ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANWAR IBRAHIM PUNCA PAS BERPECAH !!!

Monday 22 September 2014

ANWAR IBRAHIM PUNCA PAS BERPECAH !!!


PUTRAJAYA 21 Sept - Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda Pas harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Dr Mahathir MohamadBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar akan sentiasa menimbulkan masalah terhadap mana-mana pihak yang bekerjasama dengannya ekoran agenda politik peribadinya.

"Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar Pas ke-60 di Johor baru-baru ini.

"Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya.

Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada Pas.

No comments:

Post a Comment