ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS AKUI PRK #PENGKALANKUBOR SENGIT

Thursday 11 September 2014

PAS AKUI PRK #PENGKALANKUBOR SENGIT


alt

KOTA BHARU 11 Sept - Pas mengakui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini bakal menjadi medan pertarungan yang sengit buat parti itu kerana berdepan dengan misi merampas kerusi yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakub berkata, pihaknya masih dalam proses menentukan calon yang akan bertanding mewakili parti itu dan belum mempunyai pilihan yang muktamad.

Bagaimanapun, katanya, pengumuman rasmi nama calon dijangka akan dilakukan dalam satu majlis di Pengkalan Kubor pada ini.

"Nama calon kita akan isytihar pada malam esok, nama itu kita tidak boleh hendak pastikan lagi, cuma kita akan isytihar malam esok bersama pimpinan lain.

"Pilihan raya ini sudah tentu sengit kerana kita berhasrat merampas semula kerusi tetapi kita berharap ia dapat berlangsung dalam suasana aman dan saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Beliau mengulas calon Pas yang akan diumum parti itu menentang BN setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi laluan kepada Pas untuk bertanding kali ini.- RakyatNews

No comments:

Post a Comment