ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RODZIAH TERKEJUT DIGUGURKAN, KESETIAAN TIDAK BERBALAS !!!

Saturday 27 September 2014

RODZIAH TERKEJUT DIGUGURKAN, KESETIAAN TIDAK BERBALAS !!!


Bekas orang kuat Tan Sri Khalid Ibrahim yang 'setia pada parti' Rodziah Ismail, juga kena main selepas kedudukan baru Exco diumumkan pada Jumaat mengugurkan beliau.

Rodziah bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, sebelum meletak jawatan selepas mengikut arahan parti dalam krisis MB Selangor baru-baru ini.

Beliau yang digugurkan menyifatkan pengurangan bilangan Exco wanita dalam barisan baharu pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebagai satu kejutan.

Menurutnya, pengurangan statistik penyertaan wanita dalam barisan Exco kerajaan negeri daripada 40 kepada 20 peratus adalah di bawah indeks yang ditentukan.

"Sekarang saya boleh jawab tentang penyertaan wanita dalam Exco setelah Menteri Besar (Mohamed Azmin) umumkan.

"Daripada 40 peratus ke 20 peratus? Hmm...satu kejutan. Bawah indeks yang ditentukan," katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Rodziah merupakan salah seorang daripada dua Exco wanita yang digugurkan oleh Mohamed Azmin daripada senarai barisan Exco baharu kerajaan negeri yang diumumkan hari ini.

Selain Rodziah, seorang lagi Exco wanita yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali daripada Pas.

Dua Exco wanita yang dikekalkan ialah Dr. Daroyah Alwi dan Elizabeth Wong, kedua-duanya daripada PKR.

No comments:

Post a Comment