ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASMA PERLU DAFTAR PERTUBUHAN POLITIK

Thursday 11 September 2014

PASMA PERLU DAFTAR PERTUBUHAN POLITIK


PUTRAJAYA - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) perlu membuat permohonan pendaftaran baharu sebagai pertubuhan politik sebelum ia boleh bergerak secara sah dalam bidang itu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Mohammad Razin Abdullah, langkah itu adalah selaras dengan Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata, persatuan itu telah berdaftar dengan JPPM di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) pada 11 Ogos 2014.

"Namun sekiranya ia berhasrat, mempunyai niat atau untuk menyertai dalam aktiviti politik atau mahu mencapai apa-apa matlamat untuk melibatkan penyertaannya atau calonnya dalam pemilihan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan, pertubuhan itu hendaklah membuat permohonan pendaftaran baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun jelas beliau, sehingga kini JPPM tidak menerima apa-apa permohonan pendaftaran baharu daripada pertubuhan tersebut untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah.

Persatuan itu sebaliknya hanya didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat menjalankan aktiviti dan program kebajikan kemasyarakatan serta kerja-kerja amal dan bukannya sebagai sebuah pertubuhan politik, katanya.

Mohammad Razin menjelaskan laporan akhbar hari ini bahawa persatuan berkenaan disebut-sebut bakal membentuk 'Pas Baharu' dan akan melancarkan badan perhubungan negeri yang pertama di Pahang. - Bernama

PasMA Masih NGO, Phahrolrazi Bukan Presiden


PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966.

"Namun sekiranya PasMa berhasrat dan mempunyai niat serta tujuan untuk menyertai aktiviti politik pertubuhan tersebut hendaklah membuat permohonan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah sebelum ia boleh bergerak secara sah di dalam negara," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini PasMa disebut-sebut akan menjadi sebuah parti politik baharu yang bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Pada Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bagaimanapun menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Pangkalan Kundor tiada dalam senarai seperti yang didaftarkan.

Sebalinya menerusi kenyataan ROS, PasMa diketuai oleh seorang pengerusi iaitu Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar.

Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai bendahari. - mstar


No comments:

Post a Comment