ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PKR LETAK CALON BEBAS DI #PENGKALANKUBOR ???

Thursday 11 September 2014

PKR LETAK CALON BEBAS DI #PENGKALANKUBOR ???


Desas-desus bertiup kencang di Pengkalan Kubor mengatakan akan ada calon bebas masuk bertanding dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor Sabtu ini.

Calon bebas tersebut mewakili ahli-ahli PKR kawasan tersebut yang kecewa selepas pemimpin PKR pusat memberikan kouta mereka kepada PAS.

Kumpulan tersebut difahamkan mendapat sokongan daripada pemimpin utama PKR Pusat untuk masuk bertanding sebagai calon bebas.

"Matlamat mereka bukan menang tapi mahu PAS 'berunding' dengan lebih sopan, bukannya memperbesarkan soal jentera PKR tak kuat berbanding jentera PAS di Pengkalan Kubor.

"Dengan calon bebas ini masuk... kita boleh tengok jentera siapa yang kuat..." ujar sumber yang layak dipercayai kepada Agendadaily.

Penamaan calon untuk PRK Pengkalan Kubor pada Sabtu dan hari pengundian pada 25 September ini.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor adalah kerusi PKR sejak tahun 2004 lagi, ia diketegorikan kawasan hitam bagi PAS kerana hanya pernah menang sekali sahaja di situ iaitu pada tahun 1972.

Selain itu setiap PRU, BN menang kecuali tahun 1990, dimenangi oleh parti Semangat 46.

PKR baru-baru ini menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS selepas diasak kononnya mereka tidak cukup 'kuat' bertanding di kawasan sempadan tersebut.

PAS dalam pada ini akan mengumumkan calon mereka dalam satu majlis khas Khamis malam di Kampung Geting Pengkalan Kubor.

Untuk rekod BN semalam juga mengumumkan calon mereka di Kampung Geting. Adalah dipercayai, Kampung Geting merupakan kawasan penting untuk 'ditawan' bagi menentukan siapakan pemenang PRK Pengkalan Kubor.

Mengenai cakap-cakap siapa calon PAS, risik-risik Agendadaily di Pengkalan Kubor mendapati sekurang-kurangnya ada tiga individu yang disebut-sebut layak jadi calon PAS selepas Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar menolak untuk bertanding DUN.

Kamaruddin Jaafar menolak pencalonan beliau dan mahu calon tempatan diberi peluang.

"Asalnya memang PAS Tumpat namakan Datuk KJ (Kamaruddin Jaafar) sebab dalam PRU13, biarpun calon PKR kalah di DUN Pengkalan Kubor tetapi Datuk KJ menang 400 undi.

"Sebab itu PAS Tumpat namakan dia untuk jadi calon, tapi Datuk KJ tolak dan cadangkan supaya pimpinan di Dun Pengkalan Kubor diberi peluang.

"Jadi setelah dinilai, Wan Rosdi merupakan calon terbaik sebab dia mesra dengan penduduk setempat dan merupakan anak tempatan," kata sumber tersebut dipetik Awani.

Difahamkan nama penyelia PAS DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim merupakan calon utama PAS selepas Datuk KJ.

Selain Wan Rosdi, tauke station minyak di Kampung Geting dan seorang ahli majlis PBT Tumpat disebut-sebut antara yang disenarai pendek.

DUN Pengkalan Kubor adalah salah satu daripada empat DUN yang terletak dalam Parlimen Tumpat.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, PAS menang di DUN Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Baru selain turut menang kerusi Parlimen Tumpat.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor ditandingi oleh PKR dalam dua pilihan raya umum sebelum ini.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada PRU 13 lalu dengan majoriti 1,736 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

No comments:

Post a Comment