ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: {UPDATE TERKINI} ISU MB SELANGOR : PKR TERIMA SURAT JAWAPAN DARI ISTANA

Wednesday 3 September 2014

{UPDATE TERKINI} ISU MB SELANGOR : PKR TERIMA SURAT JAWAPAN DARI ISTANA


Kuala Lumpur – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan telah telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru petang tadi.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata melalui surat balas itu Istana Selangor mengarahkan parti itu untuk menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar.

“Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. 

“Keadilan juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor” ujarnya sebentar tadi.

Berikut adalah kenyataan penuh PKR

KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

{UPDATE TERKINI}
BERIKUT IALAH KENYATAAN FAHMI FADZIL MEMINTA TARIK BALIK KENYATAAN DATUK SAIFUDDIN NASUTION 

Assalamualaikum dan salam hormat,

Harap maklum bahawa teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan. Ianya adalah ditarik balik, dan berstatus tidak sah untuk digunakan.

Komunikasi KEADILAN memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang tertimbul daripada hal ini.Sekian, terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

AGENDADAILY- 3/9/2014

No comments:

Post a Comment