ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LAPORAN AWAL SIASATAN TRAGEDI MH17 DIKETAHUI HARI INI

Tuesday 9 September 2014

LAPORAN AWAL SIASATAN TRAGEDI MH17 DIKETAHUI HARI INI


Laporan awal siasatan mengenai tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17  yang diketuai Lembaga Keselamatan Belanda, DSB  akan disiarkan menerusi laman web agensi berkenaan, hari ini.

Ia boleh dilayari menerusi laman http://www.onderzoeksraad.nl/en/ mulai jam 0800 GMT atau  sekitar 4 petang waktu Malaysia.

Belanda menjadi pihak bertanggungjawab dalam menyediakan laporan hasil siasatan nahas pesawat berkenaan yang dikatakan ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai lalu.

Nahas itu mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 193 rakyat Belanda dan lebih 40 warga Malaysia.

Sehingga ini, ramai yang mempertikaikan punca nahas pesawat itu.

Negara barat meletakkan kesalahan itu kepada kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Rusia, manakala Moscow pula menyalahkan Kiev  dengan insiden tersebut.

Pada Khamis,  DSB memaklumkan laporan awal itu nanti sedikit sebanyak mendedahkan beberapa punca tragedi terbabit.

Laporan awal berkenaan akan melibatkan keputusan pertama rakaman kotak hitam pesawat MH17 dan maklumat daripada beberapa sumber lain termasuk satelit dan radar.

Bagaimanapun kata DSB, siasatan penuh berhubung insiden itu mengambil masa selama setahun untuk siap sepenuhnya.

Dan dijangka dibentangkan kepada umum pada pertengahan tahun depan.


THE HAGUE: Laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengenai nahas pesawat MH17 yang terhempas di kawasan pemberontak di timur Ukraine menunjukkan pesawat tersebut berkecai di udara selepas terkena objek berkuasa tinggi.
"Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia berkecai di udara berkemungkinan akibat kerosakan struktural yang berpunca daripada objek berkuasa tinggi dari luar yang menusuk ke dalam pesawat," menurut laporan awal tragedi yang meragut 298 nyawa, sebahagian besarnya warga Belanda.
Laporan oleh penyiasat Belanda itu juga menyatakan bahawa tidak ada bukti berlakunya masalah teknikal, kecemasan atau kesilapan juruterbang yang ditemui.
DSB mendapati 'tiada bukti atau tanda-tanda manipulasi daripada perakam'.


Laporan itu turut menyatakan bahawa tidak ada tanda-tanda sebarang isyarat yang boleh didengar atau sebarang kerosakan atau kebimbangan yang disampaikan antara anak-anak kapal pada perakam data penerbangan.

No comments:

Post a Comment