ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU MB SE;LANGOR : SELEPAS 48 JAM, PKR MASIH GAGAL BERI JAWAPAN RASMI PADA ISTANA

Sunday 7 September 2014

ISU MB SE;LANGOR : SELEPAS 48 JAM, PKR MASIH GAGAL BERI JAWAPAN RASMI PADA ISTANA


Kuala Lumpur – Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini berkata akan memberikan jawapan rasmi kepada istana Selangor dalam tempoh 48 jam, namun sehingga semalam (tempoh akhir yang diberikan) ia masih tertangguh tertangguh.

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, perkara itu masih belum dibincangkan kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di luar negara.

Beliau juga berkata, PKR tidak mempunyai sasaran masa tertentu untuk berbuat demikian tetapi akan membincangkan minggu depan.

“Isnin, kami akan adakan perbincangan selepas Anwar kembali,” katanya.

Saifuddin dalam kenyataan sebelum ini menegaskan, PKR akan memberi maklum balas kepada surat dari istana yang meminta dua lagi nama ADUN mereka sebagai calon menteri besar dalam tempoh 48 jam.

Menurutnya lagi PKR juga akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan langkah seterusnya yang bakal diambil parti itu.

“Insya-Allah dalam masa terdekat (kami jawab).

“Dalam tempoh 48 jam parti akan memberi maklum balas kepada istana,” kata beliau kepada media selepas mesyuarat biro politik PKR di ibu pejabat parti itu.

Sebelum ini parti itu terpaksa menarik semula kenyataan balas terhadap surat yang diterima daripada Istana Selangor selepas beberapa minit ia dikeluarkan.

Dalam kenyataan yang ditarik semula itu, Saifuddin antara lainnya menjelaskan Istana Selangor telah mengarahkan parti itu untuk menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon untuk dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

PKR dan DAP sebelum ini berkata mereka kekal dengan keputusan untuk menamakan hanya satu sahaja nama sebagai calon menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Menurut kenyataan media bersama itu, keputusan Sultan Selangor sejajar dengan konvensyen pelantikan menteri besar pada 2013 dan pada ketika itu, PR hanya menamakan satu nama sahaja.

“…parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor,” ujar kenyataan itu.

Pada Khamis lalu Saifuddin berkata, PKR merancang untuk memberikan reaksi kepada istana Selangor yang mahukan lebih daripada dua nama sebagai calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
SuaraTV

No comments:

Post a Comment