ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK #PENGKALANKUBOR : "JANGAN TERPENGARUH FATWA PAS" - AHMAD MASLAN

Thursday 4 September 2014

PRK #PENGKALANKUBOR : "JANGAN TERPENGARUH FATWA PAS" - AHMAD MASLAN


TUMPAT: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihati agar tidak terpengaruh dengan fatwa tidak benar yang dikeluarkan oleh PAS.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengundi di kawasan itu perlulah bertindak secara rasional untuk memilih wakil rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) DUN kawasan itu 25 September ini.

"Kalau ikut emosi, kita akan terikut-ikut dengan fatwa yang tidak benar, oleh itu kena guna rasional dan pemikiran yang mendalam kerana PAS bukan agama tetapi parti politik seperti parti politik lain.

"Apa yang penting adalah siapa yang beri lebih banyak kebajikan di tempat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Ikan Kering di Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan menteri Kewangan berkata pada pilihan raya umum 2013, Barisan Nasional kalah di lima kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN itu iaitu Telaga Bata, Geting, Ketil, Tebing dan Kedai Geting.

"Kita (BN) menang tujuh PDM, jadi kita ingin menang untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan contoh dan harapan kita kemenangan dapat dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, pendekatan secara terus akan digunakan bagi memberi kefahaman kepada pengundi di kawasan ini.

No comments:

Post a Comment