ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAT RAZI, PENOLONG PEG.PPD TUMPAT CALON BN PRK #PENGKALANKUBOR

Wednesday 10 September 2014

MAT RAZI, PENOLONG PEG.PPD TUMPAT CALON BN PRK #PENGKALANKUBOR


TUMPAT : Barisan Nasional (BN) hari ini telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail sebagai calon parti tersebut untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN hari ini.
Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.
Biarpun begitu, ada di antara penduduk memanggilnya Ustaz Mat Razi kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama termasuk mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan.
Selain itu beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu.
Berikut biodata penuh calon BN
Nama: MAT RAZI B.MAT AIL 651119035219
PENOLONG PEG. PPD TUMPAT-PENGURUSAN SEKOLAH.
Isteri : Khairos bt Husin
(Guru SK Simpangan Tumpat)

Kelulusan: BA (Hons) Sejarah & Persuratan Melayu UKM (1999)
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah (1988)

Anak 6 org(3 lelaki 3 perempuan)
1. Zamir (uitam kos Art& Design)
2. Nur Izati (UIA – Bahasa Arab)
3. Aizat (Maahad Muhammadi Tumpat)
4. Nur Zahirah (Maahad Tahfiz Tanah Merah)
5. Nur maisarah
6. Zulfahmi (SK Simpangan)

Bergiat politik semenjak 1990 sbgai su cawangan smpangan.
AJK Pemuda Bahagian bermula 2005.
AJK Bahagian bermula 2009.

Mengasaskan sekolah pondok pada 9.11.2012 di tanah wakaf milik sendiri di Kg.simpangan dgn pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.
Pelajar semasa 20 org di bantu guru quran En Daud Ismail (bekas guru quran).
Pondok di sumbang oleh Allahyarham Dato Noor Zahidi (RM50ribu – 2013).
Pengajian pelajar & makan percuma.
Mula berkhidmat di
1988 SK Bunohan (8 thn)
1999 (SMK Sri Kurau Perak)
2002(SMK Ayer Lanas Jeli)
2003-2008 (SMK Geting)
Guru Pemeriksa Sejarah.

Pencapaian di Maktab – Johan Tilawah Al-Quran (Tarannum)
Mula mengaji di pondok Tn Guru Hj Wan Mat Jal Besar(1982 sehingga Tn Guru meninggal 1994.
Pergi haji pertama kali pd 1994 & kedua pd 2008.
Membawa jemaah umrah setiap tahun semenjak 2011

No comments:

Post a Comment