ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : SULTAN SELANGOR PANGGIL 3 EXCO PAS MENGADAP

Monday 8 September 2014

TERKINI : SULTAN SELANGOR PANGGIL 3 EXCO PAS MENGADAP


Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.

Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu.

Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS,  Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS.

Difahamkan, nama calon dihantar Hadi dalam surat keduanya adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan Adun Cempaka Iskandar.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan menolak sekiranya Sultan Selangor melantik seseorang daripada Adun mereka untuk menjadi menteri besar.

Ketika mengulas tindakan menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, ia tidak akan menjadi isu.

"Nama tak apa...Tuanku cuma minta cadangan. Nama tak jadi persoalan," kata Mustafa ketika  mengulas kedudukan pencalonan Adun PAS itu.

Mustafa berkata, mesyuarat semalam juga mengesahkan jawatan menteri besar Selangor adalah hak PKR.

"PAS bersetuju jawatan menteri besar Selangor adalah untuk PKR," kata Mustafa pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berlangsung lebih 5 jam.

No comments:

Post a Comment