ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PROGRAM BICARA ANAK KELANTAN BERSAMA YB HUSAM MUSA

Tuesday, 26 December 2017

PROGRAM BICARA ANAK KELANTAN BERSAMA YB HUSAM MUSA

*Untuk Edaran Segera*

*Kenyataan Media*

Portal berita Sokmo.Net akan menganjurkan satu program Bicara Anak Kelantan bersama YB Dato’ Haji Husam Musa, bertempat di Dewan Kenanga, Hotel Al Ansar pada 28 Disember 2017 (Khamis) jam 9 malam. 

Ia bertujuan memberi pemahaman dan menjawab isu-isu yang menjadi persoalan rakyat Kelantan berhubung kelemahan urustadbir Kerajaan Negeri.

Program 'bicara' siri pertama ini bertajuk “Merungkai 1001 Persoalan Bersama YB Dato’ Haji Husam Musa” akan dihoskan oleh aktivis masyarakat, Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan akan disiarkan secara langsung menerusi page Facebook Sokmo.Net. 

Dato’ Husam merupakan bekas Exco Kanan kerajaan negeri yang telah disingkir oleh pimpinan PAS berikutan kelantangannya mengkritik dan mendedahkan kelemahan pentadbiran Menteri Besar Dato’ Ahmad Yakob.

Program ini bakal memberi peluang kepada rakyat Kelantan mendengar penjelasan YB Dato' Husam dan bertanya soalan kepadanya.

Sebelum ini pihak penganjur (Sokmo.Net) pernah menjemput wakil dari PAS sebanyak dua kali untuk menyertai program ini, namun ia ditolak. 

Sokmo.Net diasaskan pada tahun 2014, memaparkan laporan berita, isu-isu semasa serta sejarah Negeri Kelantan melibatkan pembacanya di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Republik Ireland, Australia dan Negara-negara di Timur Tengah.

Sekian

*Mohd Zuharman Mohammad Nor*
*Pengarang Sokmo.Net*
(010 926 2628)

No comments:

Post a Comment