ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: S/U PAS TUMPAT, WAN ROSDI WAN IBRAHIM CALON PAKATAN PRK #PENGKALANKUBOR

Friday 12 September 2014

S/U PAS TUMPAT, WAN ROSDI WAN IBRAHIM CALON PAKATAN PRK #PENGKALANKUBOR

Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
wan rosdi prk pengkalan kubor 2

Pemilihan Wan Rosdi yang juga Penyelia DUN Pengkalan Kubor diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Ahmad Yakob dalam satu majlis pengisytiharan di pekarangan Masjid Geting, Tumpat malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Wan Rosdi bakal berdepan calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ali pada 25 September ini.
Sementara itu, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tumpat, Dr. Saharun Ibrahim yang menghadiri majlis itu, turut menyuarakan sokongan parti itu kepada calon PAS.
“PKR akan memberikan sokongan penuh kepada calon yang baru, bukan sahaja ia misi PAS, tetapi peluang untuk PR menunjukkan kebolehan mereka,” katanya.
‎Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong, berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57 tahun, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu, akibat kanser hati.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim, dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, dengan majoriti 1,736 .
wan rosdi prk pengkalan kubor

No comments:

Post a Comment