ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MASUKKAN "ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI" DALAM AKTA HASUTAN !!!

Monday 29 September 2014

MASUKKAN "ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI" DALAM AKTA HASUTAN !!!


Masukkan 'Islam sebagai agama rasmi' dalam Akta Hasutan - Tun HamidKUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mencadangkan supaya Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berkenaan agama Islam sebagai rasmi Malaysia, dimasukkan dalam Akta Hasutan 1948.

"Cadangan saya ialah bahawa perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yakni mengenai agama Islam sebagai agama rasmi dimasukkan dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan.

"Tujuannya ialah supaya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi tidak boleh dipersoalkan... itu pindaan yang saya cadangkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Gabungan NGO Melayu-Islam Penggerak Perpaduan Nasional pada Ahad.

Perkara 3(1) menyatakan bahawa 'Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.'

Jelas Tun Abdul Hamid, perkara lain seperti Perkara 181, Perkara 152 dan Perkara 153, yang antara menjanjikan kedaulatan insitusi DiRaja, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, serta hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, dimasukkan dalam Akta Hasutan bagi memelihara kedudukannya namun tidak pula bagi agama Islam.

"Supaya orang tak boleh persoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi... sebab perkara-perkara 153 yang menjamin hak istimewa orang Melayu, dan pribumi Sabah Sarawak, tetapi agama Islam agama rasmi tidak tahu apa sebab, tidak dimasukkan," soalnya.

Beliau memberitahu, cadangan itu turut dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama gabungan 80 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam.

Dalam pada itu, Tun Abdul Hamid turut mencadangkan supaya larangan mengkiritik kerajaan seperti yang terkandung dalam Akta Hasutan dikeluarkan.

"Dalam keadaan sekarang ini kalau ikut Akta Hasutan, kritik kerajaan pun satu kesalahan, tetapi kalau kita hendak laksanakan peruntukan itu dengan ketat bagaimana mana hendak kempen pilihan raya?

"Kalau nak kempen, kena lah kritik. Sebab itu lah walaupun orang cakap macam-macam termasuk yang patut dan tidak patut, kerajaan tidak pernah ambil tindakan terhadap sesiapa yang mengkritik kerajaan," katanya.

Ujarnya, jika kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mengkritiknya, klausa tersebut tidak perlu lagi disimpan.

Sebaliknya, tambah beliau penghapuskan klausa itu juga selaras dengan amalan demokrasi serta ketelusan kerajaan di samping menaikkan populariti mereka.

No comments:

Post a Comment