ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: December 2014

Wednesday 31 December 2014

HARGA BARU PETROL BERMULA 1 JANUARI 2015

Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.

Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97.

Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Pada 21 November lalu, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010.

Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak tahun 1983, iaitu kerajaan menetapkan harga runcit pada suatu paras tertentu dengan sebarang perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

HELIKOPTER @PDRMsia TERLIBAT KEMALANGAN DI TANAH MERAH, KELANTAN


Sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
Helikopter itu melakukan pendaratan cemas di kawasan terbabit. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya mengesahkan insiden itu dan berkata, dua juruterbang dan dua kru selamat.
Katanya, keempat-empat mereka terdiri daripada tiga anggota polis dan seorang awam.
"Saya mengesahkan kesemua mereka selamat," katanya
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan.

[8:35PM, 31/12/2014]  - FAKTA KEJADIAN

PADA 31/12/14  JAM 1830 BERTEMPAT DI KG. RAMBAI LAMA, GOMBEK, ULU KUSIAL, TANAH MERAH....SEBUAH HELIKOPTER PDRM YG. NAIKI OLEH 4 ORANG(3L/1P) (MELAKUKAN PENDARATAN CEMAS(.) MANGSA2 DIBAWA KELUAR OLEH KENDERAAN HI LUX ORANG AWAM(.) KINI  KEEMPAT2 MANGSA  DIRAWAT DI HOSPITAL TANAH MERAH(.)  MAKLUMAT LANJUT BELUM DIPEROLEHI(.)

JENIS INSIDEN : Helikopter Terhempas.
TARIKH/MASA PANGGILAN : 31/12/2014 Jam 1842.
LOKASI : Kawasan Perumahan Kursial, Tanah Merah, Kelantan.
MANGSA : 4 Orang Mangsa cedera.
BALAI TERLIBAT : BBP Tanah Merah.
PEGAWAI OPERASI : PBK II Saga.
CATATAN : Kejadian melibatkan sebuah helikopter PDRM terhempas di kawasan perumahan dan menyebabkan 3 orang pegawai PDRM dan seorang awam cedera. Kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Sekian Terima Kasih,
Pegawai Bertugas PPO.

KECOH AIR EMPANGAN TEMBAT TASIK KENYIR DI KAITKAN DENGAN BANJIRDIKELANTAN?



Dakwaan mengatakan Empangan baru (Second Hyroelectronic Dam) di Tembat Tasik Kenyir adalah punca sebenar banjir besar yang berlaku di Kelantan.

INI ADALAH TIDAK BENAR kerana dua empangan (puah & tembat) masih lagi dalam pembinaan masih belum mencapai tahap bekalan penuh.

Menurut Pegawai Operasi TNB Jenagor Kenyir semua air takungan (discharge penjanaan) & air limpahan (jika melebihi paras bekalan penuh) di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir.

Dari Tasik Kenyir hanya satu empangan sahaja yang akan mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir Jenagor Terus Sungai Terengganu dan laut.

Ini tiada kena mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang di kaitkan dengan Air limpahan Tembat Kenyir.

Kenapa banjir yang berlaku tidak dikaitkan dengan kemusnahan hutan di Lojing, Menyebabkan kawasan takungan air di kawasan itu tertutup akibat kerakusan projek balak pemimpin-pemimpin PAS Kelantan?

Ingatlah bahawa Kerajaan yg memerintah Kelantan adalah PAS bukannya UMNO. Tak perlu kalian sengaja mengalihkan isu supaya rakyat akan terus membenci BN dengan cerita rekaan dan bohong lagi. Di saat rakyat Kelantan ditimpa musibah mana hilangnya pimpinan utama PKR dan DAP? Ingat pesan Pujangga..."untuk mengenali siapa sahabatmu yg sebenarnya maka lihatlah di mana mereka berada di saat kamu berada dalam kesusahan......". 
Fikir-fikirkanlah!



KELUHAN PENIAGA DI KOTA BHARU : "SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA"

'Sudah jatuh ditimpa tangga'. Itu peribahasa yang menggambarkan situasi yang dihadapi golongan peniaga di sekitar bandar Kota Baharu ketika ini berikutan banjir.
Terdapat kalangan orang ramai yang tidak berperikemanusiaan mengambil peluang memecah masuk beberapa premis perniagaan yang dinaiki air dan mengambil barang berharga.
Menurut polis, enam premis perniagaan di daerah ini dipecah masuk sejak banjir melanda negeri ini pertengahan Disember lepas, dan lima individu berumur antara 12 dan 30 tahun ditahan.
Seorang pemilik kedai haiwan peliharaan di Wakaf Che Yeh, Mohd Fadzil Mat Sulung, 57, berkata memang perkara yang menyedihkan pada banjir kali ini apabila ada yang sanggup memecah masuk kedai dan mencuri.
"Memang tak patut perkara ini berlaku, peniaga dah rugi sebab barang rosak ditambah pula ada barang dicuri.
"Peniaga terpaksa menanggung kerugian berganda kerana ia satu kerugian yang tidak dijangka sedangkan kalau barang kena air boleh lagi dijual dengan harga murah," katanya.
Fadzil berkata akibat banjir kali ini beliau terpaksa menanggung kerugian lebih RM100,000 selepas haiwan dan kelengkapan di kedainya musnah.
"Saya tidak sangka banjir kali ini telah menenggelamkan kedai. Habis semua binatang peliharaan di kedai saya seperti kucing, ikan, burung dan ayam mati," katanya.
Sementara itu, seorang peniaga kedai perkakas rumah, Yong Yok Fan, 58, berkata beliau terpaksa melelong barang yang rosak akibat banjir.
"Saya jual barang yang rosak macam berus cat, bahan pencuci kimia dan lain-lain dengan harga RM2 sehingga RM5.
"Memang tak ada apa yang dapat dilakukan. Saya rugi kira-kira RM10,000 akibat banjir kali ini," katanya.
Tinjauan Bernama di sekitar bandar Kota Baharu mendapati para peniaga mula mengemas premis perniagaan masing-masing selepas air banjir di bandar ini mulai surut.
Selain itu, kelihatan pelbagai agensi berkaitan seperti Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam serta Jabatan Kerja Raya membersihkan jalan yang dipenuhi lumpur dan sampah akibat banjir.

QZ8501 : TIGA MAYAT DITEMUI BERPEGANGAN TANGAN - JURUTERBANG TENTERA

TIGA mayat mangsa QZ8501 yang ditemui dilaporkan saling berpegang tangan ketika terapung di lautan Jawa, dakwa juruterbang yang terlibat dalam pencarian pesawat milik AirAsia Indonesia itu.
Dalam laporan Dalymail Online yang memetik akhbar Kompas memberitahu, Airman Tri Wibowa yang merupakan pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 mendakwa demikian selepas mereka berjaya menemui serpihan pesawat berkenaan pada Selasa.
"Di situ ada tujuh hingga lapan mayat, tiga daripadanya saling berpegang tangan," katanya kepada Kompas.
Sejak pencarian QZ8501 dilakukan selama tiga hari, pihak penyelamat dilapor telah menemui beberapa mayat terapung selain serpihan pesawat.
Berikutan itu juga, kumpulan penyelam dan dan bantuan kapal laut dilaporkan akan memulakan usaha mencari badan pesawat pada Rabu.
Berdasarkan penemuan tumpahan minyak pada Selasa, pakar percaya pesawat berkenaan mungkin musnah ketika terhempas di permukaan laut.
Selain itu, usaha pencarian juga setakat ini berjaya menemui bayangan pesawat QZ8501 di dasar lautan dan baki mayat berkemungkinan masih di dalam pesawat.
Penerbangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia hilang dari radar selepas 42 minit meninggalkan lapangan terbang di Surabaya pada pagi Ahad.
Pesawat A320-200 yang membawa 162 penumpang ke Singapura itu bagaimanapun disahkan terhempas pada Selasa dengan penemuan mayat dan serpihan pesawat.

Tuesday 30 December 2014

IBU, BAYI MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLAND



Seorang wanita hamil dan bayinya berusia setahun mati dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, di sini, awal pagi tadi. -Gambar fail
CAMERON HIGHLANDS:  


Seorang wanita hamil dan anak lelakinya maut manakala suaminya terselamat apabila bukit di belakang rumah yang mereka diami runtuh di Kilometer 46 Jalan Brinchang-Tringkap, Cameron Highlands di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata M. Nitiahwaty, 24, yang sedang hamil lapan bulan serta anaknya R. Rubeniswaran berusia setahun maut akibat tertimbus tanah manakala suaminya V. Raja, 41, patah kaki kiri dalam kejadian pada 5.30 pagi itu.

Wan Zahari berkata mangsa yang tinggal di sebuah rumah di belakang bengkel kereta tidak sempat menyelamatkan diri melalui pintu bengkel berkenaan.

"Raja bekerja di bengkel kereta itu dan mereka mendiami sebuah rumah haram yang hanya diperbuat daripada kayu dan plastik.

"Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi pintu bengkel itu tertutup dan tanah menghempap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata suami mangsa tertimbus sehingga paras dada namun sempat diselamatkan pihak bomba manakala isteri serta anaknya tidak sempat diselamatkan kerana telah tertimbus.

Wan Zahari berkata kesemua mangsa warga tempatan itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata suami mangsa diselamatkan pada 7.15 pagi manakala mayat kanak-kanak itu dikeluarkan kira-kira 8 pagi dan mayat ibunya 30 minit kemudian.

"Ketika menyelamatkan mangsa lelaki itu, beliau berada dalam keadaan lemah kerana separuh badannya telah tertimbus manakala isteri dan anaknya ditemui tertimbus," katanya.

PM @NajibRazak TINJAU KEADAAN SEMASA GUA MUSANG SELEPAS BANJIR


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa tiba di jajahan Gua Musang bagi meninjau kesan yang dialami penduduk setempat ekoran bencana banjir yang melanda baru-baru ini.
Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Baharu dan tiba di Pusat Sivik Gua Musang di sini pada kira-kira 11.45 pagi.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Ab Aziz Yusoff serta beberapa pegawai kanan kerajaan..
Perhentian pertama beliau ialah di kuarters kerajaan di Kampung Baru Hulu, Jalan Kesedar Inn, dengan Najib menghabiskan masa selama 15 minit melihat sendiri keadaan kediaman penduduk setempat dan mendengar rintihan mereka ekoran banjir.
Kemudian, beliau bergerak untuk meninjau keadaan penduduk Kampung Baru Hilir yang majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Cina.
Selepas itu Perdana Menteri berhenti sebentar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang bagi mendengar taklimat daripada pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai bantuan kemanusiaan berupa makanan, tilam, selimut, dan ubat-ubatan dalam dua kontena untuk dihantar kepada mangsa banjir di Kelantan.
Beliau kemudian mengambil beberapa kotak bekalan makanan dari kontena itu untuk disampaikan kepada Tengku Razaleigh sebagai tanda penyampaian bantuan biro bermula secara rasmi.
Kemudian Najib terus bergerak ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, dan kehadiran beliau disambut dengan sorakan 'Hidup PM' oleh ratusan mangsa yang sedang berlindung di situ.
Meluangkan masa sekitar 20 minit di situ, Perdana Menteri sempat bertanya khabar dengan mangsa-mangsa banjir, dan beliau berjanji kebajikan mereka akan tetap terjaga.
Kemudian, Najib bergerak kembali ke Pusat Sivik Gua Musang pada pukul 1.05 tengah hari untuk menaiki helikopter bagi meninjau keadaan semasa di jajahan Kuala Krai.

GST 6% BAGI TRANSAKSI DI MESIN ATM ???

ATM

Pengeluaran wang tunai di mesin ATM TIDAK akan dikenakan GST 6% SEKIRANYA pengeluaran dibuat di bank kad yang dimiliki.

Sebagai contoh, pemegang kad ATM Manybank yang mengeluarkan wang tunai di mesin Maybank, tiada sebarang caj dikenakan mahupun GST 6%.

Melainkan pengeluaran yang dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan MEPS sahaja iaitu kad yang berlainan dengan bank. Contohnya pemegang kad Maybank melakukan transaksi di mesin CIMB. Bagi penggunaan perkhidmatan MEPS, kita dikenakan caj rm1.00 bagi setiap transaksi dan caj rm1.00 inilah yang dikenakan GST 6% (0.06sen) menjadikan jumlah yang dikenakan adalah rm1.06 sen.

Terdapat kekeliruan yang tersebar di aplikasi watsapp, mengatakan GST 6% dikenakan kepada JUMLAH pengeluaran. Maklumat ini TIDAK TEPAT SAMA SAMA SEKALI.

Tidak logik sekiranya GST 6% dikenakan keatas jumlah pengeluaran. RM100 dikenakan GST rm6. RM1000 dikenakan rm60!!! Ini amat tidak masuk akal.

Sekali lagi ditegaskan, HANYA CAJ RM1.00 BAGI SETIAP TRANSAKSI DI MESIN ATM MEPS (kad berlainan dengan mesin bank) SAHAJA DIKENAKAN CAJ GST 6% rm0.06sen menjadikan jumlah caj hanya RM1.06 SAHAJA.
Credit : klxpress

ANGKA TERKINI PENDUDUK TERJEJAS BANJIR DI KELANTAN

Jam12:00 Tgahari 30/12/2014

1. Kota Bharu
Penduduk = 43,558
Keluarga = 10,008
P. Pemindahan = 63

2. Pasir Mas
Penduduk = 23,568
Keluarga = 5,892
P. Pemindahan = 35

3. Tumpat
Penduduk = 26,602
Keluarga = 8,001
P. Pemindahan = 32

4. Tanah Merah
Penduduk = 19,440
Keluarga = 4,319
P. Pemindahan = 24

5. Kuala Krai
Penduduk = 23,500
Keluarga = 5,005
P. Pemindahan = 103

6. Gua Musang
Penduduk = 13,327
Keluarga = 3,932
P. Pemindahan = 24

7. Machang
Penduduk = 8,289
Keluarga = 2,121
P. Pemindahan = 34

8. Pasir Putih
Penduduk = 192
Keluarga = 50
P. Pemindahan = 2

JUMLAH TOTAL
Penduduk = 158,476
Keluarga = 39,328
P. Pemindahan = 317

** Statistik terkini dari Bilik Gerakan Bencana Banjir MKN Negeri Kelantan di Sutera Inn Kota Bharu.

NASIHAT KEPADA MANGSA BANJIR


Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang. 

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu ...

Monday 29 December 2014

9 GAMBAR NGERI : KUALA KRAI SELEPAS BANJIR UMPAMA DILANDA TSUNAMI


Kalau sesiapa membaca akhbar Harian Metro hari ini, maka tertera di muka hadapan menceritakan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur terutama Kelantan umpama tsunami.
Kalau dilihat kepada beberapa keping gambar keadaan ketika banjir di Kuala Krai, Kelantan mulai surut yang kami petik dari Facebook Raja Mahizan Tuan Zahid, ternyata tepat sekali apa yang disampaikan akhbar berkenaan.
Nasib baik, jumlah kehilangan nyawa tidak menyamai bencana tsunami yang melanda rantau ini 10 tahun lalu yang membawa kepada kehilangan ratusan ribu nyawa.
Namun, dari segi kemusnahan harta benda, ada persamaan walaupun bukan 100 peratus.
Kejadian tsunami memang layak dijadikan analogi kerana kejadian itu pun berlaku dalam tarikh yang hampir sama
Melihat kepada gambar-gambar kemusnahan yang ada, maka ia menceritakan satu benda sahaja yakni banjir yang berlaku tahun ini memang luar biasa dan pastinya di luar jangkaan semua pihak.
Mungkin disebabkan itu bantuan agak sukar disampaikan sebelum ini.
Gambar yang diberikan juga dapat menceritakan dengan sendiri apa yang telah dilalui dan sedang dilalui penduduk di kawasan berkenaan.
Masih belum terlambat untuk kita berdoa dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat.
Selanjutnya, lihat gambar-gambar di bawah untuk memahami keadaan di Kuala Krai. – MYNEWSHUB

umpama 14-1
baru 1
umpama 12
umpama 10
umpama 5
baru 2
baru 3

SESI PERSEKOLAHAN 2015 DITANGGUH SEMINGGU

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.
Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
BERNAMA

JUMLAH MANGSA BANJIR DSELURUH NEGARA HAMPIR MENCECAH 200,000 ORANG


Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa sehingga 134,139 orang manakala di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor tidak banyak berubah setakat malam ini dengan jumlah keseluruhan mangsa hampir 200,000 orang.

Selain Kelantan mempunyai 134,139 mangsa, Pahang pula mencatat 31,669 mangsa, Terengganu (24,097), Perak (7,539) dan Johor (332).

Di KELANTAN, mangsa banjir daripada 32,999 keluarga ditempatkan di 308 pusat pemindahan setakat 9 malam ini berbanding 124,966 daripada 30,131 keluarga di sebelah petang.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir  iaitu 42,469 orang, Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,169), Tumpat (30,569), Gua Musang (7,529), Tanah Merah (3,546), Machang (3,097) dan Pasir Putih (192).

Di TERENGGANU, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu jumlah mangsa menurun kepada 24,097 orang malam ini berbanding 24,497 petang tadi.

Keadaan banjir di negeri itu tidak banyak berubah malam ini kecuali daerah Kuala Terengganu yang menunjukkan peningkatan jumlah mangsa kepada 1,450 orang daripada 770 orang petang tadi ekoran cuaca yang tidak baik.

Dungun mencatatkan mangsa hampir sama seperti sebelumnya iaitu 10,969 orang manakala Hulu Terengganu pula 171 orang.

Di PERAK, jumlah mangsa di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian yang terjejas akibat bencana banjir setakat malam ini, menunjukkan penurunan sebanyak 42 orang iaitu 7,539 mangsa daripada 2,001 keluarga berbanding 7,581 mangsa daripada 2,007 keluarga petang tadi.

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 4,026 orang melibatkan 1,095 keluarga berbanding 3,870 mangsa daripada 1,055 keluarga sebelumnya.

Jumlah mangsa di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput menurun kepada 2,566 daripada 649 keluarga berbanding 2,785 melibatkan 701 keluarga sebelumnya.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 31,669 orang yang ditempatkan di 256 pusat pemindahan berbanding 31,601 orang pada pukul 8 pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata setakat ini lapan daerah di seluruh Pahang masih terjejas banjir manakala Temerloh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 6,965 daripada 1,585 keluarga.

"Jerantut (6,781 mangsa/1,566 keluarga), Kuantan(5,860 mangsa/1,585 keluarga), Pekan (4,519 mangsa/1,201 keluarga), Maran (3,729 mangsa/907), Lipis(2,729 mangsa/806 keluarga), Bera (1,061 mangsa/272 keluarga) dan Rompin (25 mangsa/6 keluarga)," katanya.

Di JOHOR, bilangan mangsa di pusat pemindahan menunjukkan penurunan dengan sejumlah 332 orang melibatkan 85 keluarga malam ini berbanding 465 orang melibatkan 117 keluarga, petang tadi, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri itu.

Sunday 28 December 2014

SEBARAN SEGERA !!! NAMA-NAMA PENYEBAR BERITA PALSU "PUSAT PEMINDAHAN BANJIR SK MANEK URAI RUNTUH"


Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.
#dtrinfo
#dtrrangers

#BANJIR : NUKILAN SEORANG IBU YANG KEHILANGAN BAYI DI KUALA KRAI

'Tidurlah sayang'.

Mama tahu kamu sejuk dan penat,
Kerana itu mama peluk kamu erat.

Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan.

Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan.

Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian.
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang.

Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan.

Darurat barangkali terlalu 'keramat' untuk diwartakan,
Walau negeri sudah menjadi kubur tidak bernisan.

Sabarlah sayang,
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan.
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan, dan mengigil sejuknya di bawah rintik hujan.

'Tidurlah' sayang,
Dan selamat jalan.
Tunggu mama di syurga.

(Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya d Bukit Manjor, Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan)

Allah, sayunya baca 😭😭😭

PM @NajibRazak TUNAI SOLAT HAJAT BERSAMA PENDUDUK PENGKALAN CHEPA



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menyertai solat hajat bersama penduduk di kawasan Pengkalan Chepa memohon perlindungan dan keselamatan untuk penduduk yang menghadapi bencana banjir.


Sebelum solat hajat yang diimamkan oleh Osman Mohd Zin, iaitu imam Masjid Assalam, Pengkalan Chepa, para jemàah menunaikan solat maghrib dan bacaan surah Yasin serta solat Isyak. 

Turut sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan bagi meninjau keadaan banjir buruk yang melanda negeri ini.

Selain mendengar taklimat banjir yang melanda Kelantan sejak 16 Dis lalu, Perdana Menteri juga membuat tinjauan udara di kawasan yang dilanda banjir.

Perdana Menteri juga melawat dan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki di sini.

Perdana Menteri berlepas pulang malam tadi.

HUJAN LEBAT 7 HARI MELANDA PANTAI TIMUR


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) meramalkan hujan lebat beserta tiupan angin kencang di beberapa negeri terutama pantai timur dan timur Johor bermula esok sehingga 2 Januari depan.
Berikutan itu, keadaan banjir di beberapa negeri seluruh negara terutama Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka bertambah buruk selepas menerima taburan hujan luar biasa bagi tempoh berkenaan.
Ketua Pengarah JMM Datuk Che Gayah Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan satu nasihat hujan lebat peringkat kuning yang bermula 28 Disember sehingga 2 Januari depan.
“Bagi tempoh itu, taburan hujan di beberapa negeri terutama di pantai timur menerima jumlah hujan luar biasa berbanding kebiasaannya dan ia memburukkan keadaan banjir.
“Negeri lain terjejas dengan keadaan itu termasuk Perlis, Kedah, Perak Utara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Che Gayah menasihatkan semua penduduk yang terjejas akibat banjir bersiap sedia kerana keadaan mungkin tambah kritikal minggu depan.
Katanya, cuaca beransur pulih awal Januari depan selepas melalui fasa hujan lebat yang berlaku pada 2 Januari ini.
“Semua negeri dilanda banjir sudah tepu dan dilimpahi air,” katanya.
hmetro


Saturday 27 December 2014

PM NAJIB TIBA DI KELANTAN PUKUL 1.40 UNTUK TINJAU SENDIRI KEADAAN BANJIR



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan pukul 1.40 tadi bagi meninjau sendiri keadaan banjir di negeri ber­kenaan.
Sejurus tiba, Perdana Menteri diberikan taklimat mengenai bencana banjir daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Kebangsaan, kerajaan nege­ri dan pasukan bertindak tempatan.
Sebaik sahaja selesai mempengerusika mesyuarat tersebut Perdana Menteri dijadualkan untuk bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di negeri berkenaan selain mendapatkan maklumat keadaan banjir dan mangsanya di negeri-negeri lain.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam memberitahu, Najib akan turut mengadakan perbincangan untuk mencari pendekatan baharu bagi membantu mereka yang dipindahkan ke penempatan sementara.
Najib yang dipetik dalam kenya­taan sama berkata, beliau cukup mengambil berat mengenai banjir yang berlaku itu dan amat bersimpati dengan mereka yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang.
“Semasa di luar negara, saya sering berhubung dengan MKN dan Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Kebangsaan dan mereka memberi jaminan kepada saya untuk melakukan segala-galanya dalam usaha membantu mangsa banjir.
‘‘Walau apa pun saya tetap mahu melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku dan saya juga mahu bersama mereka yang terlibat,’’ katanya.
Sementara itu, jurucakap kerajaan dalam kenyataan tersebut juga berkata, semasa berada di luar negara, Perdana Menteri menerima perkembangan terkini setiap hari dan sentiasa berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Kebangsaan mengambil langkah segera membantu mangsa banjir.
“Berikutan laporan terkini situasi banjir yang semakin buruk, Perdana Menteri mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi melihat sendiri situasi banjir dan membantu mangsa-mangsa yang terlibat,’’ katanya.

ALLERT BANJIR 2014 !!!

 






REMINDER !!!