ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 2 PENJENAYAH MATI, 3 POLIS CEDERA INSIDEN BERBALAS TEMBAKAN DI PASIR PUTEH

Monday, 8 September 2014

2 PENJENAYAH MATI, 3 POLIS CEDERA INSIDEN BERBALAS TEMBAKAN DI PASIR PUTEH


KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis cedera sementara dua penjenayah mati dalam insiden berbalas tembakan di Pasir Putih, Kelantan, pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter beliau.


Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Kampung Banggol Telipot.

Serbuan dilakukan dengan tujuan mengesan suspek kes bunuh dan tembak yang telah lama diburu polis.

Ketika serbuan dilakukan, seorang suspek yang berada dalam rumah terbabit telah bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Dalam usaha mempertahankan diri, pihak polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek berkenaan, menyebabkan dua suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua anggota polis yang cedera terkena tembakan di bahagian pergelangan tangan dan kaki kiri, sementara seorang lagi terkena serpihan peluru di bahagian perut sebelah kanan.

Bagaimanapun, kesemua anggota dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Dua pucuk pistol dipercayai milik suspek turut dirampas.
Bernama

No comments:

Post a Comment