ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANWAR MINTA MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR

Thursday 18 September 2014

ANWAR MINTA MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR



PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kenyataan mengenai konvensyen yang diamalkan dalam pemilihan menteri besar berdasarkan apa yang beliau tahu ketika bersama Barsan Nasional sebelum ini.

"Saya hanya memberitahu apa yang berlaku ketika saya bersama Umno-kerajaan Barisan Nasional. Jika ada kesilapan, saya memohon maaf kepada Sultan Selangor," jelas Anwar dalam memberi maklum balas terhadap kenyataan dari Istana Selangor yang menyifatkan dakwaan Anwar sebagai tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

Sultan Sharafuddin menerusi Setiausaha Sulit Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan empat muka surat pada Khamis menjelaskan proses pemilihan perlantikan menteri besar ketika barisan nasional mentadbir negeri.

Munir menegur Anwar kerana tidak memberi fakta yang tepat dan membuat kenyataan yang mencemar imej Sultan.

No comments:

Post a Comment