ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK #PENGKALANKUBOR - BERANI NIK AZIZ LANGGAR PERINTAH ???

Tuesday 16 September 2014

PRK #PENGKALANKUBOR - BERANI NIK AZIZ LANGGAR PERINTAH ???


Wah!!! Bukan main hebat lagi Mursyidul Am PAS ni ye. Berani dia langgar perintah dan arahan yang telah dibuat oleh parti sendiri.

Kalau orang lain, dah tentu diorang akan dikenakan tindakan kerana engkar dengan arahan parti. Tapi disebabkan nama dia Nik Aziz, maka dia terkecuali.

Itulah hebat tak hebatnya orang yang dianggap sebagai "Wali Keramat" oleh sesetengah ahli dikalangan penganut - penganut PAS tu sebelum ini. 


Katanya, tindakan tersebut diambil untuk membuktikan bahawa dakwaan Barisan Nasional sebelum ini adalah tidak benar. Maka sebab itu arahan tersebut dikeluarkan.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN) membangkitkan kes tuntutan royalti itu. 
 "Saya ingin mengingatkan bahawa isu royalti masih kes mahkamah. Jika mana-mana pihak terutama kerajaan cuba bangkitkan perkara ini kemungkinan kita akan membuat laporan," katanya kepada pemberita di Pusat Media PAS di sini, hari ini.
Tetapi dalam masa yang sama, Si Nik Aziz tu boleh pulak mempertikaikan mengenai tindakan Kerajaan Pusat menubuhkan JPPK dan mempersoalkannya.

Yang lebih menghairankan ialah apabila Si Nik Aziz tu kata Kerajaan Pusat membayar duit wang ehsan yang dijanjikan kepada orang yang tak sepatutnya.

Soalnya sekarang, siapa yang sepatutnya dapat wang ehsan tu jika bukan rakyat Negeri Kelantan sendiri? Bukan ke itu yang dijanjikan oleh Rejim PAS Kelantan sebelum ini?

Katanya, duit royalti tu akan digunakan untuk diberikan kepada rakyat. Setakat hari ini, JPPK telah pun menyerahkan wang tersebut kepada mereka yang layak.

Kalau pun duit tu diberikan kepada Rejim PAS Kelantan, belum tentu lagi ianya akan disalurkan kepada mereka yang sepatutnya. Jadi, buat apa Si Nik Aziz tu nak bising - bising? Duduk diam - diam kat rumah sudah la. Jangan sibuk dengan kerja orang lain!!!

No comments:

Post a Comment