purata per kilometer ialah Rm79.9 juta.

Kos Terowong Pulau Pinang Sepanjang 7.2 kilometer ialah Rm6.3 b bermakna per satu kilometer ialah Rm875 juta - kos yang gila ? Sebab itulah 40 tahun pun tak boleh ambil balik kos - satu projek penipuan DAP!

PERDANA MENTERI 2 KALI ??? RAKYAT BELUM GILA !!!

Muhyiddin tak setuju Mahathir jadi Perdana Menteri bukanlah perkara baru dalam penubuhan parti bunga ini, sebetulnya ianya telah beberapa kali dinyatakan didalam perjumpaan sesama mereka didalam kumpulan tersebut sebelum berhasrad mahu menubuhkan parti berkenaan.
Kemudiannya ia menjadi semakin hangat bila mana Mahathir dengan jelas menunjukkan sifat ketamakkannya walaupun berlakun malu-malu kuching mahu dilantik atau dipilih sebagai Perdana Menteri pakatan pembangkang sama ada dengan persetujuan Muhyiddin atau pun tidak.
Sementara Muhyiddin pula tidak sedar bahawa sejak beliau masih didalam parti UMNO yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri telah dimaklumkan bahawa beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan perkara ini dimaklumkan pada setiap kali perjumpaan ketika plan rancangan mahu menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak.
Alasan yang sering diberikan oleh Mahathir pada setiap pertemuan adalah Muhyiddin tidak mahu menjadi Perdana Menteri, ini yang dimaklumkan dengan tujuan mereka yang sedang bergolak dan bermasalah dengan UMNO tidak lagi memberi fokus kepada Muhyiddin dan mula memikirkan orang lain untuk di angkat menjadi Perdana Menteri, yang pada perkiraan Mahathir sudah pasti mereka akan memilih calon yang paling hampir dengan dirinya ia itu Muhkriz.
Tup-tup Muhyiddin yang sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri telah menyusun rancangan dan berharap dengan keluarnya dari UMNO dan kemudiannya menubuhkan parti baharu maka besar harapannya untuk di pilih menjadi Perdana Menteri tanpa menyedari plan rancangan Mahathir.
Dengan bantuan dari Mahathir yang mempunyai pengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tanpa menyedari sebarang muslihat telah bersetuju untuk menjadi Presiden parti baharu dan Mahathir dilantik menjadi Pengerusi dengan tujuan akan bertindak sebagai penasihat parti.
Memang persetujuan Mahathir untuk menyertai Muhyiddin sebagai pengerusi atau penasihat parti sangat menyenangkan Muhyiddin yang tidak menyangka bahawa apa yang akan berlaku adalah diluar perancangan asal penubuhan parti bunga yang mana dilihat kini Mahathir telah bertindak lebih sudu dari kuah.
Namun tindakan kepimpinan pakatan pembangkang sebaik sahaja parti bunga menyertai kumpulan pembangkang telah mengejutkan Muhyiddin dari mimpinya untuk menjadi Perdana Menteri, setelah dipersetujui bahawa Mahathir adalah yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menjadi kerajaan.
Yang paling mengejutkan Muhyiddin ialah bila mana musuh paling ketat suatu ketika dahulu terhadap Mahathir yang begitu beria mahukan Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri, satu kerja gila yang orang gila pun belum tentu mahu melakukannya.
Setelah berjuang sebegitu lama mahu menjatuhkan Mahathir malah sahingga sanggup disumbatkan kedalam ISA sebagai tahanan tanpa bicara atau tahanan politik, tiba-tiba sangup menelapak dan sujud mencium kaki Mahathir dan mahukan Mahathir menjadi Perdana Menteri semula, apa punya gila yang ada dalam pembangkang ini pun kita tidak tahu.
Namun Mahathir tetap Mahathir nasfu serakahnya tidak dapat dibendung, nafsu yang terbentuk dari pelbagai rancangan yang terbengkalai, walaupun di tentang oleh sebahagian pemimpin dari PKR malah dari kepimpinan parti bunga sendiri namun dengan sokongan parti resis DAP, maka Mahathir tidak melihat pemilihan dirinya sebagai Perdana Menteri pembangkang bukan sebagai sesuatu perkara yang pelik atau ajaib.
Penyokong pakatan pembangkang termasuk parti Muhyiddin agak berang dengan tindakkan Mahathir yang dikatakan masih syok sendiri untuk menjadi Perdana Menteri, Mahathir kini telah menguasai parti bunga dan berjaya mengenepikan Muhyiddin.
Mahathir telah berjaya ‘hijack’ atau menguasai pakatan pembangkang dan sekali gus bakal menghalang cita-cita Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri dan telah memberi harapan kepada Muhkriz untuk mencuba nasib dalam pertarungan menjadi Perdana Menteri.
Walaubagaimana pun Muhkriz harus berdepan dengan Anwar Ibrahim, Nurul Ezzah, Guan Eng selain Muhyiddin yang juga mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, mereka yang terlebih dahulu telah perperang bereformasi dengan tujuan menjatuhkan Mahathir yang dahulu mereka gelarkan sebagai Mahafiraun dan Mahazalim, kini bakal mereka sanjung semula sebagai Perdana Menteri.
Namun percayalah bahawa Muhyiddin dalam diam tidak bersetuju Mahathir menjadi calon Perdana Menteri, tidak pernah ada idea untuk melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin tidak mahu Mahathir berada didalam dan menguasai parti kerana dengan adanya Mahathir didalam parti akan menjadi penghalang kepada idea-idea dan cita-cita Muhyiddin.
Pemilihan Mahathir adalah perkara yang tidak akan dilakukan oleh mereka yang siuman, selain dari mereka yang mempunyai nasfu serakah gila.

Sunday 28 January 2018

MCA: DAP DAN PKR MENGUNDANG KEMBALINYA MAHATHIRISME?


KALAU dahulunya pergerakan reformasi Anwar Ibrahim dan ‘Malaysian Malaysia’ pemimpin DAP Lim Kit Siang beria-ia mahu menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri atas sebab Mahathir memerintah dengan kuku besi. 

Beliau disabit mangamalkan kronisme, ketagih projek-projek mega raksasa, mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa yang membebankan rakyat dan negara. 

Kini reformasi sudah tidak bermaya berhadapan dengan Mahathir dalam Pakatan Harapan mereka dan api perjuangan yang berkobar-kobar dahulunya telah menjadi reforMATI. 

Bagi puak Kit Siang pula, DAPist tidak lagi melaung-laungkan prinsip perjuangan mereka untuk sebuah negara demokrasi sosialis berdasarkan prinsip sama-rata, hak asasi dan keadilan sosial atas landasan ‘Malaysian Malaysia’. 

Peliknya kedua-dua puak ini telah memprovokasi rakyat semua lapisan untuk berjuang sehingga sanggup menggadai nyawa, sumber dan tenaga untuk menjatuhkan pemerintahan Mahathir yang kononnya merupakan perdana menteri yang paling kejam, paling kuat rasuah dan akan memufliskan negara dengan penyalahgunaan kuasa mutlaknya. 

Bagi Anwar dan reformasi, golongan dan lapisan pemuda idealistik yang inginkan perubahan menjadi sasaran mereka. 

Ramai yang mendapat pendidikan agama, yang berdakwah dan percaya pada nilai-nilai murni dan dahagakan nilai-nilai suci tidak sanggup melihat negara ini terus dibelenggukan dengan pemerintahan Mahathirisme yang telah disamakan dengan segala kekejaman, kezaliman dan ketidakadilan semasa. 

Puak Lim Kit Siang dan DAP pula mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan rasmi agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. 

MCA dipersalahkan, dipersendakan dan dihina sebagai parti yang berdosa pada orang Cina dan etnik-etnik lain kerana menggadaikan hak mereka dan bersetuju dengan keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah/Sarawak. 

Selama beberapa dekad sejak kemerdekaan dan khususnya semasa pemerintahan Mahathir, DAP telah membelasah MCA yang dituduh mengorbankan hak kesamarataan yang DAP perjuangkan. 

Mahathir dilakar sebagai seorang diktator yang tidak demokratik dan MCA dituduh sebagai parti pencacai yang ingin menjawat kedudukan Menteri sehingga sanggup mengenepikan haksamarata orang Cina dan kaum lain dengan orang Melayu. 

DAP telah terus relevan sebagai parti politik yang menjadi parasit ke atas sentimen perkauman (khususnya masyarakat Cina) dengan menjadikan kawasan majoriti Cina sebagai sasaran kubu politik mereka. 

Sentimen perkauman dan chauvinisme mereka begitu tebal sekali sehinggakan DAP boleh meletakkan siapa-siapa sebagai calon mereka tanpa profil atau sumbangan politik dan DAP akan tetap menang dengan senang sekali di kawasan ini. 

Itulah kekebalan DAP di kawasan majoriti Cina kerana eksploitasi emosi perkauman kelampauan. 

Hari ini segala-galanya menjadi nyata dan hati sebenar pemimpin-pemimpin ini terbongkar. Rupa-rupanya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim cuma bermain politik dan mempermainkan penyokong-penyokong mereka semata-mata. 

Segala prinsip perjuangan mereka adalah satu helah penipuan politik sahaja. Prinsip-prinsip laungan mereka adalah semata-mata untuk menggerakkan naluri, imaginasi dan emosi penyokong mereka yang telah menjadi boneka politik yang boleh dikorbankan. 

Kepercayaan dan harapan mereka pada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dihampakan apabila mereka berpakat untuk mengembalikan Mahathir untuk menjawat kedudukan perdana menteri semula sekiranya Pakatan menang dalam pilihan umum ini. 

Jari kuku besi Mahathirisme telah menular dan mencakar dengan mainan, “manoeuvre” atau manipulasi politik dalam parti PPBM dan seterusnya Mahathirisme sekali lagi bermaharajalela semula tetapi kali ini tidaklah dalam Umno tetapi dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana penyokong-penyokong DAP dan PKR ditelan bulat-bulatnya. 

Bermula dengan penubuhan parti PPBM , dimana penyokong-penyokong Muhyiddin Yassin beranggapan bahawa Presiden PPBM adalah “top dog” mereka terkejut apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi PPBM telah meminggirkan Presiden parti. 

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PPBM Kamarulazman Habibur Rahman telah mengatakan Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan “pawn” yang boleh dikorbankan dalam percaturan politik Mahathir. 

Setelah itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka pada Muhyiddin dan tidak boleh menerima kembalinya Mahathirisme telah meninggalkan parti. 

Kembali kita kepada maruah PKR dan DAP yang berkecai apabila mereka tanpa segan-silu telah memeluk kembali Mahathirisme dengan menjadikan Mahathir calon perdana menteri mereka. 

Inilah prinsip perjuangan pemimpin reformasi dan ‘Malaysian Malaysia’ rupa-rupanya! Maka kita tidak kedengaran laungan reformasi dan Malaysian Malaysia akhir-akhir ini. 

Bagi penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang telah ditipu selama berdekad, biarlah saya mengubati hati mereka dengan peribahasa Cina ini: 

Lù yáo zhī mǎ lì,rì jiǔ jiàn rén xīn (路遥知马力,日久见人心 ), yang bermaksud jarak perjalanan akan menentukan kekuatan seekor kuda, manakala masa pula akan membongkar keikhlasan seseorang pemimpin kita. 

Oleh: Ti Lian Ker
Ti Lian Ker merupakan pemerhati politik dan ahli Jawatankuasa Pusat MCA

SAKIT

Suatu hari Rasulullah  SAW didatangi oleh seorang bapa dan anak gadisnya.

Si bapa meminta Rasulullah SAW utk menikahi anak gadisnya kerana anak gadisnya tidak pernah sakit sejak kecil lagi.

Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda diberitahu oleh malaikat Jibril utk menolaknya kerana tidak ada kebaikan dlm diri anak gadis itu.

Sungguh besar hikmah yg tersirat di sebalik sakit. Ia membawa banyak kebaikan. Bahkan kebanyakan ulama mengatakan orang yg sedang sakit sedang dicintai oleh Allah.

Pertama, sakit itu zikrullah. Orang yg sedang sakit kebiasaannya akan selalu mengingati Allah dibandingkan semasa sihatnya.

Kedua, sakit itu istighfar. Orang yg sedang sakit akan teringat segala dosa yg pernah dilakukannya, sehingga lisannya akan terbimbing utk selalu beristighfar dan memohon keampunan drp Allah.

Ketiga, sakit itu tauhid. Bukankah ketika sedang rasa teramat sakit, akan bergema dua kalimah syahadah?

Keempat, sakit itu muhasabah. Orang yg sedang sakit mempunyai banyak masa utk merenung diri, menghitung apakah amalan telah cukup dikumpulkan utk kembali menghadap Ilahi.

Kelima, sakit itu jihad. Orang yg sedang sakit diwajibkan terus berusaha dan berikhtiar utk sembuh drp penyakitnya.

Keenam, sakit itu ilmu. Ketika sakit, kita akan berusaha mencari penawar utk merawat penyakit.

Ketujuh, sakit itu nasihat. Orang yg sakit mengingatkan yg sihat supaya sentiasa menjaga kesihatan. Yg sihat menghiburkan yg sakit supaya banyak bersabar. Allah mengasihi dan mencintai kedua-duanya.

Kelapan, sakit itu silaturrahim. Ketika sakit, keluarga yg jarang bertemu akhirnya datang menziarahi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

Kesembilan, sakit itu menggugurkan dosa. Orang yg sedang sakit, sesungguhnya dia sedang diuji. Ujian itu menggugurkan dosa.

Kesepuluh, sakit itu memustajabkan doa. Sesungguhnya doa orang yg sedang sakit mudah dimakbulkan Allah. Maka saat kita menziarahi orang sakit, di samping kita mendoakannya maka mintalah doa drpnya. Imam As-Suyuthi  selalu mengelilingi kota mencari orang yg sakit lalu beliau minta didoakan.

Kesebelas, sakit itu salah satu keadaan yg menyusahkan syaitan. Orang yg sedang sakit semestinya tidak mampu dan tidak mahu utk melakukan maksiat.

Kedua belas, sakit itu membuatkan sedikit ketawa dan banyak menangis. Perbuatan yg disukai oleh para Nabi dan makhluk di langit.

Ketiga belas, sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk dan sujud lebih khusyuk, tasbih dan istighfar lebih kerap, doa dan munajat lebih lama.

Keempat belas, sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi santun, lembut dan tawaduk.

Kelima belas, dan akhirnya sakit menyebabkan kita selalu ingat pada kematian.

Saturday 27 January 2018

KURANG AJAR, PEMIMPIN HIMPUNAN BERSIH TUDUH AL-QURAN KITAB CETAK ROMPAK

Clement Chin, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.
Tuduhan tidak bertanggungjawab itu merupakan antara sebahagian daripada kenyataan beliau yang mengandungi sentimen-sentimen negatif terhadap Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, facebook. Clement Chin berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru.”
Beliau yang pernah terlibat dalam aktiviti untuk mengedarkan kitab-kitab Bible dalam laci hotel-hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan ini juga menuduh kitab suci umat Islam tersebut telah diubah berkali-kali dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal.
Dakwa Clement Chin, “Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran?”
“Al-Quran telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikannya “bermelodi” dan mudah untuk dihafal.”
Meskipun Clement Chin sendiri telah berulang kali memperjuangkan hak penganut Kristian di Malaysia untuk bebas seperti umat Islam untuk menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka, beliau menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan — yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Mekah.
Tegas beliau, “Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu” dan dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”
“Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Mekah dimana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar.”
Clement Chin yang pernah mengumumkan bahawa Himpunan Hijau adalah sebagai sebahagian daripada BERSIH itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.
eliau berkata, “Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi “lebih tinggi”. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh “bulan”? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.”
“Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, “O Hubal, meninggilah”.”
Aktivis Kristian ini juga menuduh negara-negara Islam sebagai bermasalah kerana tidak memberi hak untuk mengkritik agama Islam, kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.
Clement Chin mendakwa, “Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara Muslim hari ini adalah kegagalan untuk menguruskan hak asasi manusia, kerana Islam tidak mengiktiraf hak sama rata bagi kaum wanita, minoriti dan hak untuk kebebasan beragama, atau hak untuk mengkritik Islam, Quran, atau Muhammad.”
“Di mana Islam berkuasa, hak asasi manusia akan disekat atas nama ideologi agama.”
Malaysian Access

DAP LABEL MAHATHIR MURTAD, DIKTATOR DAN MAHA FIRAUN !!!


TERKEJUT saya bila membaca tulisan editor akhbar rasmi DAP, Roketkini, Izmil Amri Ismail, bertajuk “Mahu Menang Bersama Dr Mahathir, Atau Tewas Di Tangan Najib?” pada 19 Januari 2018 yang menyebut “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” dan mengibaratkan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan seperti “Pope masuk Islam” kerana kedua-dua pernyataan ini, iaitu 'murtad' dan 'Pope masuk Islam', seringkali dikaitkan dengan konotasi keagamaan. 

Menyebut “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” dan mengibaratkan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan seperti “Pope masuk Islam” adalah satu perbuatan yang sangat tidak sensitif oleh akhbar rasmi DAP ini.
Begitu juga dengan rumusan Izmil Amri di dalam tulisannya itu yang berbunyi: “Maka pilihannya mudah sahaja. Tidak ada lain, kita mesti menang. Rakyat mesti menang. Dan kalau kemenangan itu diusung mantan diktator tua, si mahafiraun yang kita benci; apakah kita akan menangguhkan kemenangan sekali lagi, dan membiarkan rejim terus ketawa untuk seribu tahun lagi?”
Bila akhbar rasmi DAP sendiri menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai 'mantan diktator tua' dan 'si mahafiraun yang kita benci' maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr Mahathir di mata DAP dan betapa DAP sebenarnya hanya mahu mempergunakan Tun Dr Mahathir sebagai alat yang terpaksa digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sahaja.
Dengan penghinaan sebegini teruk yang ditunjukkan oleh DAP terhadap Tun Dr Mahathir ini, tidak sukar untuk diagak ke mana Tun Dr Mahathir akan dilemparkan nanti setelah DAP mencapai hajat yang ia mahukan dari beliau. 
HARAKAHDAILY 21/1/2018

Friday 26 January 2018

KENYATAAN MUFTI PERLIS USTAZ ASRI ZAINAL ABIDIN DITUJUKAN PADA HADI AWANG DAN KUNCU-KUNCUNYA.

Apakah Yang Mengelirukan?

Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. Dunia Islam hari ini dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad. Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati. Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga.

Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru. Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump. Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal.

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik. Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu? Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.

Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama. Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!
Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.
Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!
Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

TUN MAHATHIR : - BERSATU VS BERPECAH !!!

Akhir-akhir ini banyak sekali admin membaca tulisan-tulisan dari sebelah Pakatan Harapan yang banyak mengagung-agungkan Mahathir kononnya disebabkan Mahathir lah pembangkang bersatu dan berada didalam satu saf yang kononnya bersungguh-sungguh melawan Umno/Bn. Tapi sebaliknya bait-bait perpecahan akar umbi semakin kian membarah didalam Pakatan Harapan

Terbaru disebabkan kecewa dengan PKR yang terlebih mengagung-agungkan Mahathir, lebih 200 ahli PKR keluar parti.


Bijak Mahathir satukan pembangkang dan pecahkan pembangkang dari dalam.

Bekas penolong ketua Cabang PKR Jelutong, yang menyertai PKR sejak PRU 2008 berkata ‘Reformasi’ telah menyimpang dari laluan awalnya, selepas parti Keadilan mula bekerjasama dengan Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mengulas lanjut, Boon Miin berkata mereka yang memutuskan untuk meninggalkan parti juga kecewa dengan perbalahan dalaman Pakatan Harapan, dengan jelas menunjukkan tanda-tanda keretakan dan kurangnya persefahaman antara satu sama lain.
#retak menanti belah

Thursday 25 January 2018

PERBAIKI HATI, MUHASABAHI DIRI

Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..kenapa bayar lebih?? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...Hotel?? Trivago..

Bagaimana pula dengan ini ?

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa.Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur?  Taubat nasuha.

Jom bersihkan hati.. hati bersih hidup bahagia..

1. Jangan cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata itulah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama-sama kita Muhasabahi diri..