ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LELAKI MAUT DIBAHAM BUAYA, MAYAT DITEMUI TANPA KEPALA & LENGAN KIRI !!!

Tuesday 30 September 2014

LELAKI MAUT DIBAHAM BUAYA, MAYAT DITEMUI TANPA KEPALA & LENGAN KIRI !!!

Foto
PENDUDUK membantu mengangkat mayat Mustapa yang ditemui selepas dibaham buaya.
Betong: Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya di Sungai Rimbas, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 10 pagi mengorbankan Mustapa Bunsu, 50, dengan mayatnya ditemui tidak berkepala dan lengan kiri pada 3.40 petang tadi. 

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama empat rakan ke sungai berkenaan untuk mencari pokok sagu. 

Katanya, seekor buaya datang secara tiba-tiba lalu menyambarnya.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalan sebelum mayatnya ditemui lima jam kemudian kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat," katanya. 

No comments:

Post a Comment