ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: April 2017

Thursday 20 April 2017

MANIFESTO KHUSUS UNTUK KELANTAN BAGI PRU14 - MUSTAPA

JELI: UMNO Kelantan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyediakan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus bagi negeri Kelantan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata manifesto itu merangkumi komitmen BN untuk memajukan Kelantan dan tumpuan kepada keperluan rakyat serta kemampuan kewangan kerajaan persekutuan.

"Ia (manifesto) merupakan janji pihak kami (BN) kepada rakyat Kelantan. Walaupun pihak kami kalah pada PRU13, tetapi kami mampu melaksanakan berberapa perkara (pembangunan) untuk rakyat di Kelantan terutamanya berkaitan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tidak termasuk dalam manifesto PRU13," katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melancarkan Jelajah Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Dataran Bukit Bunga di sini malam tadi.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mendapatkan pandangan masing-masing untuk diteliti dan kemudian dimasukkan ke dalam manifesto tersebut.

Mustapa berkata tumpuan akan diberikan kepada soal pembangunan tanah, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan pemeliharaan alam sekitar di Kelantan.

"(Manisfesto) berkemungkinan dimuktamadkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi," katanya.

Mengenai program Jelajah Dikir Barat itu, beliau berkata UMNO Kelantan akan menggunakan kumpulan dikir barat sebagai platform untuk menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata dikir barat merupakan satu kaedah kreatif yang berkesan bagi menyampaikan mesej kerajaan melalui tokoh pendikir iaitu melalui hiburan dan seloka.

"Kami (BN) akan menggunakan kaedah ini seminggu atau dua minggu sekali di setiap kawasan Parlimen yang terdapat di Kelantan secara bergilir-gilir sehingga menjelang PRU14," katanya.
- BERNAMA

HAKIKATNYA MAHATHIR LAH PUNCA MELAYU BERPECAH

Selepas serangan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjaya, kini Tun Dr. Mahathir Mohamad telah beralih kepada PAS pula. Beliau menyalahkan PAS kerana menolak kerjasama dengan parti-parti pembangkang.

Beliau juga menuduh sejak PAS ditubuhkan, perpecahan di kalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulih lagi.

Perkara itu diluahkan menerusi catatan dalam blog beliau. Apa yang jelas ia sebenarnya merupakan satu luahan kebimbangan selepas PAS enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Jika dulu Mahathir menuduh UMNO memecahkan umat Islam negara ini apabila membenarkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) di Dewan Rakyat, kini giliran PAS pula dikatakan sebagai memecahbelahkan orang Melayu.

Beliau boleh membuat pelbagai tuduhan namun hakikatnya, beliaulah yang menjadi punca kepada perpecahan Melayu di negara ini. Malah penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memburukkan lagi keadaan.

Mahathir tidak perlu menuding jari kepada orang lain. Hanya kerana agenda peribadi maka ia menyebabkan beliau keluar dari UMNO.

Bukan itu sahaja, Mahathir kemudiannya menubuhkan PPBM dan sanggup sepentas dengan Lim Kit Siang yang pernah beliau musuhi dan dianggap sebagai rasis. Itu semua dapat dilupakan asalkan dendam untuk menjatuhkan Najib tercapai.

Siapa sebenarnya yang menyebabkan Melayu berpecah? Beliau lupa penubuhan dua parti adalah disebabkan beliau sendiri iaitu PPBM serta PKR, yang berpunca selepas pemecatan Anwar Ibrahim.

Nasib baik semangat 46 sudah terkubur, jika tidak, itu pun berpunca daripada Mahathir Mohamad.