ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS & PKR BELUM CAPAI KATA PUTUS CALON PRK #PENGKALANKUBOR

Monday 8 September 2014

PAS & PKR BELUM CAPAI KATA PUTUS CALON PRK #PENGKALANKUBOR

PAS, PKR belum capai kata putus calon PRK Pengkalan Kubor

PAS dan Parti Keadilan Rakyat Kelantan belum lagi mencapai persetujuan berhubung calon yang akan dinamakan bertanding mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 November ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir tetapi tidak mendapat kata putus.

Sehubungan itu, mereka menyerahkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan dan sehingga ini belum mendapat maklum balas mengenai perkara itu.

"Apabila PAS pun nak bertanding dan PKR pun nak bertanding, jadi kita tidak boleh capai kata putus. Kita setuju untuk serah keputusan (kepada MPPP)," katanya di Kota Bahru hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali pada Ahad bahawa PKR Kelantan setuju memberi laluan kepada PAS bertanding di pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Katanya, keputusan  itu hasil perbincangan antara PKR Kelantan dan PAS Kelantan.

Dalam pada itu, Ab Aziz turut menafikan pihaknya setuju menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubor untuk ditandingi oleh calon PAS sebaliknya menegaskan PKR akan meletakkan calonnya.

Bagaimanapun, pihaknya sedia memberi laluan kepada PAS Kelantan sekiranya diputuskan oleh PKR Pusat.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor selama ini ditandingi oleh calon PAS sebelum diserahkan kepada PKR sejak pilihan raya umum  2008.

No comments:

Post a Comment