ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WAN AZIZAH KEKAL CALON TUNGGAL MB SELANGOR

Wednesday 3 September 2014

WAN AZIZAH KEKAL CALON TUNGGAL MB SELANGOR

KUALA LUMPUR 3 SEPT: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN mengulangi pendirian bahawa Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal calon tunggal Menteri Besar (MB) Selangor.
Keputusan itu dicapai anggota MPP yang baru dipilih dalam mesyuarat semalam bagi membincangkan pendirian mereka mengenai isu berkenaan.
wan-azizah-390x300
“Majlis Pimpinan Pusat menegaskan sekali lagi keputusan pada 21 Julai 2014 yang bersetuju sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor,” kata Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan.

Menurut Saifuddin, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali turut mengulangi sokongan beliau kepada Wan Azizah sebagai calon tunggal dari KEADILAN untuk jawatan tersebut.
Menyentuh perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Saifuddin menjelaskan, MPP turut menerima cadangan Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk kekal bertanding di DUN berkenaan.
“Cadangan ini akan dibincangkan oleh KEADILAN dengan PAS dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan keputusannya,” kata Saifuddin.
Penamaan calon bagi PRK tersebut ditetapkan pada 13 September manakala 25 September hari pengundian.
keadilandaily

No comments:

Post a Comment