ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMIMPIN PAS DISURUH DIAM ATAU KELUAR PAKATAN !!!

Tuesday 30 September 2014

PEMIMPIN PAS DISURUH DIAM ATAU KELUAR PAKATAN !!!


PAS terus dikambing hitam dalam krisis yang menjejaskan pakatan pembangkang walaupun yang memulakan krisis tersebut adalah PKR. Dalam satu 'move' terbaru, sebuah NGO yang tak ada ahli, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) mendesak PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika tiada langkah pemulihan diambil parti tersebut.

Tujuh orang individu yang mendakwa merepa penggerak Lensa menyerahkan memorandum tersebut di Ibu Pejabat PAS pagi Selasa memberitahu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS akhir-akhir ini menimbulkan ketegangan dalam pakatan pembangkang dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Memorandum yang ditujukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diterima Muhamad Shahir Abu Hassan selaku Pegawai Penerangan PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut Kusala Lumpur.

Memorandum itu diserahkan Koordinator Lensa, Ekhsan Bukharee.

NGO berkenaan turut mengesa tindakan segera bagi memulihkan pemuafakatan dalam pakatan pembangkang.

Antaranya semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan Pakatan.

PAS juga disarankan untuk menyiasat tindakan sewajarnya terhadap ahli yang bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut.

Menurut NGO tersebut, PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.

Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.

Kemelut Mb Selangor bermula dengan 'Langkah Kajang' oleh PKR yang mahu menyingkirkan bekas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Langkah Kajang gagal selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudiannya menggantikan Anwar sebagai calon MB, bagaimanapun tidak diterima berbagai pihak di negeri itu.

Pergolakan dalam pembangkang dimulakan oleh kem Anwar dan kini PAS yang berpecah dan dipersalahkan.
AgendaDaily-30/9/2014

No comments:

Post a Comment