ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK #PENGKALANKUBOR : BN AKAN PASTIKAN CALON TERBAIK UNTUK TAWAN HATI PENGUNDI

Wednesday 3 September 2014

PRK #PENGKALANKUBOR : BN AKAN PASTIKAN CALON TERBAIK UNTUK TAWAN HATI PENGUNDI


Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memastikan calon yang akan diturunkan mewakili parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September nanti, adalah pilihan terbaik untuk menawan hati pengundi.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sama ada calon terbabit adalah muka baharu atau lama, itu tidak penting asalkan calon berkenaan mempunyai potensi untuk menang.

"Untuk pilih yang terbaik kita perlu penelitian dan tidak boleh tergopoh-gapah... walaupun sudah ada nama dalam kepala, kita masih perlu teliti kerana ada 10 hingga 11 hari lagi sebelum 13 September (hari penamaan calon) tiba.

"Kita tidak mahu dari hari pertama lagi (penamaan calon) calon kita sudah nampak tidak 'ummph' kerana itu boleh melemahkan semangat... kita mahu calon yang boleh bangkitkan semangat.

"Sebelum kita umum nama calon nanti, sudah pasti Presiden (Datuk Seri Najib Razak) akan buat pertimbangan berdasarkan 'input' mengenai calon yang kita berikan... kita hendakkan calon yang hebat dan itulah yang menjadi cabaran ketika ini," katanya.

No comments:

Post a Comment