ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANGGOTA PPS DIDAKWA BERGADUH DI TEMPAT AWAM

Wednesday 10 September 2014

ANGGOTA PPS DIDAKWA BERGADUH DI TEMPAT AWAM

Dua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan seorang aktivis mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang Rabu atas tuduhan bergaduh di tempat awam pada 17 Ogos lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Kesiksaan.
Ahli PPS, Lee Yew Kuen, 66, dan Lee Chan Kwong, 35, serta ahli perniagaan dan aktivis sosial, Ong Eu Soon, 51, dituduh melakukan kesalahan itu pada majlis makan malam sempena Perayaan Hungry Ghost berhampiran sebuah pasar di Bandar Baru Air Itam pada jam 10.45 malam.
Kedua-dua Lee yang tiada kaitan kekeluargaan itu diwakili peguam RSN Rayer sementara Ong tidak diwakili peguam.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM2,500 seorang bagi setiap tertuduh.
Agendadaily-10/9/2014

No comments:

Post a Comment