ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK #PENGKALANKUBOR BAGAI PERJUANGAN DI GAZA

Sunday, 7 September 2014

PRK #PENGKALANKUBOR BAGAI PERJUANGAN DI GAZA



TUMPAT – Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar mahukan pengundi di Dun Pengkalan Kubor bersemangat bagaikan menentang Zionis di Gaza.

Kamarudin dalam ceramahnya malam kelmarin membayangkan dalam tempoh tidak sampai 20 hari menjelang pilihan raya PR bukan sahaja berdepan dengan Umno tetapi kerajaan Malaysia.

Kamarudin berkata, serangan tersebut sudah bermula dan akan berterusan sehingga hari pengundian 25 September nanti.

“Kalau orang-orang di Gaza, Palestin walaupun  diserang dan dibom mahupun ada kematian tetapi sanggup berdepan dengan Israel. Saya agak (bayangkan) kita di Pengkalan Kubor ini akan diserang seberat-beratnya.

“Walaupun bukan dengan bom, tetap ada “bom-bom” akan wujud dan saya harap biarpun didatangi wang ringgit, projek dan apa sekalipun, insya ALLAH pengundi  di Pengkalan Kubor akan berani lawan seperti Briged Al Qasam dan rakyat  Palestin,” katanya.

Itulah antara kata-kata Kamaruddin kepada pengundi dalam ucapan sempena majlis perasmian Markas Besar PRK Dun Pengkalan Kubor malam kelmarin. Markas berkenaan dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan turut dihadiri Adun Kelaboran, Zaki Ibrahim.

Sementara itu, Zaki dalam ucapannya juga menasihatkan penduduk supaya tidak takut untuk keluar mengundi pada 25 September nanti.

“Apabila PRK dia (parti lawan) bukan sahaja membawa masuk jambatan-jambatan kerajaan (projek). Dia juga membawa masuk samseng untuk menjaga pengundi di Dun ini.

“Pada PRK ini jangan libatkan samseng sebab pada pilihan raya ini kita bukan mahu bergaduh. Kena ingat kita perlu menjaga keharmonian menghadapi PRK,” katanya.

Zaki berkata, itu merupakan peringatan kepada parti lawan supaya tidak menimbulkan bibit-bibit pergaduhan sepanjang PRK nanti.

No comments:

Post a Comment