ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JPJ BURU KENDERAAN LAMPU BERAKSESORI

Monday 8 September 2014

JPJ BURU KENDERAAN LAMPU BERAKSESORI


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan dan menggunakan jenis nombor pendaftaran tidak dibenarkan bermula 1 Oktober ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad berkata, inisiatif meningkatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan itu dilakukan selepas mendapati ia juga adalah salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. 

Katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pengarah negeri bagi menyelaraskan tindakan serta operasi yang akan dilakukan nanti dan berharap pengguna kenderaan tidak melakukan kesalahan itu kerana mereka akan berhadapan dengan saman maksimum sebanyak RM300 bagi setiap kesalahan dilakukan. 

"Penguatkusaan terhadap kesalahan itu sudah dilakukan sebelum ini namun bermula 1 November ini JPJ akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang melakukan kesalahan ini.

"Selain kesalahan itu, kita juga sudah mula meningkatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat yang membawa lebih muatan sejak 1 September lalu dan sehingga kini bagi kesalahan membawa lebih muatan sebanyak 4871 saman sudah dikeluarkan bermula 1 Januari sehingga Khamis lalu," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment